Friday 2 September 2016

PEDANG SAYIDINA ZUBAIR IBN AWWAM



PEDANG SAYIDINA ZUBAIR IBN AWWAM RA.

Nama sebenar beliau ialah Zubair Ibn Awwam Ibn Khuwailid Ibn Asad al-Quraisy al-Asadi RA. Beliau dikenali sebagai Abu Abdullah. Ibu beliau bernama Sofiah binti Abdul Muthalib. Beliau adalah seorang yang sangat berani dalam kalangan bangsa Arab yang berjuang di jalan Allah SWT untuk memerangi orang-orang Musyrikin.

          Sayidina Zubair Ibn Awwan RA adalah salah seorang daripada golongan yang pertama masuk Islam setelah diajak oleh Sayidina Abu Bakar RA. Telah dikatakan bahawa beliau adalah orang yang keempat atau yang kelima memeluk Islam ketika berusia 16 tahun. Beliau adalah seorang sahabat yang mahir menunggang kuda.

          Sayidina Zubair RA adalah seorang yang sangat suka berperang. Pada suatu hari, beliau bercita-cita untuk berangkat ke Antokia. Lalu Sayidina Umar berkata kepada beliau, “Wahai Abu Abdillah! Adakah kamu bersedia untuk dilantik sebagai gabenor Mesir?” Jawab Sayidina Zubair RA, “Aku tidak pernah berniat untuk menjadi gabenor di sana. Tetapi, aku ingin berjihad untuk membantu orang-orang Islam. Jika aku mendapat peluang untuk menakluki Antokia, aku tidak akan menolaknya. Aku juga ingin berangkat ke beberapa semenanjung dan sekiranya aku mempunyai kesempatan untuk berjihad, aku akan melakukannya.”


KISAH HIDUP ZUBAIR IBN AWWAM RA.K1

Pada suatu hari, bapa saudara Sayidina Zubair RA berusaha untuk memaksa beliau keluar daripada agama Islam, namun beliau menolaknya. Akibatnya, Sayidina Zubair RA dimasukkan ke dalam sebuah kurungan yang diasap oleh bapa saudaranya. Tindakan bapa saudaranya itu bertujuan untuk memaksa Sayidina Zubair RA agar kembali kepada agama asalnya. Namun, seksaan itu tidak dapat menggoyahkan imannya lalu beliau berkata, “Aku tidak akan kafir buat selama-lamanya.”
Pada suatu hari, Sayidina Zubair RA sedang menunggang kuda dengan mengenakan serban warna kuning. Kebetulan para malaikat yang turun ke bumi juga mengenakan serban berwarna kuning dalam masa yang sama. Apabila Rasulullah SAW melihat keadaan ini, lalu Baginda bersabda, “Pada hari ini, malaikat turun ke bumi dengan memakai serban bewarna kuning seperti serban Zubair.”
Sejarah telah merakamkan bahawa Sayidina Zubair RA telah mengikuti hijrah ke Habsyah dan Madinah. Beliau adalah seorang pemimpin yang berani berjuang dan berkorban di jalan Allah SWT. Beliau adalah orang yang pertama sekali mengangkat pedangnya di Makkah apabila beliau terdengar berita daripada orang-orang Musyrik yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah terbunuh. Lalu beliau segera mengangkat pedang untuk mengadapi orang-orang Musyrikin itu.
Peristiwa tersebut disaksikan sendiri oleh Rasulullah SAW lalu Baginda berkata, “Mengapa dengan kamu, wahai Zubair?” Jawab Sayidina Zubair, “Saya mendengar khabar bahawa tuan telah terbunuh, wahai Rasulullah!” kemudian, Rasulullah SAW mendoakan Sayidina Zubair beserta pedangnya.
   .  Sayidina Aisyah RA berkata, “Antara orang-orang yang diterima di sisi Allah  SWT dan Rasul-Nya setelah mengalami luka parah dalam Perang Uhud ialah Sayidina Zubair RA dan Sayidina Abu Bakar RA. Setelah orang-orang Musyrikin berlalu pergi. Rasulullah SAW telah mengutuskan 70 orang tentera kerana Baginda berwaspada jika orang-orang kafir akan datang kembali ke Bukit Uhud.
   .  Rasulullah SAW telah mempersaudarakan Sayidina Zubair RA dengan Sayidina Abdullah Ibn Mas’ud RA ketika Baginda berada di Makkah, Begitu juga, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan beliau dengan Salmah Ibn Salamah al-Ansari di Madinah ketika Baginda mempersaudarakan kaum Ansar dengan Muhajirin.


