Thursday 1 September 2016

PEDANG SAYIDINA AMMAR IBN YASIR RA



PEDANG SAYIDINA AMMAR IBN YASIR RA.

INFO
.   Seorang yang bertubuh tinggi, bahunya yang bidang dan bermata biru.
.   Seorang yang agak pendiam.
.   Tidak banyak cakap.
.   Turut menyertai medan peperangan.
.   Bergabung dengan Rasulullah SAW dalam siri peperangan, antaranya Perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.
.   Seorang yang gagah perkara.
.   Meniggal dunia pada usia 93 tahun.
.   Sayidina Ammar Ibn Yasir menjawat jawatan sebagai gabenor Basrah dan Kufah pada zaman  pemerintahan Sayidina Umar.
.   Mengutuskan pasukannya untuk menakluki wilayah ar-Ray di bahagian   utara.
.   Menyertai Perang Siffin dan berada di pihak Sayidina Ali atas keyakinan beliau terhadap kekhalifahan Sayidina Ali.


     Sewaktu Sayidina Ammar Ibn Yasir berusia hamper 90 tahun, beliau pernah berkata, “Aku telah bertempur bersama Rasulullah SAW dengan membawa panji ini dalam tiga peperangan, iaitu Badar, Uhud dan Hunain. Malah, aku juga turut membawa panji tersebut buat kali keempat iaitu dalam Perang Siffin. Demi Allah, jika mereka menyerang kami hingga memecahbelahkan kami, makai kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami berada dalam kebenaran. Sedangkan mereka berada dalam kebatilan. Sesungguhnya perjuangan kami adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.”

     Kemudian, Sayidina Ammar Ibn Yasir RA pun memegang pedang dan memakai perisainya yang berwarna putih, lalu beliau mara untuk menghadapi pasukan lawan di bawah pimpinan Mu’awiyah Ibn Abi Sufyan RA, pemimpin Syam pada ketika itu. Dalam peperangan itu, Sayidina Ammar Ibn Yasir RA tidak pernah berpisah dan sentiasa bersama sahabatnya, Sayidina Hasyim Ibn Utbah Ibn Abi Waqqas RA.

     Dalam peperangan itu, Sayidina Ammar Ibn Yasir RA berasa haus dan minum air untuk melepaskan dahaganya. Lalu dating seorang wanita dengan membawa bekas yang mengandungi susu dan beliau terus minum susu tersebut. Kemudian, beliau berkata, “Allahu Akbar, inilah bekalan akhirku!”. Selepas itu, beliau teringatkan sabda Nabi SAW yang menyatakan bahawa minuman terakhir yang akan beliau teguk adalah air susu. Lalu beliau pun bertakbir semula dan berselawat kepada Nabi SAW.

     Setelah itu, Sayidina Ammar Ibn Yasir RA pun mara semula untuk melawan pasukan musuh dan Berjaya mengucar-ngacirkan mereka lantas beliau berkata, “Syurga adalah milik si tua ini.” Tiba-tiba Jun al-Sakuni menikamnya lalu Sayidina Ammar Ibn Yasir RA gugur syahid. Apabila nyawa beliau hampir dicabut, beliau berkata, “Hari ini aku akan bertemu para kekasihku, Muhammad SAW dan para Sahabatnya. Dalam pertempuran itu, Sayidina Hasyim Ibn Utbah Ibn Abi Waqqas RA juga turut gugur sebagai syahid. Beliau dan Sayidina Ammar Ibn Yasir RA mempunyai hubungan yang akrab dan sentiasa bersama dalam berjuang dan berjihad di jalan Allah SWT.

     Gugurnya Sayidina Ammar Ibn Yasir RA dalam Perang Siffin menimbulkan rasa dengki di antara dua kumpulan. Kumpulan Sayidina Ali RA merasakan iman mereka bertambah, manakala kumpulan Mu’awiyah pula, berasa khuatir dan resah apabila mereka teringatkan hadis Rasulullah SAW yang menceritakan bahawa Sayidina Ammar Ibn Yasir RA adalah termasuk ahli syurga. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.

                     “Wahai Ammar! Sesungguhnya kamu termasuk ahli syurga. Kamu akan mati dibunuh oleh sekumpulan yang sesat.”

       Pedang Sayidina Ammar RA ini memiliki keunikannya yang tersendiri. Pedang ini selalu digunakan dalam menegakkan kebenaran. Pedang Sayidina Ammar RA ini adalah pedang yang digunakan untuk menumpaskan kesesatan dan kedegilan orang-orang Musyrik. Rasulullah SAW sendiri telah bersabda bahawa Sayidina Ammar RA telah berperang di jalan Allah SWT.

     
KEMULIAAN SAYIDINA AMMAR IBN YASIR RA.

       Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Wahai orang Islam! Ucapkanlah selamat datang kepada Ammar Ibn Yasir. Kemudian, Baginda SAW berkata lagi, “Ammar tidak akan memilih salah satu di antara dua perkara kecuali yang terbaik di antara kedua-duanya.” Selepas itu, Rasulullah SAW berkata lagi, “Ketahuilah wahai Ammar! Bahawa suatu masa nanti, kamu akan dibunuh oleh sekumpulan orang sesat.”

