KESILAPAN PEJUANG ISLAM
Pemimpin
dan pengikut mestilah diikat oleh PAUTAN HATI bukan semata-mata
penyatuan fikrah. Tegaknya sebuah Jemaah adalah asas tertegaknya PERIBADI
PEMIMPIN. Bukanlah dinamakan sebuah Jemaah Islam yang kuat jika pemimpin
boleh ditukar ganti mengikut selera, gelombang semangat dan undi
pengikut-pengikut
Kesilapan pejuang akhir zaman ada
dua bentuk:
A. Kesilapan dengan Allah.
B. Kesilapan dengan
manusia (khususnya dengan ahli Jemaah)
Dengan kata lain kesilapan itu
terletak pada peribadi kita dan juga pada Jemaah Islam.
A- Kesilapan Dengan Allah
1. Cuai mengamalkan
ajaran Islam. Solat
yang menjadi tiang agama pun dicuaikan apatah lagi yang lain. Walhal Rasulullah
mahu membakar rumah orang yang tidak hadir untuk solat berjemaah. Begitu berat
tuntutannya tetapi pejuang islam meremehkannya. Soal fardhu (kifayah) pun
dicuaikan, apatah lagi solat sunat. Anak isteri terbiar, tidak dididik dengan
cara hidup Islam. Aurat tededah, pergaulan bebas, majlis perkahwinan masih mahu
bersanding, hantaran terlalu tinggi tidak seperti sunnah Nabi, kenduri kendara
tidak ikut syariat, rumahtangga lambang pembaziran dengan hiasan ala taghut,
seperti alat muzik, patung harimau dan lain-lain.
2. Akhlak para
pejuang Islam jauh menyimpang dari akhlak Rasulullah. Walhal akhlak itulah nilai diri. Akhlak
yang baik umpama bunga, yang ada daya penarik untuk membuatkan manusia jatuh
hati dengan kita. Sedangkan akhlak buruk umpama najis yang mana semua manusia
menolakknya. Pejuang islam terkenal dengan watak pemarah, tamak, haloba,
bakhil, suka mengumpat, sombong, angkuh, memandang rendah pada orang bawah,
tidak bergaul kalau tidak setaraf, menghina orang, menuduh, suka bertengkar dan
menyinggung perasaan orang, tidak akui kebaikkan orang lain, seolah olah kita
sahaja yang baik. Oleh sebab itulah ukhwah sesama sendiri pun longgar malah
berkecai.
3. Dalam
hal mencari rezeki, kita masih mengutamakan rezeki yang banyak, tanpa menghalusi soal soal syubhat atau haram, riba
dan lain lain.
4. Pemimpin-pemimpin
Jemaah Islam tidak bersungguh-sungguh memimpin dan mendidik ahli dan membiarkan
mereka dengan cara hidup dan kehidupan sendiri. Tidak
dikawal dengan displin syariat serta tidak difikirkan kebajikan ahli Jemaah.
Apa yang dititikberatkan sangat ialah ceramah politik dan menanam semangat yang
berapi api (panas) untuk Islamkan Malaysia, yakni hendak potong tangan pencuri
dan hendak rejam penzina dan hendak hentikan kejahatan kerajaan. Maka orang
ramai pun akan marah dengan kerajaan bahkan dianggap musuh. Walhal mungkin ada
yang dituduh kafir itu solatnya lebih baik dari yang menuduh.
Dalam pada itu kehidupan
pemimpin Islam tidak memberi contoh yang baik pada pengikut dari segi
pengalaman Islamnya. Sebab itu hubungan pengikut dan pemimpin longar.
Tiada kasih saying sejati antara mereka. Pautan hati hanya kerana mereka
sanggup mengundi di waktu pilihanraya. Sebab itulah pemimpin takut untuk
mengeluarkan arahan-arahan yang difikirkan boleh menyebabkan anak buah lari,
sekali pun arahan itu datangnya dari Allah. Tetapi demi hendak menjaga hati
pengikut dan pengundi, didiamkan perintah Allah. Bahkan pemimpin kadang-kadang
terpaksa berpura-pura untuk ambil hati pengikut dan pengundi, sekalipun dia
sedar perbuatan itu dikutuk oleh Allah.
5. Pengikut
pengikut Jemaah Islam pula kurang memberi tenaga kepada Jemaah. Tenaga banyak diperuntukkan pada
kerja luar bahkan membantu kerja pihak kerajaan (yang dianggap musuh) seperti
kerja di pejabat , di sekolah dan di kilang-kilang kerajaan (sebab peluang hendak
kerja di pejabat, sekolah atau kilang Jemaah sendiri tidak ada). Ertinya tenaga
diberi pada musuh! Tidak mengapa juga kalau gaji itu diserahkan bulat-bulat
untuk Jemaah islam yakni untuk jemaahnya, tetapi tidak! Pengorbanan pengikut
terlalu kecik, itu pun bermusim-musim seperti waktu ada arahan, pungutan kilat
dalam muktamar atau pilihanraya.
