IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
PEDANG ZUL FAQAR
Zul Faqar juga merupakan pedang
Rasulullah s.a.w. yang masyhur. Asal pedang ini adalah milik al-‘Ashi Ibn
Munabbih al-Sahmi, seorang kafir yang terbunuh dalam Perang Badar. Rasulullah
s.a.w. mengambil barang ini sebagai harta pampasan perang. Pedang ini sentiasa
digunakan dalam beberapa peperangan.
Imam al-Tabari menyebutkan dalam buku sejarahnya bahawa ketika Sayidina
Ali r.a. kembali dari Perang Uhud, kelihatan tompok-tompok darah dari tangan
hingga bahu ketika Pedang Zul Faqar sedang berada di tangan beliau. Lantas
pedang ini diberikan kepada Sayidah Fatimah az-Zahra r.a. sambil beliau
berkata, “Ambillah pedang ini! Pada hari ini, terbukti sudah kebenaran bagiku.”
Ibnu Kalkan dan Ibnu Athir mengatakan bahawa Pedang Zul Faqar ini
dipegang oleh Muhammad Ibn Abdullah Ibn al-Hasan al-Mathna Ibn al-Hasan
al-Sibth Ibn Ali r.a. yang digelar sebagai “al-Nafsu az-Zakiah” ketika beliau
memberontak terhadap Abu Jaafar al-Mansur di Kota Madinah. Kemudian, pedang ini
dimiliki Ja’afar Ibn Sulaiman ketika beliau menguasai Kota Madinah. Namun,
al-Mahdi mengambil pedang ini daripada Ja’afar Ibn Sulaiman. Selepas itu,
pedang ini dimiliki al-Hadi dan seterusnya ar-Rasyid.
Pada suatu ketika, Asma’ melihat Harun ar-Rasyid mengenakan Pedang Zul
Faqar sebagai perhiasan. Lalu Harun ar-Rasyid berkata kepadanya, “Wahai Asma’!
Adakah kamu mahu aku tunjukkan Pedang Zul Faqar?” Lantas Asma’ menjawab, “Ya,
aku ingin melihatnya.” Kemudian, Harun ar-Rasyid berkata, “Keluarkanlah pedang
ini daripada sarungnya!” Lalu serta-merta aku pun menyaksikannya. Setelah itu,
Pedang Zul Faqar dimiliki Ibnu Mu’taz dan al-Muhtadi.
Dalam sebuah kitab yang bertajuk, Kitab al-Majalis
wa Masyirat, karangan Syeikh al-Qadhi an-Nu’man,
beliau menyatakan bahawa Pedang Zul Faqar yang asalnya ada di India.
Diceritakan bahawa ketika dia duduk bersama Khalifah al-Mu’iz Lidinillah
al-Fatimi, tiba-tiba khalifah teringatkan Pedang Zul Faqar. Lalu beliau
memerintahkan supaya pedang itu dikeluarkan dari gudang simpanan senjata
Fatimiah di Kaherah.
Ibnu Nu’man berkata tentang hal ini, “Zul Faqar adalah pedang yang lurus
dan tegak. Ia diperbuat daripada besi. Panjand pedang ini adalah kira-kira tiga
jengkal dan lebarnya pula adalah tiga jari tangan. Hujung pedang ini tajam
seperti tombak, yang digunakan untuk menikam, memenggal dan memancung. Pedang
ini mempunyai dua mata pisau, dan seakan-akan tongkat besi.
Al-Mu’iz Lidinillah berkata, “Orang-orang Bani Abbas telah mengalahkan
kita. Kemudian, dengan kehendak Allah S.W.T, Pedang Zul Faqar
kembali ke pangkuan kita setelah Ja’afar yang digelar al-Muqtadir mati dibunuh.
Kemudian, aku menjumpai gudang senjatanya yang mana Pedang Zul Faqar ada
disimpan di dalamnya. Malah, ada yang menyatakan bahawa al-Mansur Billah
menggunakan pedang ini ketika hendak menyerang Mukhlid al-La’in.
