Friday, 29 July 2016

PEDANG AR-RUSUB

IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT  

PEDANG AR-RUSUB

 Ar-Rusub merupakan pedang yang digunakan untuk membunuh. Sesiapa yang terkena tikaman daripada pedang ini, akan terus rebah buat seketika. Dalam kaedah bahasa Arab, kalimah rusub berasal daripada perkataan rasaba-yarsubu, yang membawa maksud turun ke bawah dan menetap. Orang yang terkena tikaman pedang ini akan mendapat kesan secara langsung pada tubuhnya. Pedang ini dinisbahkan kepada Sayidina Ja’afar as-Sodiq r.a.

Seorang Ahli Bait menyatakan bahawa pedang yang dimiliki ini adalah sama keadaannya dengan hal peti yang dimiliki oleh Bani Israil. Peti adalah lambang kekuasaan, manakala senjata pula adalah lambang ilmu.   

   

Pedang ar-Rusub


   - Panjang pedang berukuran 140 sm, beratnya 2,854 gm
  - Hulu pedang diperbuat daripada perak dan berlapik dengan kulit bewarna   hitam
  - Penyilang pada hulu pedang berbentuk melengkung.
  - Bilah pedang sangat tajam. Imej perak dan emas pada bilah pedang
     menggambarka perjuangan antara seekor naga dengan burung merak kayangan.
  - Terdapat sajak parsi dalam reka bentuk kaligrafi.
  - Sarung pedang diperbuat daripada kayu yang dilapik dengan kulit bewarna hitam, dihias dengan corak bunga.
  

Kisah Rasulullah S.A.W
Rasulullah s.a.w keluar dari Madinah pada tahun ke-8 hijrah yang merupakan ‘Amul Fath. Baginda mengutus Ali bin Abi Thalib r.a kepada berhala Manat, lalu Ali menghancurkannya dan mengambil pedang yang ada pada berhala itu. Lalu Ali menyerahkannya kepada Nabi s.a.w. Kemudian, Baginda memberikan pedang itu kepada Ali.

      Diriwayatkan juga bahawa Ali r.a mendapatkan pedang ini daripada berhala Fals, milik suku Thoi’, ketika Nabi s.a.w mengutusnya kepada berhala itu sehingga beliau berjaya menghancurkannya. Lalu Ali membawa pedang ini kepada Nabi s.a.w. Maka Nabi s.a.w menyandang salah satu pedang (al-Mikhdam dan ar-Rusub) dan memberikannya kepada Ali bin Abi Thalib r.a. Pedang itu adalah pedang yang sebelumnya disandang oleh Nabi s.a.w.



    Tahukah Anda?

- Sayidina Ja’far as-Sodiq digelar dengan gelaran Abu Abdullah. Nama panggilan
    belia ialah as-Sodiq dan at-Thohir.
-  Lahir pada tahun 80 Hijrah, meninggal dunia pada tahun 148 Hijrah.
-  Makam beliau disemadikan di Baqi’.
-  Sentiasa beribadah kepada Allah SWT dan taat kepada-Nya.
-  Berhati mulia dan dermawan.
-  Selalu berpuasa dan berzikir.
-  Hidup bukan pada zaman perang.
-  Memiliki sifat mahmudah seperti kesabaran, kelembutan, kemurahan, ketaatan, keberanian, zuhud, karamah, berwawasan dan doanya yang mustajabh.
-  Ada sebahagian pendapat menyatakan bahawa Sayidina Ja’far as-Sodiq
    mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

-       Bertubuh sederhana
-       Berwajah ceria
-       Berambut hitam kerinting
-       Berhidung mancung
-       Mempunyai tahi lalat di pipi
-       Ada tanda lahir berwarna merah pada tubuhnya


     Info


·         Pedang ar-Rusub disimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.









PEDANG AL-HATFU

IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT 


PEDANG AL-HATFU

Pedang ini dinisbahkan kepada Sayidina Ali Ibn Abi Thalib r.a. Ia disimpan di dalam Muzium Topkapi, Istanbul, Turki. Pedang ini sangatlah berat sehingga seorang tentera biasa tidak mampu menggunakannya di medan pertempuran. Hanya orang yang berani dan kuat sahaja yang mampu menggunakannya.