PEPERANGAN YANG DESERTAI SAYIDINA ZUBAIR IBN AWWAM RA.


Perang Badar
Perjuangan awal Sayidina Zubair RA bermula ketika Perang Badar apabila beliau diutuskan oleh Rasulullah SAW berserta tiga orang sahabat Baginda untuk mengetahui kekuatan pasukan Musyrikin yang berada di Badar ketika itu. Setibanya di sana, mereka menemui suatu tempat mata air namun ia telah diduduki oleh orang-orang Quraisy. Lalu, mereka memberitahu tentang bilangan tentera Musyrikin yang berada di tempat tersebut kepada Rasulullah SAW.

Perang Uhud
Sayidina Zubair RA turut mengikuti Perang Uhud dan mendampingi Nabi SAW dalam perang ini. Dalam Perang Uhud, Baginda membaiah Sayidina Zubair RA kerana beliau berjuang dengan gigih menentang orang-orang Musyrikin sehingga mengalami luka parah demi menegakkan agama Allah dan mempertahakan keselamatan Rasul-Nya.

          Pada suatu hari, Nabi SAW menyaksikan seorang kafir Berjaya membunuh orang-orang Muslim. Kejadian itu membuatkan Sayidina Zubair RA bangkit menyerang dengan menaiki punggung unta musuhnya itu. Lalu kedua-duanya bergelut hingga mereka terjatuh ke tanah. Akhirnya, Sayidina Zubair RA berjaya menikam dada musuh tersebut hingga mati. Kemudian, Nabi SAW memuji beliau sambil berkata, “Sekiranya Sayidina Zubair RA tidak Berjaya membunuhnya, sesungguhnya aku akan membunuhnya terlebih dahulu.”

Perang Khaibar
Sayidina Zubair RA sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dan Berjaya membunuh Yasir, saudara Marhab. Rasulullah SAW berkata, “Setiap Nabi memiliki penolong dan penolongku adalah Sayidina Zubair.”

Perang Khandak
Ketika Perang Khandak berlangsung sengit, Sayidina Zubair RA sentiasa menjaga dan mendampingi Rasulullah SAW. Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersabda, “Adakah di antara kalian yang berani bersamaku untuk menyerang Bani Quraizah?” Lalu Sayidina Zubair RA bangkit dan menyerang Bani Quraizah.

Perang Hunain
Dalam perang ini, Sayidina Zubair RA Berjaya memaksa kaum Musyrikin agar berundur daripada pertahanan mereka. Beliau meletakkan tombak di atas bahunya dan membalut kepalanya dengan selendang merah hingga seorang pemimpin kaum Musyrikin berkata, “Ini Sayidina Zubair Ibn Awwam, aku bersumpah demi Latta, sesungguhnya beliau akan menerobos dan menyerang kalian. Maka halangi beliau.”

          Namun, ketika Sayidina Zubair RA sampai di tempat kaum Musyrikin, beliau Berjaya menggempur mereka sehingga memaksa mereka berundur. Tidak ada satu peperangan pun yang tidak disertai Sayidina Zubair RA bersama Rasulullah SAW. Beliau juga termasuk salah seorang daripada 10 orang sahabat yang dijamin oleh Rasulullah SAW untuk masuk syurga.

Perang Jabiyah
Sayidina Zubair RA pernah turut serta dalam perang ini bersama Sayidina Umar. Dalam perang ini, beliau memimpin pasukan Muslimin menuju ke wilayah Syam untuk membantu Abu Ubaidah Ibn Jarrah RA menentang tentera Rom. Akhirnya, Allah SWT memberikan kemenangan kepada tentera Islam.

          Ketika Sayidina Amru Ibn al-Ash RA meminta bantuan Sayidina Umar Ibn al-Khattab RA, beliau mengirimkan Sayidina Zubair RA bersama 12,000 orang tentera Islam. Ada pendapat menyebut bahawa terdapat 40,000 pahlawan Islam bersiap untuk menentang tentera Rom. Antara pahlawan yang terlibat ialah para sahabat yang terkenal seperti Sayidina Miqdad Ibn Aswad. Mereka ini mendampingi Sayidina Amru Ibn al-Ash RA ketika penaklukan Mesir.

