Tuesday, 26 July 2016

PEDANG AL-QAL’I


IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT 

PEDANG AL-QAL’I

Qul’a adalah berasal daripada perkataan qula, yang bermaksud mencabut atau melepaskan. Qal’i adalah nama perkampungan yang sering dinisbahkan kepada pedang-pedang seperti yang terkandung dalam kamus al-Muhith al-Fairuzzabadi. Dalam kitab Nihayah al-Harb, kalimah Qul’a dinisbahkan kepada kalimah qal’ah iaitu sebuah tempat di timur India.

“Qal’i adalah sebuah tempat yang terletak di negara India jika dilihat dari negara China. Terdapat pelbagai perlombongan bijih timah di tempat ini. Oleh sebab itu, banyak Pedang Qal’iyah ditempa di sini. Walau apa-apa pun nama pedang ini, namun ia adalah salah satu pedang yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w daripada Bani Qainuqa’. Pedang lain yang pernah dimiliki oleh Baginda ialah Pedang al-Battar dan Hatfu, yang bermaksud maut.”
                                                     (Petikan daripada penyair Sa’ad Ibn Mahalhal)

Dari segi bahasa, al-Qal’i dinisbahkan kepada Marjul Qola’ah, sebuah tempat di padang pasir. Seluruh Pedang al-Qal’i dinisbahkan kepada tempat ini.


Pedang al-Qal’i adalah pedang lama yang dinisbahkan kepada logam di Qola’, iaitu sebuah gunung di Syam.



Pedang al-Qal’i
   . Panjang pedang berukuran 107 sm, beratnya 1,176 gm.
. Sarung pedang berukuran 95 sm, beratnya 820 gram, bersalut baldu hijau, dihiasi dengan emas.
.  Hulu pedang diperbuat daripada emas.
  . Penyilang pada hulu pedang dihias dengan corak keemasan.
  . Bilah pedang mempunyai dua alur, tajam pada salah satu bilahya.
. Penyilang pada hulu pedang, terdapat satu tulisan. Pada hulu pedang terukir kalimah “Pedang ini adalah pedang Musyrifa al-Bait Muhammad Rasulullah.”
  . Bentuk mata pedang kelihatan berombak.
  . Sisi tengah pedang lebih tebal daripada sisi hujungnya.
. Pedang ini dinisbahkan kepada Masyarifus Syam atau bersempena dengan nama sebuah tempat di Yaman.


Kisah Rasulullah S.A.W

Baginda mendapatkan pedang ini daripada senjata Bani Qainuqa’, pada hari Sabtu pertengahan Syawal, 20 bulan selepas hijrah Baginda. Bani Qainuqa’ adalah suku yang terawal sekali meninggalkan Madinah dalam kalangan Yahudi. Mereka memerangi kaum Muslimin, lalu bersembunyi dalam kubu mereka. Namun, Nabi s.a.w berjaya mengepung mereka sehingga mereka menyerah diri. Nabi s.a.w memerintahkan mereka untuk meninggalkan Madinah. Akhirnya, mereka berpindah ke Azri’at.

Rasulullah s.a.w mengambil tiga bilah pedang daripada persenjataan mereka, salah satunya adalah Pedang al-Qal’i.

Dalam sebuah hadis disebutkan:

Maksudnya:
Pedang kami Qala’iyah.” Maksudnya dinisbahkan kepada al-Qola’ah.



Tahukah Anda ?
   .    Pedang ini merupakan pedang yang paling tua dalam sejarah Islam. Ia digunakan untuk menegakkan risalah Ilahi di samping membezakan antara hak dengan batil serta yang beriman dengan yang kafir.




sila klik BAJU PEDANG Al - Qal'i 

1 comment:

  1. How to Play Pai Gow Poker | BetRivers Casino - Wolverione
    Pai Gow Poker is an online version of a traditional table game in which players place bets bsjeon in the background. Pai Gow Poker wooricasinos.info uses aprcasino only gri-go.com the symbols from a worrione

    ReplyDelete