        Pada suatu hari, seorang tua yang miskin dan berpakaian compang-camping datang berjumpa Nabi SAW dalam keadaan yang amat lapar lalu dia berkata, “Wahai Rasulullah! Aku benar-benar lapar, berilah makanan kepada aku. Aku tidak memiliki pakaian, berilah pakaian kepada aku. Aku seorang fakir, maka jadikanlah aku orang yang bercukupan. Lalu Rasulullah SAW menjawab, “Saya tidak mempunyai sesuatu yang dapat saya berikan kepada kamu. Oleh itu, kamu pergilah berjumpa anak saya, Fatimah.”

          Lalu Rasulullah SAW memerintah Sayidina Bilal AS untuk membawa orang tua tersebut ke rumah anaknya, Sayidina Fatimah RA. Setibanya mereka di sana, orang tua itu berkata kepada Sayidah Fatimah RA, “Wahai binti Muhammad! Aku lapar dan tidak ada pakaian. Kasihanilah aku, pasti Allah SWT akan mengasihi kamu. Lantas Sayidah Fatimah RA memberikan kulit kibas kepadanya yang telah disamak. Kebiasaannya kulit kibas ini dipakai oleh kedua-dua cucu Rasulullah SAW, Sayidina Hasan AS dan Sayidina Husain AS untuk dijadikan alas tidur mereka.

          Kemudian lelaki tua itu berkata, “Apakah aku dapat lakukan dengan benda ini? Adakah benda ini dapat menghilangkan rasa laparku? Lalu Sayidina Fatimah RA segera memberikan kalung yang dihadiahi Fatimah binti Hamzah kepada orang tua itu sambil berkata, “Ambillah kalung ini, semoga Allah SWT memberikan sesuatu yang lebih baik kepadamu.”

          Orang tua itu pun pergi menuju ke Masjid Rasulullah SAW dan menjual kalung tersebut kepada Sayidina Ammar Ibn Yasir RA dengan harga 20 dinar 200 dirham di samping setengah pakaian Yaman dan seekor unta. Kemudian, Sayidina Ammar RA mengajak orang tua itu ke rumahnya untuk membayar harga kalung tersebut sesuai dengan akadnya. Seteah mendapat bayaran daripada Sayidina Ammar RA, orang tua tersebut kembali menemui Rasulullah SAW.

           Lalu Baginda berkata kepadanya, “Adakah kamu sudah kenyang dan memiliki pakaian?” Orang tua itu menjawab, “Sudah, ya Rasulullah. Bahkan saya sudah berasa cukup.” Rasulullah SAW berkata lagi, “Kalau begitu, balaslah kebaikan yang dilakukan oleh Sayidah Fatimah RA kepada kamu.” Orang tua itu berkata, “Ya Allah, Engkau yang telah memberikan kami segalanya. Tiada Tuhan yang kami sembah melainkan Engkau. Engkau lah yang memberi kami rezeki, maka berikanlah rezeki-Mu kepada Sayidah Fatimah RA.” Lalu Rasulullah SAW mengaminkan doa orang tua tersebut.

          Kemudian, Sayidina Ammar RA pun membungkus kalung Sayidah Fatimah RA dan sepasang pakaian dari Yaman serta sejenis wangian. Lalu beliau menghantarkan barang-barang tersebut dan hamba kepada Rasulullah SAW sebagai hadiah kepada Baginda. Namun Rasulullah SAW menghantar semula hamba dan barang-barang itu kepada Sayidah Fatimah RA.

          Setelah Sayidah Fatimah RA menerima hadiah dan hamba tersebut, lalu beliau berkata kepada hamba itu, “Pergilah kamu, aku telah membebaskan kamu.” Lantas hamba tersebut tersenyum gembira sambil berkata, “Betapa mulianya hati kamu, wahai Fatimah binti Rasulullah! Kamu berikan makanan kepada orang lapar, kamu berikan pakaian bagi yang tiada memilikinya, kamu juga menolong seorang kafir dan membebaskan seorang hamba.” Oleh yang demikian, bertambahlah kehormatan dan kemuliaan Sayidina Ammar RA.


TAHUKAH ANDA?

.   Ammar Ibn Yasir RA adalah calon penghuni syurga.
.   Ammar RA dan keluarganya adalah golongan pertama masuk Islam.


PEDANG SAYIDINA AMMAR IBN YASIR RA :

Panjang pedang berukuran 98 sm, beratnya 947 gm.
Berat sarung pedang 808 gm.
Hulu pedang dilapik dengan kulit berwarna hitam.
Penyilang pada hulu pedang diperbuat daripada perak, dihiasi dengan corak bunga.
Bilah pedang tegak dan lurus, diperbuat daripada perak.
Panjang sarung pedang 87 sm, diperbuat daripada kayu dan berkulit hitam.

Terdapat kancing yang dihiasi dengan corak bunga pada penyilang hulu  pedang, begitu juga hulunya.

No comments:

Post a Comment