PEDANG SAYIDINA KHALID IBN AL-WALID (RA)
Ciri-ciri Pedang Sayidina Khalid Ibn Al-Walid (RA)
. Salah satu
pedang Sayidina Khalid (RA) berukuran 95 sm yang diletakkan
di Muzium
Topkapi Istanbul, Turki.
. Hujung
pedang sangat tajam.
. Salah satu sisi pedang tertulis, "Khadimu Rasulullah (Sayidina
Khalid Ibn Walid)."
. Sementara sisi yang lain pula tertulis, "Abu Tolhah Sayidina Khalid
Ibn Walid" yang hampir tidak boleh baca.
. Atas
pedangf terdapat tanda-tanda bekas pertempuran.
. Pedang
yang lainnya berukuran 91 sm.
. Hujung
pedang sangat tajam.
. Hulu
pedang tertulis "Ini adalah pedang Sayidina Khalid Ibn Walid".
. Sarung
pedang dihiasi dengan hiasan hijau dan batu yang berwarna merah.
Info
. Nama sebenar beliau ialah Sayidina Khalid Ibn al-Walid Ibn al-Mughirah
al-Makhzumi, dinisbahkan kepada Bani Makhzum.
. Rasulullah (SAW) menggelarkan beliau "Saifullah al-Maslul" yang
bermaksud pedang Allah (SWT) yang terhunus.
. Seorang
yang sangat berani di medan peperangan.
. Bijak
dalam berperang.
. Memiliki
keperibadian yang mulia.
. Sentiasa merendah diri, takut kepada Allah (SWT) dan tidak tamak terhadap
dunia.
. Terlibat dalam peperangan Mu'tah, Fath al-Makkah, Hunain, Ghazwah
al-Thoif, Daumatal Jandal dan lain-lain.
. Pernah
berangkat ke Najran dan Yaman untuk berperang.
. Dikatakan penah menghancurkan berhala yang bernama Wad dan 'Uzza pada
zaman jahiliah.
. Memeluk
Islam pada tahun 8 Hijrah.
Peristiwa Bersejarah Sayidina Khalid Ibn al-Walid (RA)
Pada zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar
(RA), Sayidina Khalid Ibn al-Walid (RA) memerangi dan mengusir Musailamah
al-Kazzab, seorang pemimpin orang-orang murtad. Beliau juga telah berjaya
menyelesaikan masalah fitnah dan murtad ketika itu. Pada zaman pemerintahan
Sayidina Umar (RA) pula, beliau berkali-kali berperang untuk membela Islam.
Sayidina Khalid Ibn al-Walid (RA) adalah
seorang pemimpin yang memiliki keistimewaan yang tersendiri dalam strategi
peperangan. Beliau juga sangat bijak dalam menyusun strategi berperang dan
mampu untuk menggempur musuh, baik siang mahupun malam hari. Beliau tidak
pernah memandang rendah akan kekuatan musuhnya. Beliau juga selalu berperang di
hadapan pasukannya. Dalam setiap peperangan yang disertainya, kesemuanya
dimenangi oleh Sayidina Khlaid Ibn al-Walid (RA). Justeru, wajarlah beliau
dijadikan sebagai "suri teladan" oleh tenteranya dalam aspek
keberanian dan teknik bertempur dengan musuh.
Pada pemimpin besar dunia, kebanyakan
daripada mereka mempelajari dan mengambil strategi perang Sayidina Khalid Ibn
al-Walid (RA) dalam berperang. Beliau bagaikan guru dalam bidang ketenteraan.
Para pemimpin dunia juga menganggap bahawa Sayidina Khalid Ibn al-Walid (RA)
adalah guru yang pertama bagi mereka dalam menyusun strategi di medan perang
ketika itu.
Sayidina Khalid Ibn al-Walid (RA) pernah
berkata:
"Aku telah merosakkan tujuh bilah pedang di tanganku
di Hari Mu'tah,
tidak ada yang melekat di tanganku
kecuali Safihah Yamaniyah."
Dalam Perang Yamamah, Sayidina
Khalid Ibn al-Walid (RA) berjaya membunuh Musailamah al-Kazzab dan mengalahkan
Ikrimah Ibn Abi Jahal serta Syurahbil Ibn Hasunah.
Manakala dalam Perang Yarmuk, Sayidina
Khalid Ibn al-Walid (RA) kehilangan topinya, lalu beliau pun berkata kepada
pasukannya, "Carilah topi itu." Namun, mereka tidak berjaya
menemuinya. Setelah topi tersebut ditemui semula kemudiannya, ternyata ia sudah
terkoyak. Beliau pun ditanya tentang hal itu. Beliau menjawab. "Rasulullah
(SAW) telah membuat umrah. Kemudian, Baginda mencukur rambutnya, lalu
orang-orang di sekitar Baginda berebut-rebut untuk mengambil rambutnya. Aku pun
dapat mendahului mereka untuk mengambil rambut Baginda itu. Lalu rambut
tersebut aku letakkan di dalam topi itu. Aku tidak pernah berperang kecuali
dengan memakai topi ini hingga aku memperoleh kemenangan."
