Tuesday, 26 July 2016

PEDANG AL-MIKHDAM


IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT 

PEDANG AL-MIKHDAM

Antara nama-nama pedang Nabi s.a.w ialah al-Mikhdam. Pedang ini adalah kepunyaan al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, Raja Ghassan. Dalam bahasa Arab, kalimah Mikhdam ialah al-Qathi’, yang bermaksud penikam atau pemotong. Pedang al-Mikhdam ini dinisbahkan kepada Sayidina Ali Zainal Abidin r.a.

Diriwayatkan daripada Sayidina Ali Ibn Abi Thalib r.a bahawa pada suatu hari, beliau berkata kepada anaknya, Sayidina Hasan r.a, “Rasulullah s.a.w memerintahkan aku supaya mewasiatkan buku-buku dan senjata-senjataku kepada kami sebagaimana Rasulullah s.a.w mewasiatkan barang-barang ini kepada saudaramu, Sayidina Husain r.a apabila ajal menjemputmu.”

Kemudian, Sayidina Hasan r.a menyerahkan barang-barang ini kepada saudaranya, Sayidina Husain r.a. Lalu beliau berkata, “Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan benda-benda ini kepadamu, maka hendaklah kamu memberikan barang-barang  ini kepada anakmu, Sayidina Ali Zainal Abidin r.a.”


Pedang al-Mikhdam     
     


·       Panjang pedang berukuran 97 sm, beratnya 990 gm (1, 904 gm berserta sarung pedang)
     ·        Hulu pedang dan penyilangnya diperbuat daripada besi, dihiasi dengan    corak bunga keemasan
     ·       Bilah pedang melengkung.
   ·        Sarung pedang berkulit hitam, panjangnya berukuran 90 sm.
     ·        Kancing pada sarung pedang berwarna perak.



Kisah Rasulullah S.A.W

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w mengutuskan Sayidina Ali r.a bersama 1,500 orang tentera Islam, 100 orang penunggang unta dan 50 orang penunggang kuda untuk menghancurkan berhala “Lathi” di daerah Fals. Akhirnya, mereka berjaya menawan musuh mereka dan mengambil binatang ternakan. Antara yang ditawan oleh tentera Islam termasuklah seorang perempuan yang bernama ‘Ada Ibn Hatim, yang pernah melarikan diri ke negeri Syam.

Malah, barangan lain yang berjaya dirampas oleh tentera Islam ialah tiga bilah pedang dan tiga baju perisai yang diletakkan di dalam almari berhala. Tiga bilah pedang ini sangatlah masyhur dalam kalangan bangsa Arab pada waktu itu. Kemudian, Rasulullah s.a.w mengambil dua daripada tiga bilah pedang tersebut. Kedua-dua pedang itu adalah ar-Rusub dan al-Mikhdam.

Ada juga riwayat mengatakan bahawa pada tahun ke-8 hijrah yang merupakan ‘Amul Fath, Nabi s.a.w keluar dari Madinah lalu mengutus Ali bin Abi Thalib r.a kepada patung berhala Manat. Kemudian, Ali menghancurkannya dan mengambil apa-apa yang ada padanya. Lalu Ali menyerahkannya kepada Nabi s.a.w.

Antara benda-benda yang diambil daripada berhala itu ialah dua bilah pedang yang pernah dihadiahkan al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, Raja Ghassan kepada berhala itu. Salah satu pedang itu bernama Mikhdam. Muhammad bin Habib al-Hasyimi berkata: Berhala itu adalah al-Muntobiq, milik suku as-Sulaf, Ak dan Asy’ariyyin, yang diperbuat daripada tembaga. Dari dalamnya keluar suara yang tidak pernah didengar seumpamanya. Ketika berhala itu dihancurkan, sebilah pedang telah ditemui. Maka Rasulullah s.a.w pun memilihnya.


Latar Belakang Sayidina Ali Zainal Abidin Ibn Husain r.a

·         Dilahirkan di Madinah al-Munawwarah pada tahun 38 Hijrah.
·        Meninggal dunia pada tahun 94 Hijrah.
·         Dikebumikan di Baqi’.
·         Menjadi “suri teladan” dalam hal kemuliaan, ketaatan, kesabaran dan
           kedermawanan.



Pedang Al-Mikhdam


Syair Al-Mikhdam

Antarah bin Syaddad berkata:

            Maksudnya:
            Maka aku menikamnya dengan tombak lalu mengalahkannya dengan   Pedang al-Mikhdam yang tajam diperbuat daripada besi murni.

