Wednesday, 20 July 2016

ISLAM BUKAN AGAMA PEDANG 3


ISLAM BUKAN AGAMA PEDANG - Bahagian 3


Setiap orang Islam mempersembahkan kesatuan keimanan yang teguh. Sebagai insan yang beriman kepada Allah SWT dan melaksanakan agama Nya didalam kehidupan seharian, setiap Muslim hendaklah konsisten dengan akhlak dan menjaga imannya. Supaya dengan itu, Allah akan menjadikan umat Islam berjaya dunia & akhirat. Kerana itulah telah menjadi kewajipan umat Islam MEMBINA PERTAHANAN ISLAM AGAR DAPAT DIPERTAHANKAN DARI SERANGAN MUSUH ISLAM.

Ketika seorang Muslim telah goyah dalam melaksanakan Syariat Allah SWT, selain pertahanan umat Islam diserang oleh musuh batin iaitu nafsu & syaitan, pada ketika itulah musuh Islam akan mencari jalan untuk menyerang umat Islam sama ada melalui ideologi, sistem hidup dan merosakkan aqidah Islam. Maka ketika itu sistem pertahanan Islam amat diperlukan untuk menakutkan musuh Islam.

Musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk merosakkan Iman umat Islam. Bukan itu sahaja, bahkan mereka seringkali mempersendakan syariat Islam. Tidakkah mereka melihat berapa ramai intelektual agama-agama lain memeluk Islam setelah menyedari bahawa Islam adalah AJARAN KEBENARAN YANG AMAT SESUAI DENGAN FITRAH SEMULAJADI MANUSIA?

Adapun musuh Islam yang hanya mencari kelemahan untuk menjatuhkan Islam seperti menjadikan perilaku buruk sebahagian umat Islam sebagai senjata mereka. Supaya mudah untuk mereka melemparkan tuduhan-tuduhan negatif terhadap Islam. Tetapi orang yang diberi hidayah oleh Allah SWT sentiasa menilai dan mengkaji dan peka didalam membezakan antara yang benar dan batil.

Sebahagian dari orang bukan Islam akan tertarik dengan Islam setelah menyaksikan seorang Islam yang konsisten mengamalkan ajaran agamanya. Akhlak Muslim yang baik mencerminkan ketaqwaan hati, kesucian batin, kejujuran niat beserta pergaulan sosial yang bertoleransi, amanah dan segala sifat yang ada pada Rasulullah SAW yang diamalkan akan menjadi faktor yang kuat untuk orang bukan Islam memeluk agama Islam. Firman Allah SWT :-

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang-orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang Muslim yang berserah diri?" (Al Fushilat: 33) 

Oleh itu, dakwah haruslah disampaikan melalui dua (2) cara secara serentak, iaitu DAKWAH DENGAN UCAPAN (LISAN) & DAKWAK MELALUI AKHLAK (PERBUATAN). Supaya dengan itu Islam akan nampak indah dan semperna. Disinilah  letaknya kejayaan umat Islam terdahulu menyampaikan dakwah mereka ke seluruh dunia.

Walaupun mereka tidak boleh bercakap didalam bahasa tempatan, namun akhlak mereka itu telah menarik minat penduduk tempatan untuk memasuki agama Islam. Akhlak tersebut tidak dibuat-buat atau dilakon-lakonkan, tetapi ia terjadi dengan sendiri oleh kerana keimanan dan kasih sayang mereka kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.



IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT 


CIRI - CIRI PEJUANG ISLAM


TUJUAN PEJUANGAN ISLAM



Saya Cuma sampaikan yang Haq, kalau ada yang bathil kepunyaan saya, isteri saya dan anak-anak saya, maka saya ambil semula dulu kini dan selamanya.

No comments:

Post a Comment