IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
PEDANG AR-RUSUB
Ar-Rusub merupakan pedang yang digunakan untuk membunuh. Sesiapa yang
terkena tikaman daripada pedang ini, akan terus rebah buat seketika. Dalam
kaedah bahasa Arab, kalimah rusub berasal daripada
perkataan rasaba-yarsubu, yang membawa maksud turun ke bawah dan
menetap. Orang yang terkena tikaman pedang ini akan mendapat kesan secara
langsung pada tubuhnya. Pedang ini dinisbahkan kepada Sayidina Ja’afar as-Sodiq
r.a.
Seorang Ahli Bait menyatakan bahawa pedang yang dimiliki ini adalah sama
keadaannya dengan hal peti yang dimiliki oleh Bani Israil. Peti adalah lambang
kekuasaan, manakala senjata pula adalah lambang ilmu.
Pedang ar-Rusub
- Panjang pedang
berukuran 140 sm, beratnya 2,854 gm
- Hulu
pedang diperbuat daripada perak dan berlapik dengan kulit bewarna
hitam
- Penyilang
pada hulu pedang berbentuk melengkung.
- Bilah
pedang sangat tajam. Imej perak dan emas pada bilah pedang
menggambarka perjuangan antara seekor naga
dengan burung merak kayangan.
- Terdapat
sajak parsi dalam reka bentuk kaligrafi.
- Sarung pedang
diperbuat daripada kayu yang dilapik dengan kulit bewarna hitam, dihias
dengan corak bunga.
Kisah Rasulullah S.A.W
Rasulullah s.a.w keluar dari Madinah pada tahun ke-8
hijrah yang merupakan ‘Amul Fath. Baginda mengutus Ali bin Abi Thalib r.a
kepada berhala Manat, lalu Ali menghancurkannya dan mengambil pedang yang ada
pada berhala itu. Lalu Ali menyerahkannya kepada Nabi s.a.w. Kemudian, Baginda
memberikan pedang itu kepada Ali.
Diriwayatkan
juga bahawa Ali r.a mendapatkan pedang ini daripada berhala Fals, milik suku
Thoi’, ketika Nabi s.a.w mengutusnya kepada berhala itu sehingga beliau berjaya
menghancurkannya. Lalu Ali membawa pedang ini kepada Nabi s.a.w. Maka Nabi
s.a.w menyandang salah satu pedang (al-Mikhdam dan ar-Rusub) dan memberikannya
kepada Ali bin Abi Thalib r.a. Pedang itu adalah pedang yang sebelumnya
disandang oleh Nabi s.a.w.
Tahukah Anda?
- Sayidina Ja’far as-Sodiq digelar dengan gelaran Abu
Abdullah. Nama panggilan
belia ialah as-Sodiq dan at-Thohir.
- Lahir pada tahun 80 Hijrah, meninggal dunia
pada tahun 148 Hijrah.
- Makam beliau disemadikan di Baqi’.
- Sentiasa beribadah kepada Allah SWT dan taat
kepada-Nya.
- Berhati mulia dan dermawan.
- Selalu berpuasa dan berzikir.
- Hidup bukan pada zaman perang.
- Memiliki sifat mahmudah seperti kesabaran, kelembutan,
kemurahan, ketaatan, keberanian, zuhud, karamah, berwawasan dan doanya yang
mustajabh.
- Ada sebahagian pendapat menyatakan bahawa
Sayidina Ja’far as-Sodiq
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Bertubuh
sederhana
- Berwajah
ceria
- Berambut
hitam kerinting
- Berhidung
mancung
- Mempunyai
tahi lalat di pipi
- Ada
tanda lahir berwarna merah pada tubuhnya
Info
· Pedang
ar-Rusub disimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.
No comments:
Post a Comment