Ketaatan pada pemimpin sungguh
longgar. Bahkan kalau ada pemimpin yang buat kesilapan, dengan mudah saja
disingkir dan diganti dengan pemimpin lain, yang baru dan belum dikenali, yang
mereka pun tidak akan taat. Kalau silap juga, disingkir lagi. Cari yang baru.
Kalau begini sampai bila pun islam tidak boleh ditegakkan, macam kapal yang
selalu bertukar nahkoda, pelayaran tidak boleh sampai ke matlamatnya. Atau macam
kontraktor bangunan ditukar-tukar selalu, bila bangunan hendak siap? Ditambah
dengan pekerja-pekerja yang tidak taat, bagaimana hendak membangun?
Sebab itulah Jemaah Islam tidak
membangun dan berkembang. Bukan tidak mahu tetapi tidak mampu. Maka hasilnya
Jemaah Islam hidup segan mati tak mahu. Kalau beginilah keadaannya, bagaimana
mahu islamkan Malaysia?
Sayidatina
Fatimah Az Zahra terkenal ZUHUD dan MALUnya kepada lelaki yang
bukan mahram. Sebaik-baik wanita ialah lelaki tidak dapat melihatnya dan dia
tidak melihat lelaki
6. Kaum ibu,
para isteri yang
menjadi tiang Negara, tiang Jemaah Islam, penegak pejuang fisabilillah; tetapi urusan dalam rumah pun belum dapat diselesaikan mengikut syariat
Allah. Taat pada
suami dengan erti kata menyerah diri bulat-bulat terhadap arahan suami dan
kehendak suami, tidak berlaku. Sebaliknya mereka pula yang hendak ajar suami.
Bertengkar dengan suami hingga mencacatkan hati suami menjadi perkara biasa.
Kenapa mereka lebih suka bekerja di luar rumah sedangkan di rumahlah gelanggang
perjuangan wanita solehah? Itulah kehendak Allah. Mana bukti kecintaaan kapada
Allah dan Rasulullah serta cintakan tertegaknya hukum Allah? Nampaknya mereka
gilakan dunia hingga lupakan akhirat yang indah. Mereka ikutkan nafsu hingga
lupa pada perintah Allah. Kalau ini semua tidak dapat dibuang dari diri, usah
fikirlah untuk selamatkan Negara Malaysia, diri sendiri pun belum selamat. Apa
dirisau kerajaan tidak menjalankan Islam sedangkan kekejaman kita dalam
rumah sendiri dan terhadap suami lebih dari itu. Kalau mereka tidak bertaubat
jangan fikir Allah akan selamatkannya dari Neraka-Nya.
Sudahkah mereka selesaikan empat
perkara penting ini: Solat, puasa, menjaga maruah dan taat suami? Ingatlah
sabda Rasulullah SAW:
Terjemahan: Mana-mana perempuan yang
melakukan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga maruahnya dari
yang haram dan mentaati suaminya, maka dipersilakan dia masuk ke dalam syurga
dari pintu mana saja yang disukainya.
Itulah perjuangan muslimah
yang utama. Yakni cuba mencontohi isteri-isteri Rasulullah, para sahabat dan
salafussoleh dalam ibadah mereka, akhlak mereka, pengorbanan mereka. Layanan
dan ketaatan pada suami hinggakan suami merasa dia ada syurga di dunia dengan
bidadari dunia yang membelainya penuh cinta. Itulah upah untuk suami
terhadap jihad dan pengorbanannya di jalan Allah, di dunia. Manakala di
akhirat, Allah akan serahkan syurga pada suami isteri tersebut. Lihatlah
pengorbanan Siti Khadijah r.a, habis dilabur hartanya untuk jihad fisabilillah.
Wanita
adalah tiang Negara. Medan dan perjuangan yang utama baginya adalah di rumah,
untuk berkhidmat sebagai isteri dan mendidik anak-anak sebagai ibu. Tapi apa
akan jadi jika wanita lebih menumpukan kerjanya di luar rumah? Maka porak
perandalah rumahtangga dan ini akan merosakkan kestabilan sesebuah masyarakat
Itulah kesilapan peribadi kita
buat terhadap Allah SWT yang menyebabkan Allah murka dan benci pada kita. Sebab
itu pertolongan Allah tidak tiba. Tapi pelik dan kasihan sekali. Kita pejuang
Islam tidak sedar dan tidak mahu akui kesilapan ini. Seolah olah itu bukan dosa
dan bukan taghut. Sebab itulah kita terus menerus dari dulu hingga sekarang
menghina orang lain sebagai taghut. Terutamanya orang yang tidak bertempik dan
berslogan seperti kita yang kononnya hendak tegakkan Negara Islam.
