SIAPA MUSUH ZAHIR

SIAPA MUSUH ZAHIR

Allah swt telah menyatakan dalam Al Quranul Karim tentang musuh- musuh  Islam iaitu musuh musuh Allah dan Rasul. Iaitu hamba hamba Allah yang sangat derhaka pada-Nya, tidak mahu mengikut syariat Allah dan yang menentang usaha usaha memperjuangkan agama Allah. Mereka sangat benci dan dengki pada orang orang yang berjuang pada jalan Allah dan berusaha untuk menghalang usaha-usaha perjuangan itu.

Di dalam Al Quran, iaitu pada surah yang awal iaitu di dalam surah Al Baqarah, sesudah menceritakan tentang ciri-ciri mukmin, terus Allah menceritakan tentang golongan penetang ini. Mari kita lihat siapakah mereka itu.

Terjemahan: Sesungguhnya orang orang kafir sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman. (Al Baqarah:6)

Terjemahan: Allah telah mengunci mata hati dan pendengaran mereka dan peglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat pedih. (Al Baqarah: 7)

Itu orang KAFIRTerang terangan mereka menolak ketuhanan Allah. Katalah apa pun tentang Allah dan tentang kebenaran , dia buat tidak dengar saja. Atau kalau dia dengar dia akan tolak dengan apa cara sekalipun. Pujuk dan rayulah  macam mana sekalipun ia tidak akan terima. Dia tetap dengan keyakinan lamanya dan tetap akan menolak kebenaran Islam. Orang orang KAFIR bukan tidak percaya Tuhan. Mereka percaya, tapi tidak mahu tunduk kepada Tuhan dan hukum hakam-Nya serta menolak Sunnah Rasulullah SAW. Lihat apa kata Allah tentang kepercayaan orang KAFIR:

Terjemahan: Kalau kamu Tanya mereka (orang kafir) siapakah yang menjadikan langit dan bumi, maka mereka akan menjawab; Allah. 
(Luqman: 25)

Ertinya, orang KAFIR memang tahu bahwa alam ini diciptakan oleh Allah tapi mereka tidak kenal Allah dan tidak terima hukum hukum Allah yang disampaikan melalui lidah Nabi-Nya Muhammad SAW. Jadi siapa dari umat Islam ini yang percaya dengan Allah tapi menolak hukum hukum Allah, menolak cara hidup Islam dan Sunnah Nabi, kita bimbang kalau kita termasuk dalam kepercayaan orang KAFIR.

Terjemahan: Di antara  manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian. Padahal sesungguhnya mereka itu bukan orang orang yang beriman. Padahal  mereka hanya menipu diri mereka sendiri sedang mereka sedar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta. Dan bila dikatakan pada mereka”Janganlah kamu membuat kerosakkan di muka bumi.” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang orang yang membuat kebaikan.” Ingatlah sesungguhnya mereka itulah orang yang membuat kerosakkan tapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan pada mereka “Berimanlah kamu sebagaimana orang lain telah beriman.” Mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah sesungguhnya mereka orang orang yang bodoh tapi mereka tidak tahu. Dan bila mereka menyatakan: “Kami telah beriman.” Dan bila kembali kepada syaitan syaitan pemimpin pemimpin mereka atau kawan kawan mereka, mereka menyatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu. Kami hanyalah olok olok.” Allah akan membalas olok olok mereka dan membiarkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan mereka. Mereka itulah orang yang membeli kesesatan mereka dengan petunjuk. Maka tidak beruntunglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat pentunjuk. (Al Baqarah: 8-16)

Begitu sekali Allah dedahkan sifat dan ciri ciri musuh. Siapa ada ciri ciri ini, sekalipun dia berada dalam Jemaah Islam, sama-sama pula berjuang, maka MUNAFIK lah dia. Musuh ketat Islam, musuh Allah dan Rasul. Tempatnya di akhirat ialah di dasar neraka sebab golongan MUNAFIK ini jahat dan bahayanya lebih daripada orang kafir. Ini adalah kerana mereka menyorokkan permusuhan yang boleh membuatkan orang mukmin yang jahil mudah terpedaya dengan mereka.

