Tuesday, 26 July 2016

PEDANG RASULULLAH SAW BERSADUR EMAS



PEDANG RASULULLAH SAW BERSADUR EMAS


Taburan Emas


Hadis 3

Diriwayatkan daripada Thalib bin Hujair, daripada datuknya (yakni datuk dari sebelah ibunya yang bernama Mazidah ban Jabir atau bin Malik) r.a, beliau berkata: “Rasulullah SAW memasuki Makkah pada hari pembukaannya dan di pedang Baginda terdapat emas dan perak, “Kata Thalib, “Aku bertanya (Hud berkenaan perak), lalu Hud menjawab, ‘Adalah hujung hulu pedang Rasulullah SAW dibuat daripada perak.”


Tafsiran Hadis 3

Sahabat Nabi bernama Mazidah r.a. menceritakan dalam hadis diatas bahawa pada pedang Nabi SAW terdapat hiasan emas dan perak. Kelihatannya kenyataan didalam hadis ini bercanggah dengan penerangan yang dikemukakan sebelum ini iaitu tidak harus menghiasi pedang dengan emas.

Para Ulama menjawab, hadis ini darjatnya adalah daif dan jika ditakdirkan sahih sekalipun, maka maksud emas didalam hadis diatas adalah saduran atau celupan yang tidak dapat dipisahkan lagi apabila diletakkan keatas api (kerana terlalu sedikit)

Saduran itu bukanlah Nabi SAW yang membuatnya dan bukan juga Baginda yang menyuruh melakukannya, akan tetapi Baginda memperolehi pedang itu dalam keadaan telah disadur.


Pengajaran Hadis 3

Keharusan menggunakan peralatan yang disadur dengan emas yang sedikit. Menurut Mazhab Syafi’I, menyadur barang atau peralatan dengan emas atau menyuruh agar disadurkan dengannya, hukumnya haram.

Namun jika barang itu diperolehi dalam keadaan  telah disadur, harus menggunakannya dengan syarat saduran itu sedikit (iaitu tidak dapat dipisahkan lagi emas daripada barang yang disadur walaupun diletakkan diatas api)


No comments:

Post a Comment