Sebernanya taghut (syaitan) bukan
menganggu hal-hal kenegaraan saja. Siapa saja yang tidak bertaqwa pasti jatuh
ke tangan tahgut, sama ada pada diri, dalam rumahtangga, dalam cara kita
bekerja, berhadapan dengan pendidikan, ekonomi, dalam pergaulan, waktu kenduri,
waktu berkelah dan dalam Jemaah islam sendiri. Tegasnya siapa yang tidak
menjalankan syariat Allah samada dalam Negara, dalam Jemaah Islam apalagi dalam
diri sendiri , bererti dia berjuang fisabilit taghut.
Kalau begitu, kenapa kita
salahkan musuh saja? Diri kita pun banyak salah dengan Allah. Diri kita pun
belum selamat lagi, kenapa risaukan nasib orang lain? Kita pun masih macam
taghut , kenapa taghutkan orang lain? Ertinya kita sama-sama belum bertaqwa.
Maka tiada siapa yang lebih mulia antara kita.
Kenapa
tidak tegakkan ekonomi, pertanian, penternakan, media massa, pendidikan,
kampong atau Bandar Islam dan lain-lapakah hanya ada kuasa memerintah barulah
semua dapat dilaksanakan? Kalau dapat ditegakkan Islam melalui sistem
demokrasi, adakah Yahudi dan Nasrani serta barat akan berdiam diri?
Akuilah hakikat ini.
Selesaikanlah masalah kita. Berjuanglah membaiki diri, melawan dengan nafsu dan
syaitan sebelum berjuang dengan taghut yang ada di luar diri kita itu. Selagi
kita pun membela taghut mustahil, kita boleh mengalahkan taghut. Allah tidak
akan bantu kita. Sebab kalau kita menang dan Malaysia jatuh ke tangan kita pun,
kita tidak akan boleh buat lebih baik dari apa yang ada.
Kecuali orang yang bertaqwa! Yang
hatinya boleh mengawal diri dari rasa takbur, dengki, gila dunia, bakhil,
tamak, dendam, pemarah, pengumpat, ujub, riak, gila pangkat, gila kuasa, gila
puji dan lain lain lagi. Yang ibadahnya, sembahyang menjadi pencegah keji dan
mungkar. Yang fanatik dengan sunah, hingga hidupnya dijadikan seperti Al Quran
dan sunnah, tawaduk, zuhud, warak, pemurah, penyayang, pemaaf, hubbullah,
sabar, tawakal, takut dosa, rindu syurga, berani menegakkan hak Allah, hingga
nyawa jadi tebusan. Tegasnya mereka adalah ruhban (rahib) di malam hari dan
singa Allah di siangnya.
Orang begini walaupun lombong
emas atau hutan balak diumpan, namun dia tetap tinggal dalam rumah sederhana
dan makan ala kadar. Barulah dia boleh tadbir dunia. Barulah dia makan ala
kadar. Barulah dia tidak rebut kerusi, tidak rebut lebih daripada itu, tidak
rebut jawatan atau gaji. Barulah aman dunia ini dari krisis! Apakah kita
pejuang Islam merasa sudah berada di taraf dan di maqam ini?
B- Kesilapan Dalam Jemaah Islam
Berikut pula adalah kesilapan
pada Jemaah-Jemaah Islam di seluruh dunia.
1. Tiada kekuatan
perpaduan atau jalinan kasih sayang yang kukuh antara ahli ahli dalam Jemaah sedangkan kekuatan perpaduan
adalah benteng yang kukuh dan teguh untuk kekuatan Jemaah itu sendiri. Sabda
Rasulullah SAW:
Terjemahan: bersatu padu itu rahmat, berpecah belah itu azab.
Satu Jemaah yang ahlinya bersatu
padu jauh bezanya dengan Jemaah yang ahlinya berpecah belah dan berkrisis.
Jemaah yang bersatu padu boleh membangun sedangkan yang berpecah belah
tiada satu projek pun dapat dijayakan. Masing-masing ada kepentingan sendiri,
tidak mahu menerima pendapat orang lain dan tidak boleh saling bekerjasama.
Musuh pun boleh memperalat sebahagian ahli-ahlinya untuk jatuhkan ahli yang
lain. Bahkan ketuanya pun boleh dijatuhkan.