Sebahagian daripada sahabat yang menggunakan Pedang al-Hatfu, antaranya Sayidina Ali r.a. Beliau bukan sahaja dapat membunuh pihak musuh bahkan juga berjaya menghancurkan pintu Khaibar dengan Pedang al-Hatfu ini.

Rasulullah s.a.w mendapatkan Pedang Hatfu daripada harta rampasan Bani Qainuqa’.

Dari segi bahasa, al-Hatf bermaksud kematian, kehancuran dan kebinasaan; atau perkara yang menyebabkan kehancuran dan penyebab terjadinya kematian. Kemungkinan, pedang itu dinamakan kerana keadaannya yang demikian.


Pedang al-Hatfu





- Panjang pedang berukuran 112 sm, beratnya 1,618 gm.
-  Hulu pedang bersalut kulit berwarna merah dan dihias dengan ukiran.
- Reka bentuk yang berdaun yang diukir pada bilah pedang.
- Terukir tulisan, “Tiada lelaki seperti Ali dan tiada pedang seperti Zul Faqar”.
- Sarung pedang dihias dengan corak bunga simetrik.



Tahukah Anda?
-   Nabi Daud a.s terkenal dengan kekuatannya dalam melembutkan besi dan mahir membuat senjata.

-    Pedang al-Hatfu hanya digunakan oleh Nabi Daud a.s kerana Allah S.W.T telah memberikannya kekuatan dan pengetahuan yang luas. Kemudian, pedang ini diserahkan kepada suku al-Lawiyin yang menjaga senjata Bani Israil. Akhirnya, mereka memiliki pedang ini secara mutlak.









Info 
-  Pedang al-Hatfu ini sangat mirip dengan Pedang al-Battar. Namun, kedua-

   duanya tetap mempunyai saiz dan berat yang berbeza.


sila klik BAJU PEDANG Al-Hatfu 

Thursday, 28 July 2016

PEDANG ZUL FAKAR

IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT 

PEDANG ZUL FAQAR

Zul Faqar juga merupakan pedang Rasulullah s.a.w. yang masyhur. Asal pedang ini adalah milik al-‘Ashi Ibn Munabbih al-Sahmi, seorang kafir yang terbunuh dalam Perang Badar. Rasulullah s.a.w. mengambil barang ini sebagai harta pampasan perang. Pedang ini sentiasa digunakan dalam beberapa peperangan.

Imam al-Tabari menyebutkan dalam buku sejarahnya bahawa ketika Sayidina Ali r.a. kembali dari Perang Uhud, kelihatan tompok-tompok darah dari tangan hingga bahu ketika Pedang Zul Faqar sedang berada di tangan beliau. Lantas pedang ini diberikan kepada Sayidah Fatimah az-Zahra r.a. sambil beliau berkata, “Ambillah pedang ini! Pada hari ini, terbukti sudah kebenaran bagiku.”

Ibnu Kalkan dan Ibnu Athir mengatakan bahawa Pedang Zul Faqar ini dipegang oleh Muhammad Ibn Abdullah Ibn al-Hasan al-Mathna Ibn al-Hasan al-Sibth Ibn Ali r.a. yang digelar sebagai “al-Nafsu az-Zakiah” ketika beliau memberontak terhadap Abu Jaafar al-Mansur di Kota Madinah. Kemudian, pedang ini dimiliki Ja’afar Ibn Sulaiman ketika beliau menguasai Kota Madinah. Namun, al-Mahdi mengambil pedang ini daripada Ja’afar Ibn Sulaiman. Selepas itu, pedang  ini dimiliki al-Hadi dan seterusnya ar-Rasyid.

Pada suatu ketika, Asma’ melihat Harun ar-Rasyid mengenakan Pedang Zul Faqar sebagai perhiasan. Lalu Harun ar-Rasyid berkata kepadanya, “Wahai Asma’! Adakah kamu mahu aku tunjukkan Pedang Zul Faqar?” Lantas Asma’ menjawab, “Ya, aku ingin melihatnya.” Kemudian, Harun ar-Rasyid berkata, “Keluarkanlah pedang ini daripada sarungnya!” Lalu serta-merta aku pun menyaksikannya. Setelah itu, Pedang Zul Faqar dimiliki Ibnu Mu’taz dan al-Muhtadi.

