PEDANG SAYIDINA UTHMAN IBN AFFAN (RA)
Ciri-ciri Pedang Sayidina Uthman Ibn Affan (RA)
. Pedang ini
tertulis "Untuk Uthman Ibn Affan sahabat Rasulullah (SAW).
. Panjang
pedang ini berukuran 100 sm, hulunya selebar 3 sm.
. Pedang
permata satu yang sangat tajam dan runcing.
. Bentuk
pedang ini sangatlah tipis dan digunakan untuk mempertahankan
diri dalam peperangan.
. Hulu pedang diperbuat daripada kayu dan dilapisi kulit yang sudah disamak.
. Pangkal
pedang diperbuat daripada besi, manakala hujungnya dipebuat
daripada emas.
. Sarung
pedang dilapisi kulit yang sudah disamak dan berwarna hitam.
. Lingkaran penggantung bagi pedang ini diperbuat daripada besi yang
dilapisi emas dan bentuknya seperti mata pedang.
Info
. Nama
sebenar Sayidina Uthman Ibn Affan (RA) ialah Uthman Ibn Affan Ibn Abi al-Ash Ibn Umaiyah Ibn Abd. Syams Ibn Abd. Manaf Ibn Qusay.
. Ibu beliau
ialah Arwa binti Kuraiz Ibn Rabiah Ibn Habib Ibn Abd. Syams Ibn
Abd. Manaf.
. Sayidina
Uthman ialah menantu Rasulullah (SAW).
. Beliau
dikatakan menyerupai Nabi Ibrahim (AS) sebagaimana sabda Rasulullah (SAW):
" Sesungguhnya
Uthman menyerupai bapa kami Ibrahim."
. Salah
seorang yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah (SAW).
. Dialanti menjadi khalifah pada hari Rabu, bulan Muharam tahun 24 Hijrah
ketika berusia
69 tahun iaitu selepas tiga hari meninggalnya Sayidina Umar
(RA).
. Menjadi khalifah selama 11 tahun 11 bulan 29 hari tidak termasuk tiga
Hari Syura.
. Beliau mati dibunuh oleh Abdur Rahman Ibn Adis ak-Misri pada hari Jumaat,
18 Zulhijjah
tahun 35 Hijrah ketika berusia 81 tahun. Pendapat lain menyatakan
beliau meninggal
dunia lebih daripada umur tersebut.
. Jenazah
beliau dikebumikan di Baqi', Madinah al-Munawwarah.
Beliau mati syahid di rumahnya ketika
fitnah berkecamuk di antara orang-orang Umaiyah. Kejadian itu berlaku ketika
Sayidina Uthman (RA) sedang membaca al-Quran. Semasa beliau ditikam dengan
pedang, darahnya memancut di atas lembaran mashaf al-Quran dan mengenai surah
al-Baqarah ayat 137.
Ketika itu, Sayidina Uthman (RA) tidak menggunakan
pedangnya unutk mempertahankan dirinya sendiri. Ini kerana beliau tidak pernah
menginginkan untuk membunuh sesama Muslim. Tusukan pedang itu ternyata
membuatkan beliau mati sehingga beliau syahid iaitu tepat pada tahun 35 Hijrah.
Peristiwa Bersejarah Sayidina Uthman (RA)
Pada suatu
hari, seorang lelaki datang menemui Sayidina Uthman (RA). Dalam perjalananya,
dia bertemu dengan seorang perempuan lalu dilihatnya dengan penuh perhatian.
Maka Sayidina Uthman (RA) berkata kepadanya, "Telah
masuk seorang diantara kamu pada kedua-dua matanya terdapat bekas zina."
Lelaki itu bertanya, "Adakah
masih ada lagi orang yang menerima wahyu selepas Rasulullah (SAW)?" Lalu
Sayidina Uthman (RA) menjawab, "Tidak.
Tetapi itu adalah firasat orang yang beriman."
Taj al-Subki menyatakan bahawa apabila
hati seseorang itu bersih, maka dia akan memandang dengan cahaya Allah (SWT).
Pandangannya tidak akan jatuh pada sesuatu yang bersih atau yang kotor
melainkan diketahui apa yang tersembunyi disebaliknya.
Daripada Ibnu Umar (RA) bahawa pada suatu
hari, ketika Sayidina Uthman (RA) sedang berkhutbah di atas mimbar, masuk
seorang lelaki bernama Jahjah al-Ghiffari lalu dia mengambil tongkatnya dan
mematahkannya. Tidak sampai setahun selepas kejadian itu, tangan Jahjah
diserang penyakit gatal sehingga membawa kepada maut.