2. Tiada kekuatan
ekonomi kerana
tidak ada projek ekonomi yang lengkap, teratur dan mantap. Oleh itu, peluang
peluang kerja untuk ahli tidak ada. Dan lebih penting dari itu ialah, tidak ada
sistem ekonomi Islam selaku sistem ekonomi contoh. Dan kalau ini tidak ada, apa
persediaan kita nanti untuk membangunkan sistem ekonomi Islam dalam negara atau
dunia ini yang telah dicemari oleh sistem yahudi dan nasrani?
3. Tidak ada
perancangan dan program latihan untuk ahli serta generasi pelapis, melalui
dasar pendidikan Islam yang dinamis dan praktikal. Kalau ini tidak ada. Dengan apa
lagi kita boleh selaraskan jiwa, pemikiran, ilmu, sikap dan pandangan hidup
antara ahli ahli? Sedangkan faktor keselarasan itu adalah penentu kepada
kelicinan gerakan Jemaah itu. Jemaah yang ahli-ahlinya tidak selaras dan tidak
sefahaman akan jadi celaru dan tidak dikawal.
Sistem latihan amat penting
supaya ahli Jemaah dicetak untuk jadi satu dan padu, supaya perjuangan itu
bersambung oleh generasi penggantinya. Jemaah yang ahlinya tidak dicanai oleh
satu kaedah pendidikan dan pembelajaran yang sama akan terumbang-ambing oleh
penubuhan pandangan yang silih berganti oleh pertukaran pemimpin yang naik dan
turun. Selama-lamanya Jemaah itu berada dalam mencari-cari dasar perjuangan dan
teknik pendekatan yang sebenar. Dan ia tidak boleh pergi lebih jauh dari itu.
Jemaah begini sampai bila pun
tidak boleh buat kemajuan dan usaha usaha praktikal yang dipelbagaikan dari
masa ke semasa. Kalau ini tidak berlaku, apalah dibanggakan pada ahli yang
ramai dalam Jemaah itu. Ramai tetapi tidak ada kualiti.
Tadika
Islam untuk mendidik anak-anak yang kemudiannya dilanjutkan kepada SISTEM
TERBIAH ISLAM diperingkat sekolah rendah, menengah, maktab, dan jamiah.
Sistem yang menghasilkan pelajar yang berdikari dan menjadikan perjuangan Islam
sebagai KERJA SEUMUR HIDUP, bukan semata-mata untuk MAKAN GAJI
demi kepentingan diri sendiri
4. Tidak ada alat media
massa yang berfungsi sebagai penyambung lidah perjuangan, supaya mesej
perjuangan itu sampai kepada masyarakat di seluruh pelusuk dunia. Yakni
alat seperti video, filem slaid, buku, majalah, akhbar, risalah, carta-carta,
poskad, kad ucap selamat dan lain lain bentuk media yang dapat dijadikan alat
penyebar mesej perjuangan kita. Bahkan bidang seni suara, puisi, lakonan serta
perfileman juga kalau boleh dicorakkan dengan Islam, yang boleh mendidik iman
dan mendorong perlaksanaan Islam, yang boleh mendidik iman dan mendorong
perlaksanaan Islam, maka lebih cepatlah mesej itu sampai pada masyarakat.
Cuba kita lihat bagaimana cara
Yahudi mendidik umat Islam supaya jadi macam mereka. Segala apa yang boleh,
nescaya dilakukan untuk menyampaikanapa yang mereka mahu sampaikan pada umat
Islam, dengan daya tarikan yang mempersonakan, hingga hasilnya jadilah seorang
Islam namanya sahaja Islam tetapi perangainya betul-betul macam Yahudi atau
Kristian.
Kenapa kita tidak buat begitu?
Kenapa kita berdakwah dengan gigi dan lidah sahaja. Dengan pengikut yang begitu
ramai takkanlah tidak ada pakar odio video untuk divideokan mesej kita.
Tunjukkan pada masyarakat apa yang kita mahu. Pakaian, makanan, cara hidup,
cara ibadah, system ekonomi, corak pendidikan, klinik dan hospital dan
lain-lain yang betul-betul ikut Quran dan Sunnah. Jadikan media kita sebagai
posmen yang menghantar hasrat kita kepada masyarakat. Bila masyarakat tahu, faham
dan yakin, dengan sendirinya mereka bangunkan Islam dan turut memperjuangkannya.
Itulah tujuan media massa.
