SIAPA MUSUH BATIN?
Setelah selesai peperangan Badar
dengan kemenangan di pihak Islam, maka berjalanlah Rasulullah dengan para
sahabat menuju ke perkampungan mereka. Dalam perjalanan itulah terjadi dialog
antara baginda Rasul dan sahabatnya, yang mana dialog itu telah menjadi satu
riwayat yang cukup popular:-
"Kita
baru balik dari satu medan peperangan yang kecil menuju ke satu peperangan yang
maha besar," kata Rasulullah. Maka kehairananlah para sahabat lantas
bertanya: "Peperangan apa itu ya Rasulullah?' Jawab baginda "Mujahadatunnafsi"
(melawan hawa nafsu).
Peperangan Badar yang begitu gawat dan dahsyat mengambil nyawa puluhan manusia daripada 1000 orang yang terlibat di pihak orang kafir, dianggap kecil oleh Rasulullah. Padahal kita rasa takut sekali mendengarkan musuh-musuh yang begitu lengkap dengan segala alat perang. Keganasan musuh menyerang bertubi-tubi dengan pedang dihala ke tubuh kita, amatlah mengerikan dan menakutkan. Tapi itu masih kecil kalau dibandingkan dengan keganasan nafsu kita terhadap diri kita. Cuma nafsu bukan hendak bunuh jasad kita tetapi hendak bunuh jiwa kita. Dengan kata lain hendak bunuh iman kita. Hendak terjunkan kita ke neraka.
Peperangan melawan nafsu dan syaitan adalah
peperangan yang sengit. Ia hanya dapat dimenangi dengan mujahadah dan sifat
Taqwa. Namun perkara ini sangat kurang dititikberatkan didalam gerakan Islam
kini.
Kecekapan nafsu,
persediaannya, kesungguhannya, kejahatan dan tipuannya berpuluh-puluh kali
ganda lengkapnya dari peperangan senjata. Tempoh peperangan bukannya
bermusim-musim tetapi setiap detik. Nafsu tidak tidur dan tidak lena untuk
membuatkan kita sentiasa lalai dan leka. Jadi benarlah Rasulullah SAW
mengatakan peperangan dengan nafsu itu jauh lebih besar daripada melawan musuh
lahir. Mari kita lihat firman Allah mengenainya:
"Sesungguhnya nafsu (mazmumah) itu sangat mengajak kepada kejahatan. (Yusuf: 53)
Rasulullah bersabda lagi
"Sejahat-jahat musuh engkau yang terletak antara dua lambung
engkau." (Riwayat Baihaqi)
Allah berfirman pula:
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang
membersihkan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorkan jiwanya. (As Syams: 9-10)
Itulah musuh batin
namanya. Yakni makhluk Allah yang bersifat rohaniah yang tempatnya dalam hati
manusia. Allah menjadikannya dengan tujuan untuk menguji keimanan kita. Selain
daripada nafsu, ada satu lagi musuh orang mukmin yang sifatnya macam nafsu, yang
kerjanya menunggang nafsu untuk dipacu ke arah yang disukai, Syaitan namanya.
Allah berfirman:
"Sesungguhnya syaitan itu bagi manusia adalah musuh yang sangat
nyata. (Yusuf: 5)
Nafsu dan syaitan
bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Bila hati sudah
ditawan, manusia bukan lagi ikut kata Allah dan Rasul tetapi ikut sahaja
kehendak nafsu dan syaitan. Dan itulah yang dicita-citakan oleh kedua-dua musuh
batin ini. Mereka mahu corakkan hati dengan sifat-sifat jahat (mazmumah).
Contohnya; sombong, takabur, hasad dengki, bakhil, pemarah, buruk sangka, lupa
Allah, lupa akhirat, ujub, cinta dunia, takut mati, dendam, tamak haloba, malas
ibadah, penakut, mabuk makan, ragu dengan kebenaran dan lain-lain. Bila
mazmumah sudah bertapak maka syaitan akan memperalatkan nafsu ke mana yang
disukainya. Begitulah caranya mereka bekerja untuk menipu kita. Dan kita pula
perlulah mencari jalan untuk menewaskan rancangan jahat itu.
IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
Perlawanan itulah yang
dikatakan mujahadah atau perang dengan nafsu dan syaitan. Peperangan yang
sungguh dahsayat dan maha besar. Hari ini hampir semua manusia telah dapat
ditipu dan dikuasai oleh nafsu dan syaitan. Termasuklah pejuang Islam sendiri.
Mereka yang konon cintakan Islam bahkan memperjuangkannya, tapi rata-rata telah
dapat ditipu oleh musuh batin sama ada mereka sedar atau tidak. Untuk
membuktikan kenyataan ini, berikut adalah beberapa contoh:
1. Kebanyakan orang yang nampak ghairah dengan Islam, hingga
negara pun hendak diIslamkan, bila kita lihat kehidupan mereka, nampaknya rumah
pun belum Islam. Anak isteri bahkan dirinya sendiri belum sempurna Islamnya,
sekalipun fardhu ain. Sikap ini bertentangan dengan ajaran Islam.
Allah berfirman: "Peliharalah
dirimu dan keluarga dari api neraka."
(At Tahrim: 6)
(At Tahrim: 6)
Oleh itu hukamak ada
berkata:
"Tegakkanlah Islam itu pada dirimu nescaya dia akan tertegak pada
negaramu."
Tapi apa yang berlaku
hari ini, jemaah Islam ghairah untuk mengIslamkan negara, mengambil alih tempat
pemerintahan dan mengubah undang-undang. Walhal jemaah sendiri tidak mampu
hendak laksanakan Islam itu, sekalipun hukum-hukum yang remeh-temeh sedangkan
ia boleh dilaksanakan tanpa kuasa memerintah, tanpa memerlukan perbelanjaan yang
tinggi dan ilmu yang melangit; dan musuh pun tidak halang jika kita
melaksanakannya. Kalau kita pun tidak mampu hendak buat, mengapa harus suruh
orang lain buat? Lagi pelik! Yang disuruh tegakkan Islam itu ialah orang yang
dituduhnya musuh. Mana mungkin musuh Islam tegakkan Islam! Sedangkan orang yang
cintakan Islam pun tidak mapu hendak buat. Tertipulah mereka ini. Ditipu oleh
nafsu dan syaitan.
2. Semua orang tahu bahawa sebahagian dari pejuang-pejuang
Islam atau jemaah Islam di dunia ini selalu gelojoh dan tergopoh-gapah dalam
tindakan perjuangan mereka. Kebanyakan orang yang tidak sukakan mereka itu,
adalah kerana tidak sukakan sikap tadi, belum pasti mereka tidak suka Islam
yang diperjuangkan. Tapi mereka tidak sedar. Apakah mereka tidak tahu bahawa
Islam menganjurkan akhlak yang mulia, tenang, bijaksana dan lapang dada bila
berhadapan dengan ragam manusia dan ujian? Dan mengatur langkah perjuangan
dengan penuh sistematik dan strategi tanpa gelojoh serta gopoh-gapah? Bukankah
sudah diberitahu oleh Allah bahawa gopoh-gapah itu dari syaitan? Sabda
Rasulullah SAW:
"Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh gapah itu dari
syaitan." (Riwayat Baihaqi)
Dan kalau begitu
nyatalah bahawa ramai sudah pejuang Islam sendiri dapat ditipu oleh syaitan.
3. Bila pihak lawan melakukan kekejaman ke atas jemaah Islam
selalunya kita akan lihat ramailah pejuang-pejuang Islam yang akan marah-marah,
mengutuk-ngutuk, perli-perli dan menjawab kekejaman musuh dengan kata-kata yang
tidak hikmah. Bukan kerana Allah tapi kerana mempertahankan diri. Barangkali
mereka fikir itulah caranya untuk berhadapan dengan musuh. Walhal musuh tidak
terjejas sedikit pun, malahan diri sendiri yang rosak sebab para pemerhati
menganggap orang-orang yang memperjuangkan Islam itu kasar-kasar dan
pemarah.Orang pun takut hendak dekat. Islam menganjurkan kita berhikmah.
Bukannya jadi pemarah, kasar dan sombong. Rasulullah telah berkata perjuangan
atas dasar marah itu bukanlah jihad fiasbilillah. Lihat sejarah Sayidina Ali.
