JANGAN SALAHKAN MUSUH
Patutnya kita berkata,
Walhal Islam hanya boleh hidup di atas peribadi yang kuat iman dan taqwa. Tapi iman dan taqwa tidak dapat tempat dalam majlis-majlis rasmi dan dalam kehidupan kita. Lalu tidak pelik kalau kita lihat pejuang Islam masih lagi berperangai buruk seperti ujub, riak, sombong, takabur, bakhil, gila dunia, hasad dengki, dendam, berburuk sangka, berkrisis sesama sendiri dan lain-lain.
2. Hentikan sikap menyalahkan-nyalahkan orang lain, menuduh dan menghina sesama Islam, terlalu kasar dengan manusia bahkan dengan rakan-rakan seperjuangan. Sebab hal itu semua adalah perangai sombong dan takabur yang dibenci oleh Allah. Dibenci juga oleh manusia. Orang akan takut dengan Islam yang kita bawa. Iblis dicampakkan keluar dari syurga adalah kerana sombong. Ajaklah manusia kepada Allah dengan kasih saying. Moga-moga Allah lembutkan hati mereka untuk menerima kebenaran. Doakan untuk mereka sebagaimana doa Rasulullah S.A.W.
Kelemahan, kekalahan dan
kegagalan pejuang Islam bukanlah salah zionis, tidak juga Nasrani atau komunis
atau juga nafsu dan syaitan. Janganlah musuh disalahkan, walaupun memanglah
mereka bersalah. Sebagai musuh Allah dan Rasul, memanglah mereka menentang perjuangan
Islam, tetapi urusan untuk menghukum mereka itu serahkan pada Allah.
Tahulah Allah bertindak terhadap hambaNya itu.Tugas kita ialah menyampaikan
amanah Allah menyambung lidah Nabi. Di samping berusaha untuk membangunkan
hukum Allah dalam kehidupan kita serta anggota jemaah Islam, perjuangan kita
bukan marahkan kerajaan kerana tidak melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran
Islam, tapi ialah marahkan diri kita kerana belum dapat berbuat apa-apa
pun.Sekalipun hanya sebuah kampung Islam contoh dan masyarakat Islam yang
tulen.
Patutnya kita berkata,
“Kalau aku pun belum
dapat melakukan perintah Allah dengan sempurna mengapa aku suruh orang lain
melakukannya”.
Firman Allah,
terjemahan:
”Sangat besar kebencian di sisi Allah, kerana kamu mengatakan apa
yang tidak kamu lakukan”. (As Saf : 63)
Kalau benar kita
berjuang bagi pihak Allah, tentu kita dapat jadi contoh kepada umat, yakni
Islam itu terserlah pada diri dan kehidupan serta dalam jemaah kita.Tapi
perjuangan kita ini, tidak begitu bentuknya.Kita jual nama Islam untuk
memuaskan keinginan-keinginan pada pangkat dan kedudukan, pada kuasa dan
negara.Konon di atas semua itulah Islam dapat ditegakkan.
Walhal Islam hanya boleh hidup di atas peribadi yang kuat iman dan taqwa. Tapi iman dan taqwa tidak dapat tempat dalam majlis-majlis rasmi dan dalam kehidupan kita. Lalu tidak pelik kalau kita lihat pejuang Islam masih lagi berperangai buruk seperti ujub, riak, sombong, takabur, bakhil, gila dunia, hasad dengki, dendam, berburuk sangka, berkrisis sesama sendiri dan lain-lain.
Kenapa salahkan musuh? Walhal kelemahan, kekalahan dan kegagalan kita adalah
kerana salah kita, dosa-dosa kita, lemahnya iman dan taqwa kita hingga Allah
tidak bantu serta kerana kita tidak melaksanakan sungguh-sungguh ajaran Islam
pada diri dan jemaah kita terlebih dahulu. Konon nanti dapat negara baru hendak
laksanakan Islam itu,
Walhal kalau dalam jemaah yang kecil pun kita tidak dapat membangunkan ukhwah,
pendidikan, ekonomi, budaya Islam, klinik dan lain-lain, apa bukti yang kita
boleh melakukannya dalam sebuah Negara ?
Adakah kuasa sahaja cukup untuk jinakkan hati manusia untuk tunduk pada Allah
dan Rasul?
Kalau semudah itu, tentu
sudah lama kerajaan laksanakan Islam sebab kerajaan kita pun katanya mahukan
Islam. Tapi apa yang berlaku tidak begitu.Kuasa bukan syarat utama untuk
membuatkan manusia ghairah dengan Allah dan Rasul.
IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM.
DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI
KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
1. Didik dan asuh diri
sendiri dan ahli-ahli
jemaah Islam untuk jadi orang-orang yang bertaqwa. Sebab taqwa adalah senjata utama untuk
perjuangan kita. Ciri taqwa yang sepatutnya menjadi keutamaan ialah:
“Menjadi pendita
(abid) di malam hari, menjadi singa (pejuang) di siang hari.”
Sebelum anggota Jemaah
Islam dapat mencapai taqwa yang sebegitunya, jangan harap kita dapat Islamkan
seluruh Negara, diri sendiri pun belum tentu selamat dari bakaran api neraka,
disebabkan oleh dosa-dosa tadi.
2. Hentikan sikap menyalahkan-nyalahkan orang lain, menuduh dan menghina sesama Islam, terlalu kasar dengan manusia bahkan dengan rakan-rakan seperjuangan. Sebab hal itu semua adalah perangai sombong dan takabur yang dibenci oleh Allah. Dibenci juga oleh manusia. Orang akan takut dengan Islam yang kita bawa. Iblis dicampakkan keluar dari syurga adalah kerana sombong. Ajaklah manusia kepada Allah dengan kasih saying. Moga-moga Allah lembutkan hati mereka untuk menerima kebenaran. Doakan untuk mereka sebagaimana doa Rasulullah S.A.W.
“Wahai Tuhanku, berilah
petunjuk pada kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Satu
aktiviti oleh kumpulan yang mengangotai perkumpulan Islam; apakah kita hanya PANDAI
MENYELAR KEBATILAN & KEMUNGKARAN, sedangkan dalam pada masa yang sama KEMUNGKARAN
ITU ADA DALAM DIRI KITA
3. Kesalilah
sikap kita yang Nampak kesilapan orang tapi tidak nampak kesilapan sendiri. Seolah-olah kita sudah terlalu baik, sebab
itu kesalahan orang lain kita heboh-hebohkan ke hulu ke hilir. Kita bercakap,
berpidato and berceramah siang dan malam, ligat sekali. Tapi sayang apa yang
kita sarankan itu pun kita pun belum dapat melakukannya, bagaimana orang lain
yang lebih lemah dari kita yakni yang tidak dapat cita-cita Islam dapat
melakukannya? Patutnya kitalah yang terlebih dulu cuba berjuang melakukannya,
kemudian kita suruh pula orang lain mencontohinya. Barulah sesuai dengan
kehendak Allah S.W.T. :
“Wahai orang yang beriman,
mengapa kamu mengatakan perkara yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian
di sisi Allah bahawa kamu mengatakan perkara yang tidak kamu lakukan.”
(As Saf:3)
4. Jadikan Jemaah Islam sebagai Jemaah contoh dari segi ilmu, ibadah, akhlak, pengorbanan, rasa persaudaraan, perpaduan dan cara hidup Islam dalam kehidupan harian. Jikalau keindahan Islam dapat dihiaskan pada diri setiap diri anggota Jemaah Islam itu sendiri, dengan sendirinya ia menjadi daya tarik yang kuat pada orang ramai untuk mengikuti Islam itu. Tapi kiranya kita pun belum dapat melakukannya, tidak peliklah kalau orang lain lebih teruk lagi. Janganlah disalahkan mereka sahaja.
Islam
tidak akan tertegak dalam seluruh aspek kehidupan hanya dengan SARANAN DAN
UCAPAN. Ia memerlukan kerja keras, pengorbanan dan kesungguhan yang
berterusan. Tidak cukup hanya di majlis rasmi atau hanya melalui seminar, forum,
dialog, dan lain-lain. Lebih-lebih lagi jika didalam majlis itu sendiri
terdapat PERLANGGARAN HUKUM seperti mendedah aurat, bergaul bebas,
mengumpat dan lain-lain kemungkaran
5. Tegakkan
system hidup Islam dalam kehidupan ahli Jemaah Islam. Yakni sistem pendidikan Islam, ekonomi Islam,
sosial Islam, pentadbiran Islam, perubatan Islam, media massa Islam,
perkilangan barang-barang keperluan umat Islam, hubungan luar negeri,biro
dakwah, biro kebajikan khusus memikirkan nasib anggota. Misalnya perkahwinan
mereka, keperluan biasiswa, menanggung anak yatim dan janda serta lain-lain
lagi. Siapa haling kita dari melakukan ini semua? Ahli yang berates ribu itu
mengapa tidak digunkan sebagai tenaga pekerja untuk menegakkan Islam dalam
Jemaah? Apa yang ditakutkan? Atau apa yang tidak ada?.