Fungsinya sungguh penting dalam mencorakkan fikiran dan jiwa umat. Akan tetapi
hari ini, Jemaah Islam jadikan media mereka untuk mengata-ngata dan
menakut-nakutkan musuh. Juga untuk mendatangkan rasa marah pembaca, atau pada
orang yang dihentamnya itu. Yang hasilnya membuatkan orang bergaduh. Berjayalah
musuh menipu pejuang Islam. Yakni media mereka bukan untuk mendidik dan
membangunkan budaya hidup Islam tetapi boleh memecah belah. Kalau ada pun
tarbiyahnya tetapi tidak lebih dari saranan-saranan atau teori yang begitu
rumit, yang pejuang Islam pun belum tentu boleh buat, bagaimana pembaca hendak
buat atau hendak ikut?
5. Tidak banyak
menyumbang khidmat untuk masyarakat, sedangkan cara terbaik untuk
ambil hati masyarakat ialah menyumbang sesuatu pada mereka. Tetapi itulah yang
tidak ada pada badan Islam. Walhal orang Kristian, mereka mengeluarkan
berjuta-juta ringgit khas untuk kebajikan dan rawatan kepada masyarakat. Hingga
kerana itu setengah masyarakat Islam suka pada mereka, lebih dari suka mereka
kepada mubaligh Islam.
Pejuang Islam kalau kita tanya
kenapa tidak wujudkan badan kebajikan, klinik dan hospital, dijawabnya
: “itu perkara remeh-temeh, kita mahu Negara!”. Begitulah pandangan
perjuangan orang Islam. Dengarnya hebat tetapi tidak strategik.
Hendak dapat Negara Islam
bukankah ertinya hendak mendapat orang-orangnya sekali? Kalau dapat Negara
tetapi orang semua benci kepada kita dan perjuangan kita, apa maknanya?
Jangan-jangan Negara pun terlepas semula. Jadi kalau hendak ambil hati orang
kenalah atur strategi. Buktikan dulu pada masyarakat yang kita boleh bela
mereka, kita boleh jaga keperluan mereka, kalau kita diminta memerintah mereka,
barulah ada bukti. Tanpa bukti dengan apa orang boleh percayakan cakap-cakap
kita. Bahkan orang boleh sangka, entah-entah puak ini gila kuasa dan kalau
memerintah belum tentu membawa keuntungan pada kita. Kalau masyarakat masih
tertanya-tanya tentang kita, jangan mimpi hati mereka akan diberinya pada kita.
Sebab itulah undi kita makin kurang dan terus berkurangan.
Atas dasar inilah saya tegaskan
bahawa berusaha untuk berkhidmat pada masyarakat melalui badan-badan kebajikan,
rawatan-rawatan kesihatan melalui klinik dan hospital, mengeluarkan bahan-bahan
makanan Islam, membuka peluang sekurang-kurangnya untuk ahli-ahli, belajar,
berkursus, kerja dan kahwin serta beasiswa adalah penting dan sangat strategik.
Jika ini tidak ada, masyarakat umum bukannya hendak pandang kita, sebab rasa
prejudis pada Islam sudah kukuh dalam fikiran mereka, lebih-lebih lagi
dilihatnya kita selalu berkrisis dan kuat kata-mengata dan menuduh sesama Islam.
6. Pucuk pimpinan
tidak mengeluarkan buku panduan untuk anggota Jemaah. Hinggakan ahli sendiri tidak tahu
apa sebenarnya dasar perjuangan, teknik pendekatan, cara dan matlamat perjuangan.
Ertinya pejuang-pejuang Islam tidak tahu secara tepat dan menyeluruh tentang
tugas mereka. Masing-masing buat apa yang mereka fikir hendak buat. Bila buku
perlembagaan tentang undang-undang dan strategi perjuangan tidak ada,
masyarakat tidak akan nampak bagaimana bentuk Negara Islam yang
dilaungkan-laungkan itu. Bila tidak faham, mereka boleh andai-andaikan
kemungkinan buruk kalau kita jadi ketua Negara. Apalagi dilihatnya waktu belum
memerintah, belum menang, baru rasa-rasa hendak menang sudah tunjuk sombong
berarak-arak, bertempik dengan motosikal berderum deram. Orang jadi takut dan
benci. “kalau begini, tak boleh haraplah nampaknya. Kerajaan yang ada
sekarang buruk-buruk pun boleh juga tumpang di sudut-sudut tertentu. Yang ini
belum tentu lagi. Entahkan lebih teruk.”
Sebab itulah undi kita kurang.
Jangan salahkan orang, salahkan kita sendiri.
Begitulah hakikatnya. Kita tidak
mampu menahan orang hendak takut pada kita. Tetapi kita boleh ubah sikap kita
supaya orang suka.