(Riwayat al-Mawardi dan Ibnu Sukni)
Daripada Abu Hurairah (RA) bahawa
Nabi (SAW) bersabda:
" Setiap nabi mempunyai teman di dalam syurga dan
temanku di dalam syurga ialah Uthman."
(Riwayat
Imama Tirmizi dan Ibnu Majah)
Pada
suatu hari, Sayidina Uthman (RA) mempersiapkan bala tenteranya untuk menghadapi
Perang Tabuk. Kekuatan jentera ketenteraan beliau dianggarkan seramai 10,000
orang. Sehingga Rasulullah (SAW) bersabda, "Sayidina
Uthman (RA) tidak akan rugi terhadap apa yang beliau lakukan setelah hari
ini."
Tahukah Anda?
. Mendapat
gelaran Zu Nurain kerana berkahwin dengan dua orang puteri
Rasulullah (SAW), Sayidah Ruqaiyah dan Sayidah Ummu Kalthum
Sebagaimana hadis daripada Sayidatina Aisyah (RA) bahawa Rasullullah (SAW) bersabda:
"Sesungguhnya
Allah (SWT) mewahyukan kepadaku agar mengahwinkan dua orang Kemuliaanku iaitu
Riqaiyah dan Ummu Kalthum dengan Uthman."
Pedang Sayidina Uthman Ibn Affan (RA)
. Panjang
pedang berukuran 98 sm, beratnya 956 gm.
. Berat
sarungg pedang 436 gm.
. Hulu
pedang diperbuat daripada batu hitam.
. Penyilang
pada hulu pedang diukir dengan emas; bercorak bunga.
. Bilah
pedang seakan-akan Pedang Zul Faqar.
. Reka
bentuk pedang ini agak luar biasa.
. Kedua-dua bilah pedang, tertulis sebuah puisi yang memuji empat orang
Khalifah
Pahlawan Yang Benar terutaman "Uthman Ibn Affan" dengan
tulisan perak.
. Sarung
pedang berukuran 88 sm; dihiasi dengan emas dan bercorak.
Pedang Sayidina Uthman Ibn Affan (RA)
. Panjang
pedang berukuran 115 sm panjang, lebarnya 9 sm.
. Sarung
pedang berukuran 100 sm panjang dan 10 sm lebar.
. Pedang ini
dikatakan milik Uthman Ibn Affan.
. Ada pendapat mengatakan bahawa pedang ini milik Uthman Ghazi, pengasas
Kerajaan Uthmaniyah.
. Dikatakan bilah pedang, penyilang pada hulu pedang dan sarung pedang
telah dibuat
pada abad ke-16, semasa pemerintahan Sultan Murad 111.
. Pada bilah pedang, terukir Surah al-Fath, nama Allah, Muhammad, Abu
Bakar, Umar,
Uthman dan Ali.
. Penyilang pada hulu pedang, terdapat bentu kepala naga di kiri dan kanan,
melengkung sedikit.
. Pedang ini telah digunakan dalam sesuatu majlis oleh beberapa orang
Sultan.
. Kini
pedang ini dipamerkan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.
Pedang Sayidina Uthman Ibn Affan (RA)
. Panjang
pedang berukuran 103 sm.
. Hulu
pedang melengkung.
. Sarung
pedang bersalut baldu merah.
. Terdapat
kancing bertali pada sarung pedang.
. Penyilang
pada hulu pedang diperbuat daripada perak.
. Pada bilah pedang tertulis, "Ini pedang Uthman Ibn Affan, moga Allah
merahmatinya".
Pedang Sayidina Uthman Ibn Affan (RA)
. Panjang
pedang berukuran 100 sm.
. Hulu
pedang diperbuat daripada kayu dan dilapik dengan kulit hitam.
. Pada
sebelah bilah pedang terdapat ukiran ikan berwarna perak.
. Pada sebelah bilah pedang lain tertulis, "Uthman Ibn Affan, ketua
orang yang beriman".
. Bilah
pedang rata dan bujur di hujungnya.
Pedang Sayidina Uthman Ibn Affan (RA)
. Panjang
pedang berukuran 90 sm.
. Hulu pedang diperbuat daripada kayu dan berbentuk oktagon; dilapik dengan
baldu
hijau.
. Penyilang pada hulu pedang diperbuat daripada keluli.
. Bilah
pedang rata dan bujur di hujungnya.
. Pada sebelah bilah pedang tertulis, "Tiada Tuhan Selain Allah dan
Muhammad Pesuruh
Allah".
.
Pada sebelah bilah pedang lain tertulis,
"Uthman Ibn Affan, ketua orang yang
beriman".
No comments:
Post a Comment