Dalam salasilah keluarga Abu Thalib r.a. disebutkan, “Pada suatu ketika,
Sayidina Ali Ibn Abi Thalib r.a. ditanya oleh seseorang, mengapakah pedang ini
dinamakan Zul Faqar?” Sayidina Ali pun menjawab, “Ia dinamakan Zul Faqar kerana
Amirul Mukminin tidak akan menggunakan pedang ini kecuali beliau menginginkan
kehidupan di dunia dan di akhirat.
Diriwayatkan daripada ‘Alan al-Kalini bahawa pedang itu dinamakan Zul
Faqar kerana di tengahnya terdapat garisan seperti tulang punggung. Menurut Abi
Ya’qub pula, panjang Pedang Zul Faqar adalah kira-kira tujuh jengkal. Lebar
pedangnya adalah sejengkal dan di tengahnya seperti tulang punggung.
Daripada Amir bin Sa’ad bin Abi Waqqash r.a, daripada ayahnya, dia
berkata:
“Aku meminta kepada Rasulullah s.a.w akan
pedang al-Ash bin Munabbih pada Perang Badar, maka Baginda menyerahkannya
kepadaku. Lalu turunlah ayat, “Mereka bertanya kepadamu tentang (cara
pembahagian) harta rampasan perang.”
(Surah al-Anfal: 1)
Riwayat yang sebenar, pedang yang
dimaksudkan adalah Zulkatifah, kepunyaan al-Ash bin Sa’id al-Ash. Sa’ad bin Abi
Waqqash membunuhnya dalam Perang Badar, bukan al-Ash bin Munabbih, pemilik
Pedang Zul Faqar.
Kisah Rasulullah S.A.W
Pada suatu hari, Amru Ibn Wadi telah mati akibat
tikaman Pedang Zul Faqar. Insiden ini berlaku apabila kudanya gagal melompat
parit ketika menentang para Sahabat Nabi s.a.w dalam Perang Khandak. Pada waktu
itulah, Rasulullah s.a.w menyerahkan Pedang Zul-Faqar kepada Sayidina Ali r.a
dan memakaikan serban Bagina di kepala beliau. Selepas itu, Sayidina Ali r.a
pergi bertempur dengan Amru Ibn Wadi yang sedang menunggang kudanya. Setelah
beberapa kali terkena tikaman Zul Faqar di pahanya, akhirnya, Amru Ibn Wadi
terjatuh dari atas kudanya. Lantas Sayidina Ali r.a menyerangnya hingga dia
mati dibunuh oleh beliau.
Sekembalinya dari medan perang, Sayidina Ali r.a menjulang Pedang Zul
Faqar bersama serban Rasulullah s.a.w yang dipakainya. Setelah itu, pedang ini
diwariskan kepada anak cucu beliau.
Dalam Perang Uhud, Rasulullah s.a.w membawa Pedang al-‘Adbu dan Zul
Faqar. Pedang al-‘Adbu diserahkan kepada Sayidina Abu Dujanah r.a, manakala
Pedang Zul Faqar diberikan kepada Sayidina Ali r.a.
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w bermimpi dalam tidurnya. Apabila
Baginda bangun dari tidurnya, Baginda berkata, “Saya bermimpi melihat seekor
kerbau yang disembelih. Saya juga melihat pedangku yang tumpul lalu aku
memasukkan lenganku ke perisaiku seakan-akan aku adalah seorang pengintai
domba. Aku mentafsirkan bahawa kerbau itu adalah para Sahabatku.
Sementara pedangku yang tumpul, menggambarkan seorang dalam kalangan
keluargaku yang mati dibunuh, sedangkan perisau tersebut kutafsirkan sebagai
kota Madinah. Manakala domba itu pula, kutafsirkan bahawa aku membunuh pemimpin
pasukan musuh.”
Daripada Ibnu Abbas r.a, beliau berkata “Bahawa Pedang Zul Faqar adalah
pedang yang diambil oleh Rasulullah s.a.w sebagai harta pampasan Badar. Lalu
Ibnu Abbas r.a menambah, bahawa pdang itulah yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w
dalam mimpinya pada hari Uhud.