Suatu hari ketika dia sudah dapat menindih musuh, dilepaskannya kembali sesudah
musuh itu meludahi mukanya kerana katanya dia tidak mahu membunuh musuh waktu
itu kerana takut-takut dibuat atas dasar marahkan musuh, bukan lagi kerana
Allah. Apahal dengan orang-orang yang memperjuangkan Islam hari ini? Selalu
marah-marah. Bukankah itu dari nafsu dan syaitan. Rasulullah pernah nasihatkan
kepada seorang sahabat dengan berkata "
Jangan marah dan jaminan syurga untuk kamu. (Riwayat Tabrani)
4. Sebahagian dari pejuang-pejuang akhir zaman lebih suka
berkorban untuk rumah, barang kemas isteri, pinggan mangkuk pyrex, tupperware
dan lain-lain daripada berkorban di jalan Allah. Mulut mereka saja yang
menyebut berjuang dan berkorban seta mencabar musuh tapi kehidupan mereka sama
saja dengan musuh! Dari segi berkorban mungkin musuh lebih serius terhadap
perjuangan mereka daripada pejuang-pejuang Islam yang cakap banyak buat tidak.
Duti yang Allah rezekikan dikorbankan pada perkara-perkara yang tidak perlu.
Kalau berkorban di jalan Allah sekalipun bukan tiap-tiap hari tapi
bermusim-musim. Waktu derma kilat atau waktu mesyuarat memutuskan tiap orang
derma sekia-sekian ringgit. Ertinya berkorban kerana diminta. Orang begini
penyakitnya ialah bakhil dan membazir. Kedua-duanya berpunca dari syaitan.
Bakhil itu dari syaitan. Orang membazir kawan syaitan. Bagaimana boleh pejuang
Islam berkawan dengan syaitan dan mengikut perangai kawannya itu? Dengan musuh
dalam diri pun tewas bagaimana mahu menang dengan musuh yang bersenjata?
5. Pejuang Islam hari ini kebanyakkannya tidak mahu terima
pendapat orang lain sekalipun pendapat atau teguran itu dibuat dengan baik,
dengan hujah ilmiah dan nas yang sah. Mereka anggap orang lain tidak betul,
mereka sahaja yang betul. Sebab itulah mudah melenting atau tersinggung bila
ditegur. Sikap begini adalah sifat sombong, sama ada disedari atau tidak. Orang
sombong pengikut iblis. Mereka sanggup tolak kebenaran kerana sombongnya itu.
Umpana iblis, ia tidak mahu tunduk pada Nabi Adam sekalipun itu perintah Allah.
Dia sanggup masuk neraka daripada merendah diri. Pejuangan yang begini, kalau
dapat jadi penguasa nescaya dibenci oleh rakyat jelata. Bagaimana hendak
Islamkan negara kalau diri sendiri pun cuai dengan Islam. Rasulullah itu sangat
tawadhuk dan berkasih sayang. Satu kampung pun kita belum dapat, mengapa sudah
sombong! Inilah berjuang fisabilit taghut namanya.
6. Pejuang-pejuang hari ini suka mengecam perbuatan jemaah
lain sebagai remeh-temeh, tidak fikir negara. Sangka mereka kalau tidak dapat
negara bila-bila masa saja aktiviti-aktiviti Islam boleh ditutup. Sebab itu
mereka tidak mahu buat apa-apa. Hingga kini, jemaah lain sudah berkembang besar
melalui aktiviti yang dikatanya remeh-temeh tadi. Mereka belum pun ada
persediaan apa-apa. Agaknya dengan apa mereka hendak Islamkan Malaysia. Atau
mereka fikir Islam boleh dibangunkan dengan gigi dan lidah saja? Bukankah pokok
yang besar rimbun dan berbuah lebat itu asalnya dari biji benih yang kecil?
Siapa menafikan hakikat ini bermakna fikirannya sudah keliru. Dikelirukan oleh
syaitan yang menipu. Malanglah dia di dunia dan di akhirat.
Demikianlah contohnya
bagaimana pejuang Islam telah ditipu oleh syaitan dan nafsu. Mungkin mereka
tidak sedar sebab memanglah orang yang kena tipu tidak tahu bahawa dia sedang
ditipu, kecuali sesudah dia dapati barangnya hilang. Atau sesudah semua
rancangan dan tindakannya memberi hasil yang mengecewakan. Lain diharap lain
yang dapat. Tidak mengapa kalau itu berlaku terhadap individu tetapi kalau
jemaah yang diperjuangkan tidak pun berkembang dan meningkat, malahan selalu
sahaja kalah dan kucar-kacir maka ini tidak boleh dianggap kasih sayang Allah.
