Monday, 25 July 2016

PEDANG AL-QADIB


IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT 

Pedang Al-Qadib

Pedang al-Qadib adalah antara pedang yang dimiliki Rasulullah s.a.w. Pedang ini sangatlah tipis, sesuai dengan bentuk dan cirinya. Al-Qadib bermaksud tongkat atau kayu yang seakan-akan menyerupai pedang. Pedang ini adalah sangat ringan dan mudah untuk dibawa. Kebiasaannya, pedang ini digunakan untuk mempertahankan diri semasa bermusafir dan tidak digunakan untuk tujuan berperang.

Banyak fakta sejarah yang menyatakan bahawa pedang ini tidak pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. di medan peperangan. Namun begitu, pedang ini digunakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika hari pernikahan puteri Baginda, Sayidah Fatimah az-Zahra r.a. dengan Sayidina Ali r.a. Malah, ada riwayat yang mengatakan bahawa pedang ini diletakkan di rumah Rasulullah s.a.w. sahaja.

Dari segi bahasa, al-Qadib bermaksud halus dan tipis. Dikatakan bahawa makna al-Qadib ialah tidak lebar lawan tipis.

Al-Qadib juga membawa makna pemotong, iaitu yang memotong mangsanya. Al-Qadib juga bermaksud pedang yang sangat tajam.


Pedang al-Qadib












a) Panjang pedang 100 sm.
b) Berat pedang 930 gm, berat sarungnya 1, 684 gm.
c) Sisi mata pedang diperbuat daripada perak.                   d) Permukaan pedang terukir kalimah  “La ilaha illallah Muhammad Rasulullah Ibn  Abdullah Ibn Abdul Muthalib”.
e) Pedang yang bermata dua, runcing dan tajam dihujungnya.
f) Hulu pedang diperbuat daripada kulit binatang yang sudah disamak.
g) Lingkaran hulu pedang ini diperbuat daripada emas dan terukir gambaran bunga di atasnya.







Tahukah Anda?
Pedang al-Qadib digunakan untuk mempertahankan diri semasa bermusafir dan tidak digunakan untuk tujuan berperang.

                                 
Info
Kini Pedang al-Qadib diletakkan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki bersama dengan Pedang al-Ma’thur



sila klik BAJU PEDANG 'Al - Qadib' 





No comments:

Post a Comment