Tuesday, 26 July 2016

PEDANG RASULULLAH SAW BERHIAS PERAK



PEDANG RASULULLAH SAW BERHIAS PERAK




Taburan Perak



Hadis 1

Diriwayatkan daripada Anas r.a, beliau bersabda: “Adalah hujung hulu pedang Rasulullah SAW diperbuat daripada perak.”


Tafsiran Hadis 1

Qabi’ah bermaksud hujung hulu pedang, iaitu hujung tempat pemegangnya. Hadis ini menceritakan bahawa pada pedang Nabi SAW terdapat bahagian yang dihiasi dengan perak.


Pengajaran Hadis 1

Hadis ini menunjukkan keharusan menghiasi pedang dan alat-alat peperangan yang lain dengan sedikit dari perak. Adapun menghiasinya dengan emas adalah tidak diharuskan. Menurut Imam Ibnu Hajar, tidak harus penggunaan emas bagi lelaki secara keseluruhannya sama ada :

a) Penggunaan sebagai alat atau perkakas

b) Menyimpan atau memilikinya sekalipun tanpa menggunakannya. Hal ini kerana dibimbangi akan membawa kepada menggunakannya suatu ketika nanti.

c) Menjadikannya sebagai penampung atau pengikat (kepada bekas atau sebagainya).

d) Menyadur dengan emas seperti membuat alat-alat perang dan sebagainya.

Adapun perak diharamkan kepada lelaki untuk menggunakannya (alat atau perkakas daripadanya) hanya diharuskan untuk bahan penampung dan pengikat bekas atau sebagainya, dijadikan cincin dan menghias alat-alat perang dengan kadar yang sedikit.

Adapun bagi wanita, tidak harus menggunakan kedua-duanya (iaitu emas dan perak) sebagai alat atau perkakas, termasuk peralatan perang. Hanya harus digunakan sebagai perhiasan.


Hadis 2


Diriwayatkan daripada Sa’id bin Abu al Hassan r.a, beliau menceritakan: “Adalah hujung hulu pedang Rasulullah SAW diperbuat daripada perak.”

No comments:

Post a Comment