Wednesday, 20 July 2016

ISLAM BUKAN AGAMA PEDANG 1


ISLAM BUKAN AGAMA PEDANG  - Bahagian 1


Kita pernah mendengar bahawa Islam berkembang dengan mengangkat pedang iaitu melalui peperangan. Ini adalah amat tidak berasas  sekali kerana ia disangkal oleh Al Quran, Hadis dan juga fakta sejarah.

Orang yang memahami setiap ketetapan yang datang dari Allah SWT dan Rasul-Nya pasti akan bertemu dengan jawapan yang jelas tentang persoalan ini. Orang-orang yang memusuhi Islam termasuk yang munafik dan penyokong kebatilan akan sentiasa akan memburukkan Islam dengan hujah-hujah yang dangkal.

Firman Allah SWT yang bermaksud :-

"Sesungguhnya kamu (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kami kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki. Dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." 
(Al Qashash: 56)

Kemenangan Islam tidak selalu diperolehi dengan mengangkat pedang. Contohnya didalam sejarah; orang-orang Islam dahulu yang berhijrah ke Habsyah serta orang-orang Islam yang terlibat dengan membaiah Rasulullah SAW di Aqabah (yang pertama dan kedua) dan juga orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah termasuk yang menyambut kedatangan Rasulullah SAW ketika baginda berhijrah ke tempat mereka; semuanya MASUK ISLAM DENGAN KESEDARAN DAN BUKAN DENGAN PEDANG. Jangan lupa, ketika Rasulullah SAW menakluk Kota Mekah pun baginda dan tentera-tenteranya disambut dengan aman.

Segelintir daripada mereka mengatakan bahawa Islam tersebar dengan pedang disebabkan mereka TIDAK FAHAM. Allah SWT TIDAK PERNAH MENYURUH MANA-MANA RASUL SEBELUM NABI MUHAMMAD SAW UNTUK BERJUANG MELALUII PEPERANGAN didalam misi menyampaikan Islam dan kebenaran kepada umatnya.

Terjadinya peperangan oleh Rasulullah SAW adalah kerana :-

1) Rasulullah SAW telah memberi peringatan secara LEMBUT & BERHIKMAH melalui Al Quran kepada orang kafir tetapi MEREKA TETAP ENGKAR.

2) Orang-orang kafir menggunakan kekerasan terhadap Rasulullah SAW dan umat Islam sehingga baginda perlu mengangakat pedang untuk menunjukkan KEKUATAN ISLAM sehingga orang kafir nampak KEBESARAN  & BANTUAN ALLAH SWT walaupun aset peperangan Islam adalah lebih kecil dan lemah.

Allah SWT melalui Rasul-Nya telah memberi peringatan kepada manusia supaya beriman dengan Allah SWT. Dan Allah SWT juga ingin memberi pengajaran kepada orang-orang yang menentang kebenaran dan memusuhi agama-Nya dan menyerang Rasul-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud :-

"Maka masing-masing Kami binasakan kerana dosa-dosanya, diantara mereka, ada yang kami timpakan kepadanya hujan batu; ada yang dibinasakan dengan suara keras yang mengemparkan bumi; ada yang Kami timbuskannya ke dalam bumi; dan ada pula yang kami tenggelamkan di laut. Ingatlah Allah sama sekali tidak menzalimi mereka, akan tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri." 
(Al Ankabut: 40)

Belum pernah terjadi peperangan sejak Nabi Adam AS turun ke bumi sehingga Allah SWT mengutuskan Rasul-Nya Muhammad SAW melainkan sekali sahaja iaitu ketika orang Israel memohon izin kepada Allah SWT untuk berperang melawan kaum yang mengusir mereka dari negeri mereka sendiri. Walaupun permohonan mereka akhirnya dikabulkan Allah SWT, namun ternyata mereka tidak sanggup berperang kecuali dengan sekelompok kecil diantara mereka.

Akan tetapi, Allah SWT memberi keizinan khusus buat utusan-Nya yang terakhir, iaitu Rasulullah SAW bersama umatnya untuk berjuang menggunakan pedang. Ia bertujuan untuk memberi pelajaran kepada orang-orang yang menentang penyebaran akidah yang benar kepada umat manusia. Penggunaan pedang bukan bermaksud untuk memaksa masyarakat un tuk memeluk Islam, tetapi ia hanya melindungi hak kebebasan memilih agama. Hal yang demikian agar tidak terjadi pemaksaan untuk berpegang kepada keyakinan tertentu.

Allah SWT mengizinkan umatnya memikul senjata untuk melawan musuh Islam yang memaksa mereka didalam beragama. Namun demikian, setiap orang BEBAS MEMILIH MANA-MANA AGAMA, sesuai dengan keyakinan masing-masing. Dengan kata lain, mereka bebas menentukan akidah pilihan mereka sendiri, sesudah melihat yang MANA YANG BENAR DAN MANA YANG BATIL.


IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT 


CIRI - CIRI PEJUANG ISLAM


TUJUAN PEJUANGAN ISLAM

Saya Cuma sampaikan yang Haq, kalau ada yang bathil kepunyaan saya, isteri saya dan anak-anak saya, maka saya ambil semula dulu kini dan selamanya.

No comments:

Post a Comment