Dalam sebuah kitab yang bertajuk, Kitab al-Majalis wa Masyirat, karangan Syeikh al-Qadhi an-Nu’man, beliau menyatakan bahawa Pedang Zul Faqar yang asalnya ada di India. Diceritakan bahawa ketika dia duduk bersama Khalifah al-Mu’iz Lidinillah al-Fatimi, tiba-tiba khalifah teringatkan Pedang Zul Faqar. Lalu beliau memerintahkan supaya pedang itu dikeluarkan dari gudang simpanan senjata Fatimiah di Kaherah.

Ibnu Nu’man berkata tentang hal ini, “Zul Faqar adalah pedang yang lurus dan tegak. Ia diperbuat daripada besi. Panjand pedang ini adalah kira-kira tiga jengkal dan lebarnya pula adalah tiga jari tangan. Hujung pedang ini tajam seperti tombak, yang digunakan untuk menikam, memenggal dan memancung. Pedang ini mempunyai dua mata pisau, dan seakan-akan tongkat besi.

Al-Mu’iz Lidinillah berkata, “Orang-orang Bani Abbas telah mengalahkan kita.  Kemudian, dengan kehendak Allah S.W.T, Pedang Zul Faqar kembali ke pangkuan kita setelah Ja’afar yang digelar al-Muqtadir mati dibunuh. Kemudian, aku menjumpai gudang senjatanya yang mana Pedang Zul Faqar ada disimpan di dalamnya. Malah, ada yang menyatakan bahawa al-Mansur Billah menggunakan pedang ini ketika hendak menyerang Mukhlid al-La’in.

Dalam salasilah keluarga Abu Thalib r.a. disebutkan, “Pada suatu ketika, Sayidina Ali Ibn Abi Thalib r.a. ditanya oleh seseorang, mengapakah pedang ini dinamakan Zul Faqar?” Sayidina Ali pun menjawab, “Ia dinamakan Zul Faqar kerana Amirul Mukminin tidak akan menggunakan pedang ini kecuali beliau menginginkan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Diriwayatkan daripada ‘Alan al-Kalini bahawa pedang itu dinamakan Zul Faqar kerana di tengahnya terdapat garisan seperti tulang punggung. Menurut Abi Ya’qub pula, panjang Pedang Zul Faqar adalah kira-kira tujuh jengkal. Lebar pedangnya adalah sejengkal dan di tengahnya seperti tulang punggung.

Daripada Amir bin Sa’ad bin Abi Waqqash r.a, daripada ayahnya, dia berkata:

“Aku meminta kepada Rasulullah s.a.w akan pedang al-Ash bin Munabbih pada Perang Badar, maka Baginda menyerahkannya kepadaku. Lalu turunlah ayat, “Mereka bertanya kepadamu tentang (cara pembahagian) harta rampasan perang.”
(Surah al-Anfal: 1)

Riwayat yang sebenar, pedang yang dimaksudkan adalah Zulkatifah, kepunyaan al-Ash bin Sa’id al-Ash. Sa’ad bin Abi Waqqash membunuhnya dalam Perang Badar, bukan al-Ash bin Munabbih, pemilik Pedang Zul Faqar.



Kisah Rasulullah S.A.W

Pada suatu hari, Amru Ibn Wadi telah mati akibat tikaman Pedang Zul Faqar. Insiden ini berlaku apabila kudanya gagal melompat parit ketika menentang para Sahabat Nabi s.a.w dalam Perang Khandak. Pada waktu itulah, Rasulullah s.a.w menyerahkan Pedang Zul-Faqar kepada Sayidina Ali r.a dan memakaikan serban Bagina di kepala beliau. Selepas itu, Sayidina Ali r.a pergi bertempur dengan Amru Ibn Wadi yang sedang menunggang kudanya. Setelah beberapa kali terkena tikaman Zul Faqar di pahanya, akhirnya, Amru Ibn Wadi terjatuh dari atas kudanya. Lantas Sayidina Ali r.a menyerangnya hingga dia mati dibunuh oleh beliau.

Sekembalinya dari medan perang, Sayidina Ali r.a menjulang Pedang Zul Faqar bersama serban Rasulullah s.a.w yang dipakainya. Setelah itu, pedang ini diwariskan kepada anak cucu beliau.  