Kehidupan Sayidina Khalid Ibn al-Walid (RA) dan
Adabnya kepada
Rasulullah (SAW)
Ketika Sayidina Khalid Ibn al-Walid (RA)
diutuskan oleh Rasulullah (SAW) ke Bani Abdil Madan, beliau menulis surat
kepada Baginda yang kandungan suratnya berbunyi:
"Bismillahirrahmanirrahim, kepada Muhammad Rasulullah (SAW)
daripada Khalid Ibn Walid, Assalamualaikum ya Rasulullah warahmatullahiwabarakatuh.
Aku memuji Allah (SWT) yang tiada Tuhan selain Dia kepadamu. Amma ba'du.
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya tuan
telah mengutus saya kepada Bani Harith Ibn Ka'ab, dan tuan juga telah
memerintahkan saya agar tidak membunuh mereka terlebih dahulu sehingga tempoh
tiga hari yang telah ditetapkan. Ketika saya datang kepada mereka, tuan juga
memerintahkan saya untuk menyeru mereka kepada Islam. Jika mereka memeluk
Islam, maka saya akan mengajarkan mereka ajaran-ajaran Islam, Kitab Allah (SWT)
serta sunnah Nabi-Nya. Sekiranya mereka menolak untuk memeluk Islam, maka mereka
semua akan saya bunuh.
Sesungguhnya saya telah menawarkan mereka,
maka mereka telah saya seru untuk memeluk Islam selama tiga hari lamanya,
sepertimana tuan telah perintahkan kepada saya. Saya telah mengirimkan beberapa
utusan kepada mereka yang menyeru, "Wahai Bani Harith! Kalian masuklah Islam seluruhnya
hingga kalian selamat. Sekiranya kalian masuk Islam, maka kalian tidak akan
dibunuh."
Sesungguhnya saya telah menyeru mereka
sebagaimana yang telah diperintahkan Allah (SWT) dan saya juga telah melarang
mereka sepertimana larangan-larangan Allah (SWT). Saya juga telah mengajarkan
mereka ajaran-ajaran Islam dan sunnah-sunnah Nabi (SAW), makan sewajarnya
Rasulullah (SAW) membalas surat ini kepada saya. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh."
Kemudian,
Rasulullah (SAW) membalas surat Sayidina Khalid Ibn al-Walid (RA).
"Dengan nama Allah (SWT) yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang, daripada Muhammad (SAW) kepada Khalid Ibn Walid,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, sesungguhnya aku memuji Allah
(SWT), tiada Tuhan selain-Nya. Amma ba'du.
Suratmu telah sampai kepadaku yang dibawa
oleh utusanmu yang mengkhabarkan bahawa Bani Harith Ibn Ka'ab telah memeluk
Islam. Mereka telah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad hamba
dan Rasul-Nya sebelum kamu membunuh mereka. Mereka telah menerima Islam sesuai
dengan ajakanmu. Maka Allah (SWT) telah memberikan hidayah-Nya kepada mereka.
Oleh sebab itu, berilah mereka khabar gembira dan peringatan, dan terimalah
kedatangan mereka sekiranya mereka menerima kamu. Wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh."
Beginilah adab yang dimiliki Sayidina
Khalid Ibn Walid (RA) yang memperlihatkan ketaatan untuk mematuhi perintah
pemimpin. Sifat-sifat seperti ini adalah sifat seorang pejuang Islam yang
benar-benar melaksanakan kewajibannya. Rasulullah (SAW) bersabda,
"Alangkah hebatnya Khalid Ibn Walid, si pedang Allah!"
Sayidina Khalid Ibn Walid (RA) telah
bertempur ketika penaklukan Negeri Syam, yang akhirnya beliau mendapat kemenangan
setelahh hancurnya kerajaan Rom serta terbunuhnya para pemimpin mereka. Beliau
banyak menawan musuh-musuhnya dalam Perang Yarmuk, Damsyik dan Nagal di Syam.
Beliau juga dapat memusnahkan Rom dan menawan orang-orang tua dan muda. Beliau
juga telah membunuh para pemimpin dan para pembesar mereka iaitu Minas sehingga
Herkulis dengan pedangnya serta pemerintahan yang dipimpinnya juga turut
musnah.
Kemudia, Sayidina Khalid Ibn Walid (RA)
berkata ketika hendal meniggalkan Syam, "Keselamatan bagimu wahai rakyat
Syam! Sesungguhnya orang-orang Rom tidak akan kembali dan berpijak di Negeri
Syam ini." Hanya berkat kemuliaan Allah (SWT), Rasul-Nya dan orang-orang
Mukmin sehingga Sayidina Khlaid Ibn Walid (RA) berserta para pasukannya berjaya
mengusir orang-orang Rom dari wilayah orang Islam.