Jika sekiranya Jemaah Islam tidak
menyediakan sistem hidup Islam, sekurang-kurangnya sistem pendidikan untuk
lahirkan kader, itu maknanya Jemaah tersebut belum berjuang, baru
berangan-angan. Kalau setakat bercakap itu belum cukup syarat untuk membuktikan
yang orang itu benar-benar cintakan hukum-hukum Islam. Sungguh tidak logik
Jemaah Islam mahu Islamkan Negara, sedangkan Jemaah sendiri belum berwajah
Islam. Lagilah tidak logik Jemaah hendak ubah sekolah sekular pada Islam.
Bagaimana pokok rambutan hendak ditukarkan jadi durian. Mustahil. Bila Jemaah
Islam tidak membangunkan system Islam, ertinya mereka tidak memberi kerja pada
orang-orangnya, selain mengharapkan undi. Lalu tidak peliklah kalau ramai orang
tidak percaya kepada Jemaah Islam, tentang kemampuannya untuk keadilan dan
keamanan serta keharmonian pada masyarakat.
6. Anggota
wanita dalam Jemaah Islam hendaklah berusaha menjadi wanita solehah. Yang taat pada suami dan
masanya banyak di rumah untuk berkhidmat pada suami dan anak-anak. Tugas luar
jadikan nombor dua, iaitu selagi yang pertama belum selesai, jangan buat yang
kedua. Sumbangan pada perjuangan boleh diberikan melalui cara yang tidak
menyimpang dari syariat, bererti kita telah membina dinding antara Jemaah
dangan Allah. Barulah ketara bahawa wanita solehah, hati dan jasadnya jauh
beza dengan wanita-wanita yang fasik dan kafir.
7. Jadikan
Jemaah Islam sebagai Jemaah dakwah, supaya
usaha-usaha menyampaikan ajaran Islam tidak terbatas di musim pilihanraya
sahaja. Berdakwah bererti memberi pandangan, nasihat, tunjuk ajar, teguran dan
didikan untuk melaksanakan Islam. Berdakwah bukan mesti bercakap sahaja, tetapi
dipelbagaikan dengan surat-menyurat, telefon, ziarah ke rumah, melalu kaset dan
video, melalui buku, sajak, syair, nasyid, akhbar, majalah dan lain-lain.
9. Korbankan 60% daripada
harta benda dan kekayaan kita untuk Jemaah Islam. Malah jika mampu seluruhnya (seperti yang
ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat). Perjuang Islam tidak boleh hidup
bermewah-mewahan. Ambil rezeki dari Allah untuk keperluan, selebihnya adalah untuk
masyarakat, untuk Jemaah dan untuk jihad fisabilillah. Rasulullah mengorbankan
seluruh kekayaan pemberian Siti Khadijah kepada perjuangannya. Hingga baginda
sendiri miskin. Saiyidina Abu Bakar juga habis semua harta bendanya yang
tinggal katanya, Allah dan Rasul. Sayidina Umar menyerah lebih dua pertiga dari
hartanya, Sayidina Usman lebih separuh manakala Sayidina Ali memanglah papa
kedana. Sebab membangunkan system hidup islam tamadun Isam dan membina
masyarakat Islam yang aman dan makmur memerlukan harta benda dan wang ringgit
yang bukan sedikit.
Konsert
rock, pertunjukan pentas dan lain-lain aktiviti seni yang mungkar mesti
ditentang. PERANAN SENI DALAM ISLAM MESTI DIHIDUPKAN semula melalui
aktiviti seperti Malam Puisi, Malam Tamaddun Islam, Hari Muslimah, Konsert
Nasyid dan lain-lain supaya dakyah musuh dapat ditekan
Jemaah islam mesti sedar hakikat
ini. Musuh bukan memerintah Negara umat Islam hari ini, tapi kerana meraka
boleh corakkan masyarakat kita dengan cara hidup mereka? Mereka bukan hantar
tentera pada kita. Tapi musuh menghantar fikiran, budaya, cara hidup mereka
sama ada dalam berpolitik, berekonomi, bergaul suami isteri, kebudayaan,
bersekolah, berpendidikan, perubatan, filem dan lain-lain lagi. Melalui kaedah
itu mereka sudah meyahudikan dan menasranikan negera-negera umat Islam. Ertinya
mereka meyahudikan dan menasranikan umat Islam bukan melalui kuasa memerintah.
