Wednesday, 20 July 2016

ISLAM BUKAN AGAMA PEDANG 2


ISLAM BUKAN AGAMA PEDANG - Bahagian 2


Jika musuh Islam tetap menuduh bahawa Islam tersebar dengan mata pedang, ditegaskan disini bahawa Islam tidak  disebarkan dengan pedang. Sesungguhnya kaum Muslimin terawal yang beriman kepada Allah SWT dan percaya kepada Rasul-Nya, adalah dari kalangan kaum dhu'afa' (kaum yang lemah) yang tidak berdaya mempertahankan kewujudan mereka. Oleh sebab itu, sebahagian daripada mereka, ada yang memutuskan untuk berhijrah ke negeri Habsyah untuk mencari perlindungan di sana, dan ada pula yang mendapatkan perlindungan daripada beberapa orang kuat diantara penduduk Makkah sendiri.

Penggunaan pedang ini tidak dimaksudkan sebagai cara memaksa masyarakat untuk memeluk akidah Islam. Namun, ia hanya MELINDUNGI SETIAP MANUSIA DALAM KEBEBASAN BERAGAMA.

Islam bermula dengan keimanan orang-orang yang lemah diantara mereka. Lalu Nabi SAW berhijrah ke Madinah sehingga posisi Baginda aman dan kuat.

Di Madinah masyarakat Islam mula terbentuk. Allah SWT mengizinkan Nabi SAW dan mereka yang beriman untuk menggunakan kekuatan pedang. Ia bertujuaan untuk MELINDUNGI KEBEBASAN MASYARAKAT DIDALAM MEMILIH BAKIDAH YANG BENAR, BUKAN UNTUK MEMAKSA MEREKA MEMELUK AGAMA ISLAM.

Jika seandainya Islam tersebar luas disebabkan pemaksaan melalui pedang sebagaimana tuduhan yang dilontarkan oleh para pendusta, maka bagaimanakah kita menjelaskan keberadaannya ORANG BUKAN ISLAM YANG HIDUP AMAN DI NEGARA ISLAM?



IMAN & TAQWA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM. DAPATKAN EBOOK PERCUMA BERTAJUK:- 3 RAHSIA AKBAR CARA MENDAPATKAN IMAN; RESEPI KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT 


CIRI - CIRI PEJUANG ISLAM


TUJUAN PEJUANGAN ISLAM


Saya Cuma sampaikan yang Haq, kalau ada yang bathil kepunyaan saya, isteri saya dan anak-anak saya, maka saya ambil semula dulu kini dan selamanya.

No comments:

Post a Comment