Wednesday, 27 July 2016

PEDANG AL-MA’THUR


IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT 

PEDANG AL-MA’THUR

Pedang al-Ma’thur adalah pedang pertama yang dimiliki Rasulullah s.a.w.
 ketika zaman mudanya sehingga Baginda diangkat menjadi Nabi. Pedang ini sentiasa berada di tangan Baginda, baik ketika berada di Makkah mahupun semasa hijrah ke Madinah bersama Sayidina Abu Bakar.
                                    
Dari segi bahasa, terdapat jejak daripada perkataan “al-Athar” yang bermaksud jejak. Penjaga pedang ini seakan-akan meninggalkan jejak padanya. Hulu pedang ini diperbuat daripada besi perempuan dan bilah pedangnya diperbuat daripada besi lelaki.

Ada yang berpendapat bahawa ia merupakan buatan jin dan bukan daripada “athar” yang bermaksud garis-garis pada mata pedang.

Ibnu Sidih berkata,

“Ma’thur tidak ada kata dasar”.

Ada juga yang memberi makna Pedang al-Ma’thur ialah pedang kuno yang diwarisi daripada generasi kepada generasi. Makna lain bagi al-Ma’thur: Yang memiliki satu mata pisau.

Pedang al-Ma’thur ini selalu digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam siri peperangan menentang golongan Musyrikin. Setelah Baginda wafat, pedang ini diserahkan kepada Sayidina Ali Ibn Abi Thalib.

Banyak fakta sejarah yang menyatakan bahawa Pedang al-Ma’thur adalah pedang utama bagi Rasulullah s.a.w. Oleh itu, Baginda tidak pernah memberikan pedang ini kepada mana-mana Sahabatnya untuk digunakan di medan peperangan seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan lainnya.





Syair Al-Ma’thur 

Asy-Syanfara Amr bin Malik berkata:
Maksudnya:

Aku mendatangi Pedang al-Ma’thur Yaman dan dholah*
Aku pilih yang mana aku hendak baiki dan yang mana mahu ratakan.


Labid bin Rabi’ah al-Amri berkata:
Maksudnya:

Aku telah menyiapkan Pedang al-Ma’thur yang keberadabannya sangat sedikit* sangat mulia, hanya dimiliki oleh orang-orang terkemuka.

Tamim bin Ubay bin Muqbil berkata:

Sesungguhnya aku mengikatkan Pedang al-Ma’thur pada kenderaanku*
Aku tidak peduli walaupun kami dalam perjalanan.

Al-Ashma’i mendendangkan syair:

Pedang al-Ma’thur dari India dapat menyembuhkan*
kepala sang pemberani daripada sakit kepala.



Kisah Rasulullah S.A.W.

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. berjalan untuk menghadiri majlis pernikahan puteri Baginda, Sayidah Fatimah az-Zahra r.a. Dalam majlis itu, Sayidah Fatimah r.a. dikelilingi oleh Bani Hasyim yang bersenjatakan pedang. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat situasi tersebut, lalu Baginda turut mengangkat pedangnya seperti adat kebiasaan bangsa Arab pada masa itu.

Hal ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. atas tujuan meninggikan darjat Pedang al-Ma’thur yang dimiliki Bani Hasyim. Tambahan pula, kedua-dua mempelai dan para hadirin adalah kalangan Bani Hasyim. 

    







Pedang al-Ma’thur

    ·         Panjang pedang berukuran 99 sm, panjang sarungnya 83 sm.
·       Berbentuk dua kepala ular iaitu lambing pedang pada zaman dahulu sebelum Islam.
·         Dihiasi dengan batu-batu hiasan yang berbentuk bunga.
·       Terukir tulisan “Abdullah Ibn Abdul Muthalib” pada sarung pedang dalam bentuk kaligrafi al-Kufi.

·    Hulu dan sarung pedang diperbuat daripada kayu dan dilapisi kulit binatang yang telah disamak. Setelah rosak ditelan zaman, akhirnya pedang ini diperbaiki semula pada abad ke-10 Hijrah atau abad ke-16 Masihi.


    Tahukah Anda?

·         Jika para Khalifah Uthmaniyah hendak mengutuskan tentera mereka untuk melakukan pembukaan, mempertahankan kekuasaan Negara dan kehormatan umat Islam, mereka akan menarik pedang ini dari sarungnya lalu berdoa kepada Allah s.w.t demi mngharapkan kemenangan.
·          Para Khalifah Uthmaniyah akan menggunakan pedang ini semasa dilantik menjadi khalifah. Kemudian, takbir, tahlil dan doa kepada Allah dan Rasul-Nya dibacakan kepada khalifah tersebut.

·         Pertama kali pedang ini digunakan oleh Rasulullah s.a.w bersama bapa saudaranya semasa Pedang Badar.






Info

·         Kini Pedang al-Ma’thur berada di Istanbul, Turki.
·        Pedang ini diletakkan di dalam bilik yang diberi nama “Amanat Muqadassah” bersama pedang Rasulullah s.a.w. yang lain. 



sila klik BAJU PEDANG Al - Ma'thur 

No comments:

Post a Comment