Hatim at-To’I berkata:

            Maksudnya:

            Engkau melihat tombak, anak panah dan perisainya serta Pedang al-Mikhdam yang tajam ini.



Yang Terbunuh oleh Pedang Nabi S.A.W

 Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


         Maksudnya:

Allah sangat murka terhadap orang yang dibunuh oleh seorang utusan Allah dalam perang fi sabilillah.


Daripada Ibnu Mas’ud r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


          Maksudnya:

Manusia yang paling berat azabnya pada hari kiamat adalah orang yang dibunuh oleh seorang nabi, atau orang yang membunuh nabi, imam yang sesat, dan sebahagian pelakon.



Allah S.W.T sangat murka kepada orang yang dibunuh oleh Nabi s.a.w sebab Baginda diutus oleh Allah S.W.T sebagai rahmat bagi seluruh alam dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya. Maka tidak ada yang dibunuh oleh seorang nabi melainkan orang yang sangat buruk, sangat zalim, tidak sempurna penyebaran cahaya dalam kalangan manusia melainkan dengan melenyapkannya.


Yang tertulis dalam kitab-kitab sirah ialah Nabi s.a.w membunuh secara langsung seorang daripada kalangan kaum Musyrikin, iaitu Ubay bin Khalaf. Nabi s.a.w menikamnya dengan pisaunya, lalu dia mati akibat tikaman itu. Peristiwa itu terjadi dalam Perang Uhud.


Rasulullah s.a.w adalah rasul kemanusiaan, manusia ideal yang benar-benar sempurna. Baginda percaya bahawa pedang bukanlah cara untuk menyebarkan Islam dan kekerasan bukanlah kaedah dakwah kepada kebenaran. Riwayat hidup Baginda penuh dengan pelbagai episod pemaafan dan pengampunan bagi setiap orang yang memusuhi, memerangi dan menghalangi jalannya untuk meninggikan kalimah Allah disebabkan permusuhan peribadi atau kesempitan akal dalam menerima hidayah.


Ibnu Mas’ud r.a berkata: Seolah-olah aku melihat Nabi s.a.w mengisahkan tentang seorang nabi yang dipukul oleh kaumnya sehingga berdarah sambil menghapuskan darah daripada wajahnya lalu Baginda berdoa:


Maksudnya:

Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengerti.


Inilah Nabi s.a.w yang telah mengalahkan musuh-musuhnya daripada kaum kafir Quraisy pada hari Fathu Makkah. Mereka tunduk di bawah naungan pedang Baginda. Lalu Baginda bertanya:


Maksudnya:

Menurut kalian, apakah yang akan aku lakukan terhadap kalian?


Mereka menjawab, “Sesuatu yang baik kerana kamu adalah saudara yang pemurah dan anak saudara yang pemurah.”


Nabi s.a.w bersabda:


 Maksudnya:

 Pergilah, kamu semua bebas!


Dalam sirah Nabi s.a.w bersama para musuhnya ini, terdapat bukti yang jelas dan hujah yang kuat untuk menolak dakwaan para musuh Islam yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang ditegakkan dengan pedang dan bergantung kepada kekerasan dalam menyebarkan ajarannya. Tuduhan itu merupakan fitnah yang dibantah dan disangkal oleh sirah Nabi s.a.w yang mulia.


Adapun pedang yang tegak di sisi kebaikan Baginda dan sifat pengasihnya, bukanlah maksud yang utama. Ia hanyalah satu sisi sahaja, bukan unsur terpenting dan tidak diambil kira. Ia ibarat penjaga yang berdiri di belakang harta yang sangat bernilai, yang mengawalnya daripada sasaran pencuri.


Pada risalah-risalah yang lalu, Allah S.W.T yang memberi pengajaran kepada orang-orang yang derhaka dan mengazabkan mereka. Sementara pada risalah Islam, peranan itu diserahkan kepada Nabi s.a.w dan para pengikutnya yang beriman agar setiap orang Mukmin, di mana-mana pun dapat berperanan dalam memelihara “tanaman” yang ditanam oleh Nabi s.a.w. Di sana terdapat isyarat bahawa risalah ini memang ditujukan kepada seluruh manusia dan manusia juga ikut serta untuk memelihara dan menegakkannya. 
                                                                                                                                                                                                                                                                                              Sila klik BAJU PEDANG Al - Mikhdam 



No comments:

Post a Comment