Dalam Perang Uhud, Rasulullah s.a.w membawa Pedang al-‘Adbu dan Zul Faqar. Pedang al-‘Adbu diserahkan kepada Sayidina Abu Dujanah r.a, manakala Pedang Zul Faqar diberikan kepada Sayidina Ali r.a.

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w bermimpi dalam tidurnya. Apabila Baginda bangun dari tidurnya, Baginda berkata, “Saya bermimpi melihat seekor kerbau yang disembelih. Saya juga melihat pedangku yang tumpul lalu aku memasukkan lenganku ke perisaiku seakan-akan aku adalah seorang pengintai domba. Aku mentafsirkan bahawa kerbau itu adalah para Sahabatku.

Sementara pedangku yang tumpul, menggambarkan seorang dalam kalangan keluargaku yang mati dibunuh, sedangkan perisau tersebut kutafsirkan sebagai kota Madinah. Manakala domba itu pula, kutafsirkan bahawa aku membunuh pemimpin pasukan musuh.”

Daripada Ibnu Abbas r.a, beliau berkata “Bahawa Pedang Zul Faqar adalah pedang yang diambil oleh Rasulullah s.a.w sebagai harta pampasan Badar. Lalu Ibnu Abbas r.a menambah, bahawa pdang itulah yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w dalam mimpinya pada hari Uhud.

Adapun seorang yang terbunuh dalam kalangan keluarga Rasulullah s.a.w dalam mimpinya itu adalah Sayidina Hamzah r.a. Pada hari itu juga, Sayidina Ali r.a membunuh Tolhah Ibn Uthman yang terkenal dengan nama Ibnu Abi Tolhah, pemimpin pasukan Musyrikin.

Dalam Perang Badar, muncul salah seorang panglima Musyrikin lalu mengajak salah seorang tentera Islam untuk melawannya dengan pedang. Namun, tidak ada seorang pun dalam kalangan tentera Islam menghiraukannya sehingga dia bersuara dengan lantang, “Wahai sahabat-sahabat Muhammad! Kamu telah mengandaikan bahawa jika kalian mati terbunuh, maka kamu akan masuk syurga. Sedangkan apabila kami terbunuh, makan kami akan masuk neraka. Demi Latta, kamu telah berdusta, jikalau kalian menganggap bahawa itu benar, pastilah salah seorang daripada kalian ingin melawanku. Sekiranya salah seorang daripada kalian mati terbunuh dengan pedangku ini, adalah ia akan masuk syurga atau neraka?”

Maka Sayidina Ali r.a maju untuk melawan orang kafir tersebut dengan menggunakan Pedang Zul Faqar sambil berkata, “Demi Allah, aku tidak akan membiarkan kamu dengan pedang ini sehingga kamu masuk ke dalam neraka atau aku masuk ke syurga.” Kemudian, Tolhah mengacukan pedangnya kepada Sayidina Ali r.a, namun beliau dapat menangkis serangan itu dengan perisainya. Lalu Sayidina Ali r.a pun membalas serangan dengan menikam betis Tolhah hingga dia terjatuh. Sayidina Ali r.a pun berkata, “Semoga Allah memberikan petunjuk dan mengasihimu wahai sepupuku!” Dalam Perang Uhud ini, banyak tentera Musyrikin terbunuh dengan Pedang Zul Faqar yang dimiliki Sayidina Ali.

Dalam buku Tarikh al-Tabari menyatakan bahawa Sayidina Ali r.a ketika pulang dari Perang Uhud, didapati pada tangan dan bahunya ada tompokan darah lalu beliau memberikan Pedang Zul Faqar kepada Sayidah Fatimah r.a. Keadaan Sayidina Ali r.a pada ketika itu, dapat dilihat sendiri oleh Rasulullah s.a.w, lalu Baginda berkata, “Pada hari ini, ‘Ashim Ibn Thabit, Harith Ibn al-Salamah dan Sahal Ibn Hanif serta Abu Dujanah telah berperang dengan baik sekali.” Tentera yang berjaya dibunuh oleh Sayidina Ali r.a dalam Perang Uhud dengan Pedang Zul Faqar ialah Tolhah Ibn Abi Tolhah, salah seorang pemimpin Musyrikin.