Islam
disampaikan dengan penuh KASIH SAYANG DAN AKHLAK YANG INDAH. Jika ini
dapat dibuat bersungguh-sungguh, maka ramai anggota masyarakat termasuk yang
bukan Islam akan kembali Islam agama fitrah
7. Tidak ada pengurusan yang praktikal mengenai perkahwinan
anggota Jemaah. Kerana itu, tidak
berlakulah pertambahan keluarga dan pertambahan penduduk secara tersusun dan
berterusan dalam sesebuah Jemaah. Sedangkan melahirkan generasi pewaris
perjuangan adalah melalui proses perkahwinan antara ahli-ahli yang sama-sama
terdidik adalah sangatt penting. Sebaliknya jika berlaku perkahwinan yang
bercampur-aduk antara pasangan yang mempunyai berbagai pemikiran dan pengangan
yang berbeza akan menganggu kesefahaman dan keselarasab dalam meniai dan
bertindak, demi meneruskan perjuangan di masa yang akan datang. Di samping
itu, tidak adanya pengurusan perkahwinan membuatkan ramai andartu dalam Jemaah.
Andartu adalah satu masalah masyarakat.
8. Pertanian sebagai satu sumber ekonomi dan peluang kerja
untuk anggota Jemaah tidak langsung diperjuangkan. Hingga kerana itu Jemaah
Islam miskin dan ahli-ahlinya terpaksa bekerja dan terlibat dengan system
taghut. Apakah ini pun hendak tunggu dapat Negara? Bukankah sementara meunggu
itu eloklah dimulakan dulu aktiviti-aktiviti yang menguntungkan Jemaah dan
ahli-ahlinya. Kalau tidak dapat pun kita sudah ada Negara kecil sendiri, hidup
berdikari.
Begitulah sebahagian
daripda kelemahan dan kesilapan Jemaah Islam di dunia kini. Yakni kurang
aktiviti atau langkah-langkah praktikal untuk melaksanakan system Islam yang
dilaung-laungkan itu. Dari dulu hinggalah sekarang, secara umum aktiviti mereka
hanya yang itu juga; forum, usrah, mukmatar, bentang kertas kerja dan khemah
ibadah. Pendek kata baru aktiviti bercakap, sedangkan Allah suruh berbuat.
Firman-Nya yang
bermaksud:
“Sangat
besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu cakapkan apa yang tidak kamu
lakukan.” (As Saf : 3)
Konon katanya kuasa
bukan dalam tangan kita. Untuk menjawab, saya ingin bertanya menggunakan satu
tamsilan.
Katalah kita berada
dalam satu rumah tetapi rumah itu bukan rumah kita. Namun kita ingin sangat
mentadbir rumah itu (termasuk orangnya) dengan cara yang kita rasa lebih baik
dari pentadbiran yang sedia ada. Apa langkah yang baik untuk menjayakan
cita-cita kita itu? Adakah terus mengecam tuan rumah, minta diserah kuasa
tadbir supaya kita dapat mentadbirnya dengan lebih baik? Atau kita cuba cari
keyakinan tuan rumah atau ahli-ahli rumah dengan menunjukkan sikap yang baik
serta kerja-kerja yang memuaskan dan memberi faedah kepada ahli rumah. Bila
orang sudah percaya serta yakin dan kita juga sudah bersedia dengan alat-alat
kelengkapan untuk pentadbiran baru yang kita rancangkan, waktu itu baru kita
cadangkan. Atau adakah tepat kita mengutuk-ngutuk tuan rumah dan orang-orang di
dalam rumahnya hingga bergaduhlah kita dengan mereka? Cara itukah, dan dasar
itukah yang kita harapkan?
Secara waras saya katakan,
orang yang tunggu hendak Negara, hingga tegakkan apa-apa pun hokum Allah
sekalipun hokum-hukum yang boleh dibuat tanpa kuasa memerintah, itulah mereka
yang menyorokkan ayat-ayat Allah. Mereka sengaja mengelak dengan hujah itu dan
ini, supaya beban perjuangan itu tidak terpikul di bahu mereka. Mereka tidak
sedar bahawa itu membuatkan orang tidak yakin kalau mereka dapat kuasa, mereka
sanggup pikul beban rakyat dan menyelesaikannya dengan adil. Kalau dalam Jemaah
yang kecil pun tidak bertanggungjawab, bagaimana kita boleh memikirkan masalah
dan menyelesaikan masalah jutaan manusia dalam sebuah Negara?
Saya bukan tidak setuju
dengan usaha-usaha hendak dapatkan kuasa memerintah ini. Walaupun saya sendiri
tidak berkeinginan begitu, bukan cara sedemikian untuk mengembalikan manusia
pada Allah dan Rasul. Apa yang bimbangkan sangat ialah sekiranya dapat Negara
sekalipun tetapi lahir batin kita tidak bersedia, Negara itu akan terlepas
semula atau akan hancur di tangan kita.