Jemaah Islam mesti dibantu Allah yakni mesti mengatasi musuh. Itu janji Allah.
Maka kalau berlaku sebaliknya, periksalah jemaah itu kembali di mana silapnya
hingga Allah biarkan begitu sekali. Jemaah Islam sepatutnya disegani kawan dan
lawan. Jemaah Islam sepatutnya serba ada kerana perjaungan dan sumbangan
ahlinya. Tapi kalau jemaah itu sebuah kedai pun tidak punya, dimana gagahnya? Hendak
dapatkan negara? Orang punya, siapa mahu beri? Lalu apa caranya nanti ekonomi
Islam mahu dimulakan?
Pejuang-pejuang Islam
mesti akur tentang perkara ini. Bahawa perjuangan Islam mesti didasarkan atas
iman dan taqwa sebagai kekuatan utama dan terpenting. Lebih baik 100 pejuang
yang bertaqwa daripada 1000 orang tetapi tidak bertaqwa. Ini adalah kerana
orang bertaqwa akan dibantu Allah sementara yang tidak bertaqwa akan terbiar
pada nafsu dan syaitan. Sebab itulah langkah pertama perjuangan ini ialah menyediakan
orang-orang yang bertaqwa. Dengan taqwa, nafsu dan syaitan tidak boleh tipu
kita. Maka selamatlah dalam usaha-usaha dan aktiviti perjaungan. Akan tetapi
bukan senang hendak jadi orang bertaqwa. Latihan melawan nafsu dan syaitan
mesti dibuat lama dan sungguh-sungguh. Bukan di musim pilihanraya, di seminar
dan di kertas kerja, tatapi melalui kuliah-kuliah tasawuf, mendidik hati,
mendidik iman, melatih iman, melatih ibadah, akhlak, zikrullah dan seumpamanya.
Program ini memakan masa
dan kesungguhan. Penghayatannya boleh menumbangkan dua musuh besar manusia,
sekaligus mengangkat manusia ke taraf taqwa yakni dekat dengan Allah SWT. Akan
tetapi kupasan begini selama ini dianggap membawa manusia menjadi jumud dan
beku. Kerana itu mereka benci dengan tasawuf. Maka soal-soal akhlak dan soal
pembersihan hati dari musuh-musuhnya dan penyakit hatinya ditolak ke tepi.
Mereka berjuang dengan akal dan semangat. Maka jadilah perjuangan mereka mainan
nafsu dan syaitan.
Berjuang sebenarnya
bukan setakat berkumpul, berbincang, bertempik "Allahu Akbar" dan
bergaduh dengan lawan. Itu senang; sebab itu hasilnya pun kecil. Akan tetapi
hendak dapat taqwa, ertinya hendak buang perangai jahat seperti sombong,
dengki, bakhil, tamak dan lain-lain, kerjanya berat. Dan inilah perjuangan
awal. Siapa tidak tempuh peringkat ini, dia tidak boleh dapat taqwa. Bila taqwa
tidak ada maka nafsu dan syaitan jadi penasihat dalam perjuangan kita.
Terbuai-buailah kita dalam ayunan tipuan yang tidak terasa. Kita rasa kitalah
pejuang yang ideal, tapi belum tentu Allah sudah iktiraf kita. Dan kalau Allah
tidak terima, walau bagaimana hebat pun kita, tetapi tetap akan sia-sia saja
hidup kita. Rugi dunia dan akhirat.
Ujian demi ujian pada sesebuah Jemaah Islam akan
menyuburkan lagi Jemaah tersebut. Ia juga merupakan tapisan untuk memisahkan
antara ahli yang benar-benar ikhlas dengan yang berpura-pura
CIRI - CIRI PEJUANG ISLAM
TUJUAN
PERJUANGAN ISLAM
Saya Cuma sampaikan yang Haq,
kalau ada yang bathil kepunyaan saya, isteri saya dan anak-anak saya, maka saya
ambil semula dulu kini dan selamanya.
No comments:
Post a Comment