Menurut pendapat lain, Tolhah tidaklah dibunuh oleh Sayidina Ali r.a. Namun, dia meminta belas kasihan daripada Sayidina Ali agar dia dibiarkan hidup. Yang menjadi korban di tangan Sayidina Ali ialah Arthah Ibn Syir Habil, seorang pemimpin kaum Musyrikin, Umayyah Ibn Abi Hazifah al-Musyirah yang dipotong kedua-dua belah kakinya serta Abu Hakim Ibn Akhnus Ibn Syariq yang turut dipotong sebelah kakinya.

Dalam Perang Uhud, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Sayidina Ali r.a, “Lindungi saya daripada Bani Kinanah.” Lalu Sayidina Ali r.a terus berangkat untuk menggempur tentera Musyrikin yang berjumlah hampir 50 orang tentera berkuda. Beliau dapat menembusi pertahanan tentera Musyrikin sehingga berjaya membunuh orang-orang kafir dalam perang ini. Antara yang menjadi mangsa korban Sayidina Ali r.a ialah:

·         Walid Ibn Abi Sufyan
·         Abu al-Sya’tha’ Ibn Sufyan
·         Abu Hamra Ibn Sufyan
·         Ghurab Ibn Sufyan

Pada malam Jumaat, enam hari bulan Syawal, 32 bulan selepas hijrah Nabi s.a.w dan sehari sebelum Baginda berangkat ke Perang Uhud, Rasulullah s.a.w melihat bahawa Pedang Zul Faqar terbelah di hujung mata pedangnya. Lalu Baginda bersabda:

Maksudnya:
Terbelahnya pedangku merupakan musibah pada diriku.
Dalam suatu riwayat dikatakan bahawa Baginda bersabda:

Maksudnya:
Aku melihat rekahan di mata pedangku.

Lalu Baginda mentakwilkannya:

Maksudnya:
Adapun rekahan yang aku lihat di mata pedangku, iaitu seorang lelaki daripada ahli baitku yang terbunuh.

Menurut suatu riwayat: Takwilnya adalah kekalahan. Peristiwa itu terjadi dalam Perang Uhud.
Pada Perang Uhud, Rasulullah r.a bertanya:

Maksudnya:
Siapakah yang ingin mengambil pedang ini dengan haknya?

Lalu beberapa orang sahabat berdiri untuk mendapatkannya, antaranya Abu Bakar, Umar, dan Ali. Namun, Rasulullah s.a.w tidak memberikan pedang tersebut kepada mereka hingga Abu Dujanah Simak bin Kharasyah berdiri, saudara Bani Sa’idah. Dia bertanya, “Apakah haknya wahai Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab:

Maksudnya:
Kamu pukul musuh dengannya sampai ia bengkok.

Dia berkata, “Saya mengambilnya dengan haknya wahai Rasulullah!” Maka Nabi s.a.w pun menyerahkan pedang itu kepadanya. Tidak ada seorang musuh pun yang ditemui melainkan dibunuhnya.

Abu Dujanah hampir memukulkan Pedang Zul Faqar ke leher Hindun binti Utbah yang pada masa itu memberi semangat kepada kaum Musyrikin untuk berperang. Tetapi dia menarik semula pedang dan berkata, “Aku melihat seseorang memberi semangat kepada manusia untuk berperang, maka aku pun memburunya. Ketika aku hendak memukul pedang ini, lalu dia menoleh. Ternyata dia adalah seorang perempuan. Maka aku ingin memuliakan pedang Rasulullah s.a.w daripada membunuh perempuan.”

Abu Dujanah r.a menghunuskan pedang ini kepada banyak musuh, sehingga dia merasakan bahawa pedang ini sudah mulai tumpul. Dia mencari batu dan mengasah pedang tersebut. Dia kembali menyerang musuh dengan pedang itu. Sehingga ketika pedang ini dikembalikan kepada Rasulullah s.a.w, ia seolah-olah seperti sabit.

Ketika Rasulullah s.a.w pulang dari peperangan, Baginda menyerahkan pedang itu kepada Fatimah dan berkata kepadanya:

Maksudnya:
Bersihkanlah noda darah daripada pedang ini, wahai puteriku! Demi Allah, hari ini Abu Dujanah telah melaksanakan janjiku kepadaku dalam berperang.