Adapun seorang yang terbunuh dalam kalangan keluarga Rasulullah s.a.w
dalam mimpinya itu adalah Sayidina Hamzah r.a. Pada hari itu juga, Sayidina Ali
r.a membunuh Tolhah Ibn Uthman yang terkenal dengan nama Ibnu Abi Tolhah,
pemimpin pasukan Musyrikin.
Dalam Perang Badar, muncul salah seorang panglima Musyrikin lalu
mengajak salah seorang tentera Islam untuk melawannya dengan pedang. Namun,
tidak ada seorang pun dalam kalangan tentera Islam menghiraukannya sehingga dia
bersuara dengan lantang, “Wahai sahabat-sahabat Muhammad! Kamu telah
mengandaikan bahawa jika kalian mati terbunuh, maka kamu akan masuk syurga.
Sedangkan apabila kami terbunuh, makan kami akan masuk neraka. Demi Latta, kamu
telah berdusta, jikalau kalian menganggap bahawa itu benar, pastilah salah
seorang daripada kalian ingin melawanku. Sekiranya salah seorang daripada
kalian mati terbunuh dengan pedangku ini, adalah ia akan masuk syurga atau
neraka?”
Maka Sayidina Ali r.a maju untuk melawan orang kafir tersebut dengan
menggunakan Pedang Zul Faqar sambil berkata, “Demi Allah, aku tidak akan
membiarkan kamu dengan pedang ini sehingga kamu masuk ke dalam neraka atau aku
masuk ke syurga.” Kemudian, Tolhah mengacukan pedangnya kepada Sayidina Ali
r.a, namun beliau dapat menangkis serangan itu dengan perisainya. Lalu Sayidina
Ali r.a pun membalas serangan dengan menikam betis Tolhah hingga dia terjatuh.
Sayidina Ali r.a pun berkata, “Semoga Allah memberikan petunjuk dan mengasihimu
wahai sepupuku!” Dalam Perang Uhud ini, banyak tentera Musyrikin terbunuh
dengan Pedang Zul Faqar yang dimiliki Sayidina Ali.
Dalam buku Tarikh al-Tabari menyatakan
bahawa Sayidina Ali r.a ketika pulang dari Perang Uhud, didapati pada tangan
dan bahunya ada tompokan darah lalu beliau memberikan Pedang Zul Faqar kepada
Sayidah Fatimah r.a. Keadaan Sayidina Ali r.a pada ketika itu, dapat dilihat
sendiri oleh Rasulullah s.a.w, lalu Baginda berkata, “Pada hari ini, ‘Ashim Ibn
Thabit, Harith Ibn al-Salamah dan Sahal Ibn Hanif serta Abu Dujanah telah
berperang dengan baik sekali.” Tentera yang berjaya dibunuh oleh Sayidina
Ali r.a dalam Perang Uhud dengan Pedang Zul Faqar ialah Tolhah Ibn Abi Tolhah,
salah seorang pemimpin Musyrikin.
Menurut pendapat lain, Tolhah tidaklah dibunuh oleh Sayidina Ali r.a.
Namun, dia meminta belas kasihan daripada Sayidina Ali agar dia dibiarkan
hidup. Yang menjadi korban di tangan Sayidina Ali ialah Arthah Ibn Syir Habil,
seorang pemimpin kaum Musyrikin, Umayyah Ibn Abi Hazifah al-Musyirah yang
dipotong kedua-dua belah kakinya serta Abu Hakim Ibn Akhnus Ibn Syariq yang
turut dipotong sebelah kakinya.