 
Cara hidup barat telah sekian lama mengancam…Kini datang cara hidup Islam yang gagah, hebat dan kuat mencabar. Walaupun Nampak lunak dan lembut, tetapi kini ia telah berjaya meruntuh cara hidup jahiliyah

Tapi orang kafir jelas penolakan mereka yang mana mudahlah dikenali sebab mereka tidak mengaku Islam dan perbuatannya bukan atas nama Islam. Mereka bekerja seperti gunting dalam lipatan atau duri dalam daging. Kerana itulah orang MUNAFIK lebih bahaya daripada orang kafir sendiri. Kerana itulah orang MUNAFIK tidak boleh di sembahyang jenazah dan melawat kubur mereka. Firman Allah SWT :-

Terjemahan: Orang orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka, katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebernanya. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka Allah tidak lagi menjadi penolong dan pelindung bagimu. (Al Baqarah: 120)   

Kita sedar bahawa hari ini orang MUNAFIK lah yang lebih bersungguh sungguh dalam menghalang kebangkitan islam. Bilangan mereka ramai dan gelangang mereka cukup strategik untuk tujuan melemahkan dan menakutkan-nakutkan kita. Jangan sampai kita tidak tahu hal ini atau jangan sampai tersilap langkah terhadap mereka ini.

Selain daripada orang kafir dan munafik Al Quran juga  memberitahu YAHUDI dan NASRANI. Dalam surah Al Baqarah juga perihal ini dibongkar dan didedahkan sejelas jelasnya. Tentang YAHUDI, Allah berfirman:

Terjemahan: Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah lalu mereka mengubah setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya. Dan apabila mereka berjumpa dengan orang orang beriman mereka berkata: “ Kami pun telah beriman,” Tetapi apabila mereka berada sesama mereka saja, mereka berkata: “Apakah kamu menceritakan kepada mereka apa yang telah diterangkan Allah kepadamu (yakni tentang Taurat menceritakan akan kedatangan Nabi Muhammad) supaya dengan demikian mereka umat (Islam) dapat mengalahkan hujahmu di hadapan Tuhanmu; tidakkah kamu mengerti?” Tidakkah mereka (Yahudi itu) mengetahui bahawa Allah mengetahui segala yang mereka sembunyikan dan segala yang mereka nyatakan? Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui al kitab (Taurat) kecuali dogengan bohong belaka dan mereka hanya menduga duga. Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang orang yang menulis al kitab dengan tangan mereka sendiri lalu dikatakannya: “Ini dari Allah.”  Dengan maksud untuk memperolehi keuntungan sedikit  dengan perbuatan itu. Maka kecelekaan yang besarlah bagi mereka kerana apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka kerana  apa yang mereka kerjakan. (Al Baqarah: 75-79)

Tentang NASRANI pula Allah beritahu begini:

Terjemahan: Mereka (orang kafir) berkata: “Allah mempunyai anak.” Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah, semua tunduk kepada-Nya. Dan orang orang  yang tidak tidak mengetahui  berkata: Mengapa Allah tidak (lansung) berbicara dengan kami atau dating tanda tanda kekuasaan-Nya kepada kami?” Demikian pula orang orang yang sebelum mereka telah menyatakan seperti ucapan mereka itu. Hati mereka serupa. Sesungguhnya Kami telah menje;askan tanda tanda kekuasaan Kami pada kaum yang yakin. (Al Baqarah: 116-118)

Semua sekali isi hati dan perangai YAHUDI dan NASRANI telah diceritakan dengan terperinci dalam surah Al Baqarah. Bacalah lagi dalam ayat Al Quran yang mulia itu.

Allah SWT sesudah memperkenalkan musuh-musuh orang mukmin itu, memberi amaran agar janganlah kita sampai terikut ikut sikap YAHUDI dan NASRANI. Firman-Nya:   

 Terjemahan: Orang orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka, katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebernanya. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka Allah tidak lagi menjadi penolong dan pelindung bagimu. (Al Baqarah: 120)   

Dan Allah tutup cerita ini dengan firman-Nya:

Terjemahan: Dan takutlah kamu kepada suatu hari yang mana seseorang tidak dapat membela seseorang yang lain walau sedikitpun dan tidak akan diterima syafaat dan tebusan daripadanya dan tidaklah mereka akan ditolong. (Al Baqarah: 48)

Begitulah halnya dan duduknya perkara berkaitan dengan musuh-musuh Islam itu.  Mereka itu sangat jahat terhadap Islam dan sangat derhaka pada Allah serta sangat kotor hatinya. Persediaan untuk hadapi mereka mesti dibuat secara serius dan sistematik, secara sedar dan teliti. Bukan agak agak, fikir-fikir, cuba-cuba atau main-main. Ini kerana mereka itu terhadap kita bagai singa yang sedang menerkam mangsanya.