Tapi dengan dakyah, yakni menyalurkan fikiran dan keyakinan hidup mereka yang
batil itu kepada umat Islam melalui pelbagai saluran. Bila fikiran itu sampai
ke tengah masyarakat, yang ia kelihatan begitu cantik dan menarik pada nafsu
kita, maka tanpa sedar umat Islam sudah berubah kepada fikiran, keyakinan dan
cara hidup musuh Islam, termasuk pejuang Islam sendiri.
Kalau begitu mengapa kita pejuang
Islam sibuk hendak Negara juga? Kuasa, tentera dan duit nyata tidak boleh
menggugat Amerika dan Rusia. Ghadafi konon tunjuk senjata pada Amerika tapi
akhirnya lenyap ditelan dek gergasi dunia itu. Arab Saudi yang kaya-raya, sudah
jadi ceti dunia konon telah mengisytiharkan Negara Islam, bawa Al-Quran dan
Sunnah sahaja menolak mazhab-mazhab, tapi kini jadi anak angkat dan anak emas
Amerika. Iran belum pun dapat Islamkan Iran sendiri, baru dapat tumbangkan
Syah, terpaksa berperang akhirnya papa kedana.
Barsatu
untuk menghancurkan Israel? Hanya dengan slogan dan tempikan…. Tidak mungkin. BERSATU
SEBENARNYA ADALAH SAMA-SAMA MENEGAKKAN HUKUM ALLAH yang Lima dalam seluruh
aspek kehidupan. Jika ini tidak dapat dilakukan nescaya musuh akan gentar
kerana disitulah letaknya kekuatan Islam
Tapi kalau kita buat macam
mereka, yakni salurkan kandungan Al-Quran dan sunnah, tegasnya iman, Islam dan
ihsan ke tengah manusia, yang kalau manusia mengambilnya untuk jadi keyakinan
dan cara hidup mereka, tentu musuh Islam tidak boleh buat apa-apa.
Sekurang-kurangnya musuh hanya boleh kemaskan penyampaian fikiran kepada dunia.
Itu saja. Tapi kalau kita boleh ketengahkan Islam secantik-cantinya, mengunakan
saluran-saluran yang digunakan oleh musuh-musuh seperti media massa,
pendidikan, budaya dan lain-lain, sesungguhnya fitrah manusia tidak akan
menolaknya. Jadilah nanti pertarungan fikiran dan keyakinan yang serius dalam
diri tiap-tiap manusia dan tidak mustahil nanti yabg bukan Islam pun akan
menerima kebenaran wahyu dan sabda Nabi. Mereka akan menukar cara hidup
jahiliah kepada Islam. Cara ini kalau kita laksanakan dengan sebaik-baiknya dan
dengan pertolongan Allah, bukan Negara saja dapat di-Islamkan, tapi dunia pun
boleh jadi Islam. Mengapa kita tidak mahu yakin tentang ini? Sedangkan kerusi
yang kita perebutkan, jumlah makin kurang untuk kita. Apalagi harapan untuk
Islamkan dunia ini sesudahnya kuasa memerintah tidak dapat?
Barang
makanan dan keperluan harian mesti dihasilkan untuk menyelamatkan HATI umat
Islam dari DIKOTORI OLEH MAKANAN HARAM DAN SYUBAHAT serta TIDAK
THOYYIB MENURUT SYARIAT. Ia juga akan membuka peluang kerja dan perniagaan
kepada umat Islam selain sebagai sumber kekuatan ekonomi kepada perjuangan
menegakkan Islam
Jangan anggap sembahyang, puasa
dan berkorban itu kurang dituntut. Bahkan ia fardhu ain yang mana kalau tidak
dilaksanakan dengan sengaja boleh membawa kafir. Selama ini kita kafirkan orang
kerana tidak buat Negara Islam, kenapa tidak kafirkan orang-orang yang tidak
kisah dengan fardhu ain itu?
Seterusnya menegakkan ekonomi
Islam di tempat-tempat kediaman kita, itu pun fardhu kifayah. Hendak buka kedai
dan kilang makanan atau lain-lain projek ekonomi, tidak payah tunggu kuasa.
Bahkan kerajaan mengalakkan rakyat berdikari. Kenapa tidak bangunkannya, untuk
elak dari system ekonomi riba’ yang kita masih terlibat? Kenapa prasangka
dengan Jemaah Islam yang membina kekuatan ekonomi mereka? Bukankah menegakkan
ekonomi Islam dalam hidup harian Jemaah Islam itu merupakan fardhu kefayah?
