Tuesday, 26 July 2016

PEDANG AL-BATTAR


IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT 

PEDANG AL-BATTAR

Al-Battar adalah pedang Rasulullah s.a.w yang Baginda miliki daripada bangsa Yahudi iaitu Bani Qainuqa’ ketika Baginda berjaya mengusir mereka dari kota Madinah. Hal ini kerana Bani Qainuqa’ telah mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah s.a.w di Madinah. Dari segi bahasa, al-Battar bermaksud pedang yang tajam atau sangat tajam.

Pedang yang dimiliki oleh Nabi Daud a.s ini mempunyai nilai sejarah yang sama dengan Pedang Zul Faqar yang dimiliki Rasulullah s.a.w. Pedang Zul Faqar dimiliki Rasulullah s.a.w ini adalah melalui hasil harta rampasan dalam Perang Badar. Pedang al-Battar pula diperoleh oleh Nabi Daud a.s ketika Baginda berjaya membunuh Jalut dalam pertempuran antara orang yang beriman daripada Bani Israil dengan orang-orang Palestin.

Peristiwa bersejarah ini dikisahkan di dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Baqarah, dari ayat 245 hingga ayat 251. Malah, kisah ini juga banyak dihuraikan secara terperinci melalui beberapa buku tafsir seperti Tafsir al-Qurturbi, Ibnu Kathir, al-Makhazin
 dan lain-lain.



Pedang Al-Battar

Syair Al-Battar


Antarah bin Syaddad berkata:

            Maksudnya:
Aku memukul Amr tepat pada batang hidungnya dengan pukulan al-Battar yang tajam seperti warna garam.

Ketika Perang Uhud, Hindun binti Utbah bersenandung di antara kaum perempuan yang ada bersamanya dengan membawa kompang dan memalunya di belakang barisan kaum lelaki untuk memberi semangat kepada mereka. Lalu, Hindun membaca syair yang berbunyi:

Maksudnya:
Wahai Bani Abdid Dar
Wahai para pelindung rumah-rumah
Pukul dengan setiap pedang yang tajam.



Pedang al-Battar

      . Panjang pedang 101 sm.
      . Pedang ini terukir pelbagai tulisan dan gambar manusia yang menyerupai                gambar Nabi Daud a.s ketika Baginda memancung kepala Jalut.
      . Ada kalimah-kalimah Arab dan Nabthi, iaitu Daud, Sulaiman, Musa, Harun,  Yusya’,Zakaria, Yahya, ‘Isa dan Muhammad.
      .  Terdapat gambar patung setengah badan manusia pada hulu pedang ini.

     .  Pedang ini bermata dua dan tajam yang diperbuat daripada tembaga.




Hujung Pedang


Tengah Pedang


Hulu Pedang
  


Kisah Rasulullah S.A.W

Rasulullah s.a.w menyerang Bani Qainuqa’ pada hari Sabtu dalam pertengahan bulan Syawal iaitu 20 bulan selepas Baginda hijrah ke Madinah. Dalam hijrah tersebut, Baginda membawa salah satu pedangnya yang bernama al-Battar.


Tahukah Anda?
   Pedang ini merupakan pedang yang paling tua dalam sejarah Islam. Ia digunakan untuk menegakkan risalah Ilahi di samping membezakan antara hak dengan batil serta yang beriman dengan yang kafir.
  Nabi Daud a.s telah mengambil Pedang al-Battar daripada Jalut, seorang raja Palestin, sebagai harta rampasan perang. Ketika itu, Baginda baru berusia kurang 20 tahun.


Info

Pedang ini dinamakan dengan pedang Nabi Daud a.s. Perisai Baginda turut dimiliki Rasulullah s.a.w sebagai harta rampasan perang daripada Bani Qainuqa’. 




sila klik BAJU PEDANG Al - Battar 




No comments:

Post a Comment