Dalam Perang Uhud, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Sayidina Ali r.a,
“Lindungi saya daripada Bani Kinanah.” Lalu Sayidina Ali r.a terus berangkat
untuk menggempur tentera Musyrikin yang berjumlah hampir 50 orang tentera
berkuda. Beliau dapat menembusi pertahanan tentera Musyrikin sehingga berjaya
membunuh orang-orang kafir dalam perang ini. Antara yang menjadi mangsa korban
Sayidina Ali r.a ialah:
· Walid
Ibn Abi Sufyan
· Abu
al-Sya’tha’ Ibn Sufyan
· Abu
Hamra Ibn Sufyan
· Ghurab
Ibn Sufyan
Pada malam Jumaat, enam hari bulan Syawal, 32 bulan selepas hijrah Nabi
s.a.w dan sehari sebelum Baginda berangkat ke Perang Uhud, Rasulullah s.a.w
melihat bahawa Pedang Zul Faqar terbelah di hujung mata pedangnya. Lalu Baginda
bersabda:
Maksudnya:
Terbelahnya pedangku merupakan musibah pada
diriku.
Dalam suatu riwayat dikatakan bahawa Baginda bersabda:
Maksudnya:
Aku melihat rekahan di mata pedangku.
Lalu Baginda mentakwilkannya:
Maksudnya:
Adapun
rekahan yang aku lihat di mata pedangku, iaitu seorang lelaki daripada ahli
baitku yang terbunuh.
Menurut suatu riwayat: Takwilnya adalah
kekalahan. Peristiwa itu terjadi dalam Perang Uhud.
Pada Perang Uhud, Rasulullah r.a bertanya:
Maksudnya:
Siapakah yang ingin mengambil pedang ini
dengan haknya?
Lalu beberapa orang sahabat berdiri untuk
mendapatkannya, antaranya Abu Bakar, Umar, dan Ali. Namun, Rasulullah s.a.w
tidak memberikan pedang tersebut kepada mereka hingga Abu Dujanah Simak bin
Kharasyah berdiri, saudara Bani Sa’idah. Dia bertanya, “Apakah haknya wahai
Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab:
Maksudnya:
Kamu pukul musuh dengannya sampai ia
bengkok.
Dia berkata, “Saya mengambilnya dengan
haknya wahai Rasulullah!” Maka Nabi s.a.w pun menyerahkan pedang itu kepadanya.
Tidak ada seorang musuh pun yang ditemui melainkan dibunuhnya.
Abu Dujanah hampir memukulkan Pedang Zul
Faqar ke leher Hindun binti Utbah yang pada masa itu memberi semangat kepada
kaum Musyrikin untuk berperang. Tetapi dia menarik semula pedang dan berkata,
“Aku melihat seseorang memberi semangat kepada manusia untuk berperang, maka
aku pun memburunya. Ketika aku hendak memukul pedang ini, lalu dia menoleh.
Ternyata dia adalah seorang perempuan. Maka aku ingin memuliakan pedang
Rasulullah s.a.w daripada membunuh perempuan.”
Abu Dujanah r.a menghunuskan pedang ini
kepada banyak musuh, sehingga dia merasakan bahawa pedang ini sudah mulai
tumpul. Dia mencari batu dan mengasah pedang tersebut. Dia kembali menyerang
musuh dengan pedang itu. Sehingga ketika pedang ini dikembalikan kepada
Rasulullah s.a.w, ia seolah-olah seperti sabit.
Ketika Rasulullah s.a.w pulang dari
peperangan, Baginda menyerahkan pedang itu kepada Fatimah dan berkata
kepadanya:
Maksudnya:
Bersihkanlah
noda darah daripada pedang ini, wahai puteriku! Demi Allah, hari ini Abu
Dujanah telah melaksanakan janjiku kepadaku dalam berperang.
Salah satu pedang Nabi, tertulis syair berikut:
Maksudnya:
Pada sikap penakut, terdapat kehinaan dan pada keberanian pula,
terdapat kemuliaan.*
Seseorang tidak akan selamat daripada
takdir dengan sifat penakut.
Pedang inilah yang diberikan Rasulullah
s.a.w kepada Abu Dujanah r.a dalam Perang Uhud.