Siapa menafikan boleh bawa kafir juga. Rasulullah S.A.W sendiri menyuruh
Sayidina Abdul Rahman Bin Auf membangunkan ekonomi Islam. Kebijaksanaan sahabat
tersebut dalam ekonomi telah membuatkan Yahudi yang selama ini menghisap darah
rakyat meninggalkan Madinah. Demikian betapa ekonomi juga jadi satu kuasa untuk
menekan musuh. Kenapa kita katakana remeh-temeh dan ketawakan Jemaah Islam yang
melaksanakannya?
Dalam hal nikah kawin pula,
kenapa kita tidak perjuangkan cara-cara nikah kahwin menurut Islam?
Kenduri-kendara, mas kahwin, hantaran, memilih jodoh dan pergaualan suami
isteri yang dibuat sekarang, termasuk oleh anggota Jemaah Islam, bukannya cara
Islam. Rasulullah menunjukkan cara muamalah yang sederhana dan padan dengan
semua orang. Takkan untuk kurangkan hantaran dan mas kahwin pun mahu tunggu
Negara Islam? Nak kenduri-kendara secara sederhana, tanpa suasana fasik, campur
aduk lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan muzik pop yang melalaikan dan
membangkitkan nafsu itu boleh dibuat walaupun Negara belum Islam. Tidak payah
tunggulah.
12. Hentikan sikap-sikap yang boleh merugikan
Jemaah Islam :
·
Suka membesar-besarkan perkara yang kecil dan meremeh-remehkan hal
yang besar. Ini terjadi apabila kita tidak setuju dengan sesuatu perkara, maka
yang besar pun jadi kecil, tapi apa yang kita setuju, yang kecil pun jadi
besar. Orang begini ialah orang yang tidak ada prinsip tertentu, kalau ada maka
penyakitnya ialah tidak kuat dan dia tidak tegas melaksanakan prinsip. Orang
yang ada prinsip, perkara yang hak, walau apa pun orang kata sekalipun, sekecil
mana pun sekalipun, tetap dibesarkan dan dipertahankan. Sebaliknya perkata yang
batil, walaupun orang semua setuju dan bagaimana gagah sekalipun tetap
dikecil-kecilkan dan ditentang. Tapi perjuang Islam hari ini bukan hak dan
batil timbangannya. Tapi ikut suasana. Misalnya ketika Arafat berjaya,
sokonglah perjuangan Arafat. Tapi kemudian bila Ghadafi tertonjol, tarik balik
sokongan pada Arafat, sokong perjuangan Ghadafi pula. Akhirnya bila Ghadafi
ditelan zaman berhentilah meniru cara dan roh pejuangan Ghadafi. Tiba-tiba
dating Khomeini dengan revolusi di Iran. Sokongan cara Khomeini pula, terima
Syiah pula. Walhal sebelum itu tuduh orang-orang yang baca doa menyebut
Sayidina Ali, Siti Fatimah, Sayidina Hussin dan Sayidina Hassan, sebagai berbau
Syiah dan karut. Tapi bila Syiah menang, mereka pun peluk Syiah, tidak timbul
karut lagi.
Sikap suka memandang
hina dan mengutuk serta menuduh-nuduh sesama Islam bahkan sesame Jemaah Islam.
Sikap ini sebenarnya merugikan kita sendiri, sebab masyarakat akan Nampak
akhlak kita buruk, suka menghina orang lain. Orang akan lebih simpati pada
Jemaah yang kita tuduh tadi. Apa baiknya kita mengata-ngata orang? Allah benci,
manusia pun tidak suka. Orang akan kata, mereka pun tidak ikut Islam betu-betul
, macamana suruh orang lain buat? Kalau begitu, tukarlah sikap dan cara berjuang
supaya kita benar-benar mewakili Allah (Hezbullah). Berjuang ikut cara dan kata
Allah, bukan cara dan kata kita. Itulah di antara langkah-langkah praktikal
yang mesti dilaksankan oleh perjuang Islam demi memperjuangkan Islam di akhir
zaman ini. Sekiranya kita melaksanakan dengan baik, nanti kita lihat satu
perubahan besar berlaku dalam masyarakat. Dan itulah tanda-tanda bahawa Negara
ini dan dunia ini akan jadi Negara Islam dan dunia Islam. Insya-Allah.
CIRI – CIRI PEJUANG
ISLAM
TUJUAN PEJUANGAN ISLAM
Saya Cuma sampaikan yang Haq,
kalau ada yang bathil kepunyaan saya, isteri saya dan anak-anak saya, maka saya
ambil semula dulu kini dan selamanya.
No comments:
Post a Comment