Salah satu pedang Nabi, tertulis syair berikut:

Maksudnya:
Pada sikap penakut, terdapat kehinaan dan pada keberanian pula, terdapat kemuliaan.*
­­Seseorang tidak akan selamat daripada takdir dengan sifat penakut.

Pedang inilah yang diberikan Rasulullah s.a.w kepada Abu Dujanah r.a dalam Perang Uhud.

Ibn Hisyam berkata, “Sejumlah ulama berkata denganku bahawa Ibnu Abi Najih berkata, “Ketika Sayidina Ali r.a membunuh para pemimpin Musyrikin itu, Baginda s.a.w melihat sekumpulan pasukan Musyrikin Quraisy, lalu Baginda berkata kepada Sayidina Ali, “Seranglah mereka.” Kemudian, Sayidina Ali pun menyerang dan memecahbelahkan barisan pertahanan mereka sehingga terbunuh Amru Ibn Abdullah al-Jamha.

Selepas itu, Rasulullah s.a.w melihat sekumpulan pasukan Musyrikin Quraisy lain, lalu Baginda berkata semua kepada Sayidina Ali. Lantas beliau pun menyerang dan memecahbelahkan barisan pertahanan mereka sehingga terbunuh Syaibah Ibn Malik, salah seorang daripada Bani Amir Ibn Luai.

Lalu Malaikat Jibril a.s berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w! Ini adalah berita gembira.” Rasulullah s.a.w pun berkata, “ Sesungguhnya beliau adalah sebahagian daripadaku dan aku adalah sebahagian daripada kamu berdua.” Selepas itu, mereka mendengar teriakan, “Tidak ada pedang kecuali Zul Faqar dan tiada seorang pemuda kecuali Ali r.a.”



Definisi Zul Faqar

Zul Fiqar – dengan kasrah fa’- jamak daripada fiqrah yang bermaksud inti daripada sesuatu.

Zul Faqar – dengan fathah fa’- jamak daripada faqarah yang bermaksud tulang belakang. Jangan menyebut Zul Fiqar walaupun kebanyakan orang awam menyebut demikian.

Ash-Shafadiy berkata:
­­­­Mereka menyebut pedang Nabi s.a.w itu Zul Fiqar. Namun, sebutan sebenarnya adalah Zul Faqar.

Pedang ini dinamai Zul Faqar kerana ada beberapa lubang yang cantik di mata pedangnya. Lubang dalam bahasa Arab, antaranya disebut sebagai fuqrah, jamak daripada fuqar.

Di tengah-tengah mata Pedang Zul Faqar, terdapat garis-garis seperti yang terdapat pada tulang belakang. Oleh sebab itulah ia dinamakan Zul Faqar.

Ada yang mengatakan bahawa, dinamakan Zul Faqar kerana padanya terdapat rekahan.

Dikatakan juga, bahawa Zul Faqar adalah yang memiliki ketajaman pada suatu sisi.



Sifat Pedang Zul Faqar

Al-Ashma’i berkata: “Saya berselisih pendapat dengan beberapa orang yang hadir di majlis khalifah Harun ar-Rasyid mengenai berapa banyakkah garisan yang terdapat pada Pedang Zul Faqar ini, sama ada 17 atau 18?”

Dikatakan bahawa kilauan pada pedang Nabi s.a.w kelihatan seperti garis tulang belakang ular. Tetapi apabila disentuh, ia tidak terasa.

Maksudnya:
Kepala gagangnya, gagangnya, gelangnya, gantungannya dan hujung sarungnya, diperbuat daripada perak.

Dalam hadis disebutkan: Gagang pedang Nabi s.a.w diperbuat daripada perak.

Disebutkan juga dalam hadis lain: Daripada Marzuq as-Saiqol, dia berkata: Aku mengasah pedang Nabi s.a.w Zul Faqar, gagang dan gelang pada gagangnya diperbuat daripada perak, di tengahnya terdapat gelang perak.

Daripada Amir asy-Sya’bi, dia berkata: Ali bin Husain r.a memperlihatkan kepada kami pedang Rasulullah s.a.w. Ternyata gagang dan kedua-dua gelangnya diperbuat daripada perak. Aku pun menghunusnya, dan ternyata ia telah menjadi sangat tipis.