 
Media massa musuh mesti ditentang dengan media massa Islam. 

Untuk itu kita mulakan dengan melihat diri kita sudah benar-benar mukmin atau belum. Kalau kita pun tidak betul seperti yang Allah mahu, apa alasan kita hendak lawan mereka. Allah akan biarkan kita bercakaran dan menanggung azab yang sama.

Ciri-ciri mukmin yang sebenar, pun memang ada diceritakan oleh Allah, agar kita ukur dengan diri kita. Muqadimmah surah Baqarah itu adalah tentang perkara terpenting ini:

Terjemahan: Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan pada mereka. Dan telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Mereka itulah orang yang telah medapat petunjuk dari Tuhannya dan merekalah orang orang yang beruntung. (Al Baqarah: 2-5)

Sudahkah kita benar benar yakin dengan yang GHAIB (Allah, malaikat, syurga, neraka dan dll), yang taraf keyakinan itu boleh menentukan sikap lahir batin kita berkaitan dengan perkara perkara itu; yang dalam duduk, baring dan berdiri  teringat ingatkan-Nya hingga membuatkan hidup kita seluruhnya diserah untuk-Nya. Dan timbul rasa sangat ingin mendekatkan  diri pada-Nya di samping rasa takut yang tidak terkira kalau tersilap dengan yang ghaib itu yakni Allah SWT? Itulah yang dikatakan beriman dengan perakra-perkara yang GHAIB. Sudahkah kita jadi begitu?

Apakah Allah akan membantu umat Islam yang melanggar hukumnya? Makin berjuang makin terhina. 

Kemudian sudahkah kita dirikan SOLAT secara istiqomah, khusyuk dan cukup bilangannya wajib dan sunatnya? Iaitu SOLAT yang dilakukan sebagai mikraj kehadrat Ilahi dan berkatalah ia pada Tuhan selaku seorang hamba yang hina dina. SOLAT yang kekuatannya boleh membuang segala mazmumah dan menghentikan segala keji dan mungkar. Adakah SOLAT yang kita dirikan itu akan menjaga kita atau solat kita itulah nanti yang akan membawa kita ke neraka?

Seterusnya sudahkah kita belanjakan REZEKI yang Allah pinjamkan itu di jalan Allah? Berapa peratus gaji kita pulangkan pada empunyanya iaitu Allah SWT? Kalau Cuma 5% apalah maknanya. Belum boleh dikatakan kamu khalifah Allah sebab khalifah Allah itu mengorbankan semua harta bendanya kembali kepada Allah. Atau kalau tidak semua pun hanya separuh atau 50%. Barulah terbukti yakin dan cinta kita pada Zat yang sangat berjasa itu?

Begitulah di antara sifat yang patut kita miliki. Barulah boleh kita rasa kita ini orang Allah atau pembela pembela agamanya. Dan barulah Allah akan jadikan kita tentera-Nya. Barulah Allah akan tolong kita untuk Islamkan Negara ini bahkan dunia ini, insya-Allah, Tapi kalau tidak, janganlah berharap dapat kemuliaan dan pembelaan dari Allah, tapi kehinaan seperti firman Allah:

Terjemahan: Apakah kamu ambil senahagian dari isi kitab dan menolak sebahagian yang lain? Tidak ada balasan orang yang bersikap demikian itu melainkan akan hina di dunia. Dan akan dikembalikan ke akhirat pada azab yang bersangatan pedih. Sesungguhnya Allah tiada lalai daripada apa apa yang kamu lakukan. (Al Baqarah:85)

IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT 



CIRI - CIRI PEJUANG ISLAM

TUJUAN PEJUANGAN ISLAM


Saya Cuma sampaikan yang Haq, kalau ada yang bathil kepunyaan saya, isteri saya dan anak-anak saya, maka saya ambil semula dulu kini dan selamanya.

No comments:

Post a Comment