          Dikisahkan pada suatu hari, Sayidina Zubair RA datang menemui Sayidina Amru RA yang sedang mengepung benteng Babylon. Kemudian, Sayidina Zubair RA bersegera naik atas kudanya dan mengitari parit yang mengelilingi benteng tersebut. Kemudian beliau membahagikan posisi pasukannya di sekitar parit itu. Pengepungan ini memakan masa selama 7 bulan.

          Pada suatu ketika, Sayidina Zubair RA mendapat berita bahawa wilyah Babylon telah tersebar wabak penyakit taun. Lalu Sayidina Zubair RA berkata, “Sesungguhnhya kami datang untuk berperang dan bersiap sedia menghadapi abak taun itu.”

          Penaklukan yang dilakukan oleh Sayidina Amru al-Ash RA memakan masa yang terlalu lama. Dalam hal ini, Sayidina Zubair RA berkata kepada Sayidina Amru al-Ash RA, “Sesungguhnya aku telah menyerahkan diriku kepada Allah SWT. Aku berharap agar Allah akan membuka Babylon bagi orang Islam.” Lalu Sayidina Zubair RA membawa sebuah tangga dan menyandarkannya ke dinding benteng dan terus memanjat benteng itu. Beliau memerintahkan seluruh pasukannya bahawa sekiranya mereka mendengar suara takbir maka mereka hendaklah menjawab takbir itu. Akhirnya, Sayidina Zubair RA Berjaya melepasi benteng dan bertakbir sambil memegang pedangnya.

          Setelah tentera Rom menyaksikan tentera Islam telah Berjaya menguasai tempat tersebut mereka pun lari lintang-pukang. Hasilnya, tentera Islam berjaya menakluki benteng Babylon tersebut.


Ketika berlakunya penaklukan kota Makkah, Sayidina Zubair Ibn Awwam mendampingi Rasulullah SAW. Pada waktu itu, beliau berada di sebelah kiri pasukan dan memegang salah satu daripada tiga bendera kaum Muhajirin. Sayidina Zubair RA diperintahkan oleh Baginda untuk masuk dari wilayah Kudai semasa Rasulullah SAW membahagikan posisi pasukan Islam dari pelbagai sudut.

Dikisahkan bahawa Sayidina Zubair RA dan para Mujahidin berangkat menuju ke wilayah Syam untuk berperang di Yarmuk. Akhirnya, orang-orang Romawi Berjaya dikalahkan. Dalam peretempuran ini, beliau mengalami luka parah

Antara orang-orang Musyrikin yang terbunuh di tangan Sayidina Zubair Ibn Awwam RA ialah bapa saudaranya, Nufail Ibn Khuwailid Ibn Asad Ibn Ubaidah Ibn Sa’id yang digelar Abu Zat al-Kursyi, yang mana ketika itu berada dalam gabungan pasukan. Tetapi waktu itu, aku tidak melihat apa-apa pun kecuali kedua-dua matanya. Lalu dia pun berteriak, “ Aku adalah Abu Zat al-Kursyi.” Dengan tidak semena-mena aku pun menggempurnya dan menusuk matanya hingga dia mati.” Hisyam berkata, “Aku mendengar Sayidina Zubair RA mengatakan bahawa, “Aku menginjak-nginjak tubuhnya lalu memukulnya.”


INFO

.   Sayidina Zubair RA banyak mengalami luka di tubuhnya kerana sentiasa bertempur di medan perang.
.   Beliau mati dibunuh oleh Amru Ibn Jarmuk di Madinah.


TAHUKAH ANDA?

.   Penaklukan Negara Mesir adalah wilayah yang terakhir ditakluki oleh Sayidina Zubair RA.


PEDANG SAYIDINA ZUBAIR IBN AWWAM RA.

.   Panjang pedang berukuran 103 sm, beratnya 1,234 fm (2,250 gm berserta sarung pedang).
.   Hulu pedang dan penyilangnya berwarna perak, dilapik dengan kulit.
.   Bilah pedang tajam, terdapat dua titik perak yang lurus.
.   Sarung pedang berukuran 90 sm dan berkulit hitam.

.   Kancing pada sarung pedang diperbuat daripada emas.

No comments:

Post a Comment