Ibn Hisyam berkata, “Sejumlah ulama
berkata denganku bahawa Ibnu Abi Najih berkata, “Ketika Sayidina Ali r.a
membunuh para pemimpin Musyrikin itu, Baginda s.a.w melihat sekumpulan pasukan
Musyrikin Quraisy, lalu Baginda berkata kepada Sayidina Ali, “Seranglah
mereka.” Kemudian, Sayidina Ali pun menyerang dan memecahbelahkan barisan
pertahanan mereka sehingga terbunuh Amru Ibn Abdullah al-Jamha.
Selepas itu, Rasulullah s.a.w melihat
sekumpulan pasukan Musyrikin Quraisy lain, lalu Baginda berkata semua kepada
Sayidina Ali. Lantas beliau pun menyerang dan memecahbelahkan barisan pertahanan
mereka sehingga terbunuh Syaibah Ibn Malik, salah seorang daripada Bani Amir
Ibn Luai.
Lalu Malaikat Jibril a.s berkata, “Wahai
Rasulullah s.a.w! Ini adalah berita gembira.” Rasulullah s.a.w pun berkata, “
Sesungguhnya beliau adalah sebahagian daripadaku dan aku adalah sebahagian
daripada kamu berdua.” Selepas itu, mereka mendengar teriakan, “Tidak ada
pedang kecuali Zul Faqar dan tiada seorang pemuda kecuali Ali r.a.”
Definisi Zul Faqar
Zul Fiqar –
dengan kasrah fa’- jamak daripada fiqrah yang bermaksud inti
daripada sesuatu.
Zul Faqar –
dengan fathah fa’- jamak daripada faqarah yang bermaksud
tulang belakang. Jangan menyebut Zul Fiqar walaupun kebanyakan orang awam
menyebut demikian.
Ash-Shafadiy berkata:
Mereka
menyebut pedang Nabi s.a.w itu Zul Fiqar. Namun, sebutan sebenarnya adalah Zul
Faqar.
Pedang ini dinamai Zul Faqar kerana ada
beberapa lubang yang cantik di mata pedangnya. Lubang dalam bahasa Arab,
antaranya disebut sebagai fuqrah, jamak daripada fuqar.
Di tengah-tengah mata Pedang Zul Faqar,
terdapat garis-garis seperti yang terdapat pada tulang belakang. Oleh sebab
itulah ia dinamakan Zul Faqar.
Ada yang mengatakan bahawa, dinamakan Zul
Faqar kerana padanya terdapat rekahan.
Dikatakan juga, bahawa Zul Faqar adalah
yang memiliki ketajaman pada suatu sisi.
Sifat Pedang Zul Faqar
Al-Ashma’i berkata: “Saya berselisih pendapat dengan
beberapa orang yang hadir di majlis khalifah Harun ar-Rasyid mengenai berapa
banyakkah garisan yang terdapat pada Pedang Zul Faqar ini, sama ada 17 atau
18?”
Dikatakan bahawa kilauan pada pedang Nabi
s.a.w kelihatan seperti garis tulang belakang ular. Tetapi apabila disentuh, ia
tidak terasa.
Maksudnya:
Kepala
gagangnya, gagangnya, gelangnya, gantungannya dan hujung sarungnya, diperbuat
daripada perak.
Dalam hadis disebutkan: Gagang pedang Nabi
s.a.w diperbuat daripada perak.
Disebutkan juga dalam hadis lain: Daripada
Marzuq as-Saiqol, dia berkata: Aku mengasah pedang Nabi s.a.w Zul Faqar, gagang
dan gelang pada gagangnya diperbuat daripada perak, di tengahnya terdapat
gelang perak.
Daripada Amir asy-Sya’bi, dia berkata: Ali
bin Husain r.a memperlihatkan kepada kami pedang Rasulullah s.a.w. Ternyata
gagang dan kedua-dua gelangnya diperbuat daripada perak. Aku pun menghunusnya,
dan ternyata ia telah menjadi sangat tipis.
Pedang ini melengkung dan gagangnya
diperbuat daripada tanduk.