Sejarah ini sudah
berlaku di Negara-negara jiran dan di setengah negeri di Negara kita. Untuk apa
kita ulangi sejarah pahit itu. Untuk apa kita bawa rakyat jelata ke satu
cita-cita yang kosong, yang semua itu merosakkan dan mengecewakan kita,
dirosakkan dengan pandangan perjuangan yang palsu dan kosong. Hingga mereka
mengutuk sesama Islam, bergaduh sesama sendiri dan menanti sesuatu yang tidak
kunjung tiba. Wang rakyat sudah kita gunakan untuk perkara-perkara yang tidak
sedikit pun memberi faedah pada mereka. Mereka terus tenggelam dalam kejahilan
dan berangan-angan. Iman dan Islam tidak mereka perolehi untuk mereka baiki dan
menyelamatkan diri mereka dari kehinaan di dunia dan azab neraka. Sedangkan,
mereka kain hari kian tua dan hanya menunggu hari mati. Kenapa begitu kejam
hati kita terhadap mereka. Mengapa kita bohongi mereka dengan menyatakan kita
tidak boleh buat apa-apa selagi kita tidak dapat kuasa?
Sistem ekonomi kapitalis
yang merancang dan membentuk masyarakat Malaysia kini adalah dibangunkan oleh
orang-orang yang satu ketika dahulu tidak ada kuasa memerintah. Kenapa system
ekonomi mesti tunggu kuasa memerintah? Apa yang ditakutkan? Apakah ada yang
lebih layak ditakuti selain dari Allah SWT? Atau tidak yakin yang Allah akan
tolong kita terhadap musuh? Mana pergi rasa tauhid yang sudah bertahun-tahun
kita tuntut bahkan setengah kita berjela-jela degreenya di
bidang Usuluddin? Kenapa tenaga tauhid itu tidak mendorong Jemaah Islam untuk
bangunkan system Islam di tengah-tengah kekufuran dan kejahilan umat? Kenapa
tidak? Bukankah kalau dapat Negara nanti, itu juga yang hendak dilaksanakan
justeru itu, mengapa mesti menunggu? Kalau tidak dapat Negara? Apa hujah kita
depan Allah nanti sekiranya kita mati dalam keadaan tidak menjalankan sIstem
Islam?
Begitu juga
sistem-sistem lain dan aspek-aspek kehidupan yang lain, yang sudah dikertas
kerjakan berulang-ulang. Kenapa tidal dibangunkan saja? Kenapa tunggu dapat
Negara? Kalau dalam kampung sendiri pun sembahyang Jemaah tidak boleh
ditegakkan, bagaimana hendak tegakkan sembahyang Jemaah dalam Negara? Kalau
benar kita cinta Allah dan Rasul dan agama Islam, serta ikhlas untuk
memperjuangannya, sesungguhnya kita tidak sabar lagi hendak tunggu Negara.
Tentu kita ingin segera Islam kan hidup kita, keluarga dan Jemaah kita itu. Itu
yang termampu dulu, itulah yang kita tegakkan dulu, Negara belakang kira. Yang
penting buat dulu mana yang mampu. Tidak boleh buat semua jangan tinggalkan
semua.
Tetapi kalau masih boleh
menunggu-nunggu, yang kita tidak tahu bila masanya yang ditunggu itu akan tiba,
nyatalah kita bukan cintakan hukum Allah itu tetapi cinta dan rindu kuasa
memerintah Malaysia. Sebab orang yang merindu dia sanggup buat apa saja agar
segara bertemu yang dirindui. Kecuali yang dirindui itu hanya boleh dicapai
dengan menunggu, maka kerana itu kita boleh menunggu. Sedangkan hukum Allah
boleh dibuat tanpa menunggu-nunggu. Sekiranya kita terpaksa mati kerana
membangunkannya tentu kita rela. Bahkan kematian itu kemuncak untuk bertemu
yang paling dirindui, Allah SWT.
Untuk apa hendak terus
Islamkan Negara? Islamkan dulu diri, keluarga dan kampong kita. Berdikit-dikit,
lama-lama jadi bukit. Tetapi pelik, dalam keadaan kampung sendiri pun belum
nampak syiar Islam tiba-tiba mahu Islamkan Negara dan dunia yang lebih luas?
Kalau kail panjang sejengkal,
Jangan lautan hendak diduga.
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tidak
sampai.
Peluklah busut dulu.
Pepatah melayu itu elok
diambil perhatian. Takut nanti:
Yang dikejar tidak dapat,
Yang dikendong berciciran.