Sayidina Umar Ibn al-Khattab (RA) berkata
ketika beliau mendengar Sayidina Khalid Ibn Walid (RA) berjaya dengan begitu
cemerlang, "Sayidina Khalid Ibn Walid (RA) telah menentukannya sendiri,
semoga Allah (SWT) mengasihi Abu Bakar (RA), beliau adalah orang yang lebih
tahu daripada diriku sendiri." Kesaksian ini adalah kesaksian al-Faruq
Sayidina Umar Ibn al-Khattab (RA) untuk Saifullah al-Maslul Sayidina Khalid Ibn
Walid (RA).
Ketika Sayidina Khalid Ibn Walid (RA)
hendak meninggal dunia, beliau menangis lantas berkata, "Tidak ada suatu
amal pun yang aku kerjakan lebih baik kecuali hanya mengucapkan la ilaha
illallah pada suatu malam yang dingin di perkhemahan kaum Muhajirin dan aku
bermalam di situ. Aku melindungi diriku dengan perisaiku, sementara langit
membasahiku dengan embunnya dan aku juga menunggu terbitnya pagi hingga aku
dapat menyerang orang-orang kafir.
Maka berjihadlah kalian, aku telah
menyaksikan ini dan itu dengan merayap, sementara tubuhku dipenuhi dengan
luka-luka akibat tikaman pedang, panahan anak panah serta tikaman tombak.
Inilah aku, Khalid Ibn Walid (RA) yang akan menemui ajalku di atas ranjangku
ini seperti layaknya unta yang akan mati. Maka mata orang-orang pengecut pun
tidak akan terpejam. Sebenarnya, aku telah mengharapkan kematianku di medan
perang, namun takdir telah pun menentukanku untuk mati di atas ranjangku
ini."
Ketika
berita kematian Sayidina Khalid Ibn Walid (RA) sampai ke telinga Sayidina Umar
al-Khattab (RA), beliau berkata, "Telah
gugur seorang pejuang Islam yang tiada tandingannya. Demi Allah (SWT), beliau
telah berkorban untuk-Nya daripada keberingasan musuh."
Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) juga telah bersabda, "Sesiapa
yang memohon kepada Allah (SWT) untuk mati secara syahid dengan niat yang
ikhlas, maka Allah (SWT) akan mengangkatnya ke darjat para syuhada walaupun dia
meninggal di atas katilnya.
Pedang Sayidina Khalid Ibn al-Walid (RA)
. Panjang
pedang berukuran 91 sm, beratnya 772 gm.
. Hulu pedang diperbuat daripada kayu, dilapik dengan baldu berwarna merah.
. Hulu
pedang bersifat keemasan dan bercorak bunga.
. Penyilang
pada hulu pedang dihiasi dengan emas.
. Bilah
pedang kelihatan seperti sebilah tombok.
. Terdapat
dua titik perak di permukaan bilah pedang.
. Sarung pedang ini dilapik dengan baldu berwarna merah, dihiasi dengan
emas dan bercorak bunga.
. Ada sebuah puisi yang terukir di atas bilah iaitu, "Ini ialah pedang
Khalid Ibn Walid. Banyak penjahat telah terbunuh dengannya."
Pedang Sayidina Khalid Ibn al-Walid (RA)
. Panjang pedang berukuran 102 sm, beratnya 1,242 gm (1,818 gm berserta
sarung pedang).
. Hulu pedang melengkung sedikit, diperbuat daripada kayu, dilapik dengan
kulit berwarna hitam.
. Tali
sarung pedang dengan lubang yang diperbuat daripada perak.
. Hulu pedang daripada perak; salah satu bilah pedang bercorak bunga
simetrik.
. Kalimah tauhid dan kata-kata pembukaan Surah al-Fath ditulis pada alur
bilah pedang.
. Sarung pedang berkulit hitam, kancing pada sarung pedang bersalut emas yang berbentuk seperti kupu-kupu.
Pedang Sayidina Khalid Ibn al-Walid (RA)
. Panjang pedang berukuran 97 sm, beratnya 896 gm (1,416 gm berserta sarung
pedang).
. Hulu
pedang berbentuk oktagon, dilapik dengan kulit dan melengkung.
. Ukiran seekor ikan berwarna perak, dihiasi dengan corak bunga pada hulu
pedang.
. Penyilang
pada hulu pedang dihiasi dengan emas.
. Bilah
pedang bermata dua, sebelah tajam dan sebelah lagi ada tulisan.
. Panjang
sarung pedang berukuran 86 sm dan berkulit hitam.
. Kancing
pada sarung pedang, bercorak bunga keemasan.
No comments:
Post a Comment