Pedang ini melengkung dan gagangnya diperbuat daripada tanduk.



Penjelasan Sifat Pedang Zul Faqar

Qabi’atus saif adalah kepala daripada gagang pedang dan mungkin diperbuat daripada perak. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah bahagian yang berada di bawah dua misai pedang, di atas sarung pedang dan menempel dengan gagang pedang.

Pendapat 1:         Ia adalah kepala pedang yang berada di hujung tangan.
Pendapat 2:         Bahagian yang berada di hujung gagang pedang, yang diperbuat                                                             daripada perak atau besi.

Asy-Syaribani ertinya dua misai pedang, berada di bawah gagang pedang. Ia terletak pada dua sisi yang berlawanan. Apabila pedang disarungkan, ia berada di mulut sarung. Kedua-duanya diperbuat besi, perak atau kulit.

Qo’imus saif adalah gagang pedang. Batang tempat memegang pedang atau gagangnya. Diperbuat daripada perak atau besi, hujungnya pula berbentuk bulat seperti bola. Pelapisnya daripada perak atau besi, mengenai sarung pedang apabila disarungkan.

Halqatus saif adalah gelang yang merupakan hiasan pedang, seperti anting-anting perempuan. Bahagian ini diperbuat daripada perak dan terdapat dua gelang. Abu Syaikh al-Ashfahani menyebutkan dalam kitab Akhlaqun Nabi s.a.w daripada Amir asy-Sya’bi, dia berkata: Ali bin Husain r.a memperlihatkan kepada kami pedang Rasulullah s.a.w. Ternyata gagang dan kedua-dua gelangnya diperbuat daripada perak.

Dzu ‘abatus saif  adalah gantungan pedang, yang terletak pada gagang pedang.
Ibnu Jama’ah berkata: Saya tidak pernah melihat seorang pun menyebut bahagian ini untuk pedang. Makna yang hampir untuk perkataan itu adalah gantungan pedang. Kemungkinan lain, ia bermaksud dua misai pedang.

Bakaratus saif adalah gelang yang terdapat pada hiasan pedang, yang menyerupai anting-anting perempuan. Bentuknya melingkar di hujung misai pedang, menempel dengan gelang yang terdapat pada salah satu sisi sarung pedang.

‘Ilaqatus saif adalah gantungan pedang. Disebut juga al-Himalah, iaitu sesuatu untuk membawa pedang.

Na’lus saif adalah besi yang terletak di sebelah bawah sarung pedang.


Jafnus saif adalah sarung pedang.



Pedang Zul Faqar




Pendapat Qadhi Nu’man Ibn Muhammad al-Maghribi:

·         Hulu pedang berbentuk ular.
·         Diperbuat daripada besi.
·         Panjang pedang ini adalah kira-kira tiga jengkal dan lebarnya pula adalah tiga   jari tangan.
·         Hujung pedang ini tajam seperti tombak, yang digunakan untuk menikam,      memenggal dan memancung.
·         Pedang ini mempunyai dua mata pisau, seakan-akan tongkat besi.


Menurut riwayat Abu al-Hikam al-Syaikal daripada Marzuq:

·         Pedang ini sangat berkilat.
·        Hulu dan lingkaran serta hiasan pedang diperbuat daripada perak.


Pendapat Ibnu Qayyim al-Jauziyyah:

 ·        Rasulullah s.a.w menggunakan sebilah pedang ketika Pembukaan Makkah.
·         Pedang ini diperbuat daripada perak dan emas.


Tahukah Anda ?

·         Daripada Ibnu Abbas r.a, beliau berkata, “Bahawa Pedang Zul Faqar adalah pedang  yang diambil oleh Rasulullah s.a.w sebagai harta rampasan Badar. Lalu Ibnu Abbas r.a menambah bahawa pedang itulah yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w dalam mimpinya pada hari Uhud.


Info

·         Pedang ini dinamakan Zul Faqar kerana ia seperti faqar (tulang punggung).
·         Ada yang mengatakan bahawa terdapat lubang-lubang kecil pada pedang berkenaan.

sila klik BAJU PEDANG Zul Fakar