Kemuncak kesilapan kita
para pejuang Islam berakhir zaman ini ialah meletakkan keselahan kita pada
mush. Ini kesilapan utama. sebab orang yang bersalah, tetapi tidak mahu
menyalahkan diri sendiri, sampai bila pun dia tidak dapat membaiki dirinya dalam
menghadapi musuh. Macamlah orang yang menyalahkan siput babi kerana memakan
tanamannya. Balik-balik siput itu yang disalahkan, hingga dia tidak berusaha
untuk berbuat sesuatu agar musuh itu jangan lagi makan tanamannya.
Orang begini ialah orang
yang tidak ada strategi namanya. Orang yang tidak tahu taktik dan politik
perjuangan. Tidak tahu tipu helah peperangan. Sedangkan orang yang hendak
berjuang patutnya perlu pandai tipu helah atau putarkan musuh. Barulah musuh
boleh lemah dan kalah. Tetapi kalau berjuang tidak ada strategi dan teknik
dalam menghadapi musuh dan tidak ada rahsia dengan musuh, semua isi hati dan
perasaan terhadap musuh habis dipaparkan dalam suratkhabar, semua diledak di
dalam ceramah atas pentas, masuk majalah, radio, tv …. Segala-galanya telah
didedah. Musuh tinggal dengar sahaja dan atur langkah seterusnya supaya tambah
deritalah pejuang-pejuang Islam. Dan musuh kalau boleh inginkan semua pejuang
Islam sakit jiwa supaya ‘frust’ dan ‘give up’, malas berjuang lagi. Berjayalah
mereka. Berjayalah musuh.
Kalau kita tanya pejuang
Islam mengapa gagal atau mengapa tidak laksanakan system hidup Islam secara
syumul, maka meluncurlah rasa marah dan benci pada kerajaan, pada zionis, pada
Amerika. Dikutuk dan disalahkan musuh itulah, sebagai sebab mereka tidak boleh
buat apa-apa serta gagal dalam rancangan dan aktiviti mereka. Seolah-olah
mereka meminta musuh jangan berbuat begitu walhal memang dijadikan untuk itu.
Yahudi dan Nasrani serta agen-agen mereka sampai kiamat pun tidak akan berhenti
dari menyekat perjuangan Islam. Masakan kita tidak tahu? Kalau tahu kenapa
mengharap mereka agar tidak mengacau kita? Mengapa meminta kekuatan dan
kerjasama dari mereka? Mustahil dan tidak logic sama sekali. Kerja menyalahkan
mereka itu adalah kerja sia-sia, buang masa dan merugikan kita. Sepatutnya kita
laksanakan apa sahaja perkara-perkara yang boleh mencabar dan mengancam mereka.
Mereka buat sekolah, kita buat sekolah. Anak kita jangan hantar ke sekolah
mereka. Kita boikot semua cara hidup mereka.
Mereka buat ekonomi,
kita buat ekonomi, dan kita pulaukan ekonomi mereka. Mereka buat hospital, kita
buat hospital. Umat Islam kita ajak mendapatkan khidmat perubatan di hospital
Islam dan bukan di hospital yang bukan Islam. Mereka buat media massa, kita buat
juga. Ini supaya masyarakat ada alternative dalam memilih bahan bacaan yang
lebih baik dan lebih berguna. Mereka buat makanan, minuman, alat-alat make-up,
fesyen dan keperluan harian yang lain, kita buat juga supaya system ekonomi
mereka ada pencabarnya, sekaligus supaya wang umat Islam tidak lagi mengalir ke
poket mereka.
Mereka buat pembangunan,
perkilangan, pertanian, penternakan dan lain-lain sumber ekonomi dan peluang
kerja, maka kita buat sama, supaya wang kita dan makanan kita adalah bikinan tangan
kita, halal dan berkat. Tetapi ini semua tidak kita lakukan. Kemudian kita
cakap tentang dunia Islam, Negara Islam! Senangkan musuh hendakserah semua itu
pada kita? Sedarkah apa yang kita cakapkan itu? Apa yang kita tahu, musuh
bahkan kawan-kawan kita sendiri sedang mentertawakan kita kerana angan-angan
kita itu.
Belajarlah dari
kesilapan ini. Akuilah kekurangan diri, kemudian ambil sikap baru. Membangun
dan membangun. Usah tunggu-tunggu lagi. Mengapa ditunggu sesuatu yang makin
jauh. Bukankah selama ini kita semakin kalah? Dan undi masyarakat pada kita
makin merosot?
IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
CIRI - CIRI PEJUANG ISLAM
TUJUAN PEJUANGAN ISLAM
Saya Cuma sampaikan yang Haq,
kalau ada yang bathil kepunyaan saya, isteri saya dan anak-anak saya, maka saya
ambil semula dulu kini dan selamanya.
No comments:
Post a Comment