Penjelasan Sifat Pedang Zul Faqar
Qabi’atus saif adalah
kepala daripada gagang pedang dan mungkin diperbuat daripada perak. Ada yang
mengatakan bahawa ia adalah bahagian yang berada di bawah dua misai pedang, di
atas sarung pedang dan menempel dengan gagang pedang.
Pendapat 1: Ia
adalah kepala pedang yang berada di hujung tangan.
Pendapat 2: Bahagian
yang berada di hujung gagang pedang, yang diperbuat daripada perak atau besi.
Asy-Syaribani ertinya dua misai pedang,
berada di bawah gagang pedang. Ia terletak pada dua sisi yang berlawanan.
Apabila pedang disarungkan, ia berada di mulut sarung. Kedua-duanya diperbuat
besi, perak atau kulit.
Qo’imus saif adalah
gagang pedang. Batang tempat memegang pedang atau gagangnya. Diperbuat daripada
perak atau besi, hujungnya pula berbentuk bulat seperti bola. Pelapisnya
daripada perak atau besi, mengenai sarung pedang apabila disarungkan.
Halqatus saif adalah
gelang yang merupakan hiasan pedang, seperti anting-anting perempuan. Bahagian
ini diperbuat daripada perak dan terdapat dua gelang. Abu Syaikh al-Ashfahani
menyebutkan dalam kitab Akhlaqun Nabi s.a.w daripada Amir
asy-Sya’bi, dia berkata: Ali bin Husain r.a memperlihatkan kepada kami pedang
Rasulullah s.a.w. Ternyata gagang dan kedua-dua gelangnya diperbuat daripada
perak.
Dzu ‘abatus saif adalah
gantungan pedang, yang terletak pada gagang pedang.
Ibnu Jama’ah berkata: Saya tidak pernah melihat
seorang pun menyebut bahagian ini untuk pedang. Makna yang hampir untuk
perkataan itu adalah gantungan pedang. Kemungkinan lain, ia bermaksud dua misai
pedang.
Bakaratus saif adalah
gelang yang terdapat pada hiasan pedang, yang menyerupai anting-anting
perempuan. Bentuknya melingkar di hujung misai pedang, menempel dengan gelang
yang terdapat pada salah satu sisi sarung pedang.
‘Ilaqatus saif adalah
gantungan pedang. Disebut juga al-Himalah, iaitu sesuatu untuk
membawa pedang.
Na’lus saif adalah
besi yang terletak di sebelah bawah sarung pedang.
Jafnus saif adalah
sarung pedang.
Pedang
Zul Faqar
Pendapat Qadhi Nu’man Ibn Muhammad
al-Maghribi:
· Hulu
pedang berbentuk ular.
· Diperbuat
daripada besi.
· Panjang
pedang ini adalah kira-kira tiga jengkal dan lebarnya pula adalah tiga jari tangan.
· Hujung
pedang ini tajam seperti tombak, yang digunakan untuk menikam, memenggal dan
memancung.
· Pedang
ini mempunyai dua mata pisau, seakan-akan tongkat besi.
Menurut riwayat Abu al-Hikam al-Syaikal
daripada Marzuq:
· Pedang
ini sangat berkilat.
· Hulu
dan lingkaran serta hiasan pedang diperbuat daripada perak.
Pendapat Ibnu Qayyim al-Jauziyyah:
· Rasulullah
s.a.w menggunakan sebilah pedang ketika Pembukaan Makkah.
· Pedang
ini diperbuat daripada perak dan emas.
Tahukah Anda ?
· Daripada Ibnu Abbas r.a, beliau berkata, “Bahawa Pedang Zul Faqar adalah
pedang yang diambil oleh Rasulullah
s.a.w sebagai harta rampasan Badar. Lalu Ibnu Abbas r.a menambah bahawa pedang
itulah yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w dalam mimpinya pada hari Uhud.
Info
· Pedang
ini dinamakan Zul Faqar kerana ia seperti faqar (tulang
punggung).
· Ada
yang mengatakan bahawa terdapat lubang-lubang kecil pada pedang berkenaan.
No comments:
Post a Comment