Tuesday, 26 July 2016

PENEMPA PEDANG NABI SAW



PENEMPA PEDANG NABI SAW


Hadis 4

Diriwayatkan daripada Ibnu Sirin, beliau berkata: “Aku telah membuat sebilah pedang untuk ku mengikut pedang Samurah bin Jundub r.a. (seorang sahabat Nabi SAW) kerana Samurah pernak mengaku bahawa pedangnya adalah mengikut pedang Rasulullah SAW. Pedang Baginda SAW daripada kabilah Bani Hanifah.”


Tafsiran Hadis 4

Sahabat Nabi SAW bernama Samurah bin Jundub r.a. menempa pedang untuk nya mengikut bentuk dan rupa pedang Nabi SAW yang dibuat oleh seorang tukang pedang dari kabilah Bani Hanifah. Kemudian langkah beliau diikuti oleh anak muridnya iaitu Imam Ibnu Sirin.

Bani Hanifah aialah kaum Arab yang terkenal dengan kepandaian membuat pedang dimana pedang mereka terkenal bagus dan halus pembuatannya. Pedang Rasulullah SAW dibuat oleh kaum tersebut.



Pengajaran Hadis 4

Galakkan untuk mengikut sunnah dan amalan Nabi SAW sekali pun dalam urusan-urusan kebiasaan dan sikap sebahagian sahabat dan tabiin. Ikutan tersebut dapat menambah kecintaan kepada Nabi SAW dan diberi pahala apabila disertai dengan niat mencontohi Baginda.


Memanfaatkan kepakaran dan kemahiran yang ada di sekeliling bagi urusan jihad dan urusan lain yang berkaitan dengan Agama. Ini sebagai mencontohi amalan Nabi SAW yang memanfaatkan kepakaran kabilah Bani Hanifah untuk membuat pedang Baginda yang sudah tentunya pedang itu digunakan oleh Baginda dalam peperangan.

No comments:

Post a Comment